Rabu, 25 Ogos 2010

Majlis Sambutan Nuzul Quran & Berbuka Puasa

Assalamualaikum WMT dan selamat berpuasa kepada pengunjung blog yang dikasihi sekalian.

Selawat dan Salam kepada junjungan utama Rasulullah S.A.W kerana dengan berkat Nur dan Syafaatnya, menjadi rahmat seluruh alam. ALLAHumma Solli Ala Muhammad.

Bersyukur kepada ALLAH dengan limpah rahmat dan kasih sayangNYA, Qolbu Solehin diizinkan untuk sekian kali akan mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Quran & Berbuka Puasa bersama dengan AJK Surau Insaniah sempena hari kebesaran bulan Islam pada 26 Ogos 2010 bersamaan 16 Ramadhan 1431H. InsyaALLAH seperti yang dirancang majlis akan bermula jam 6.30 petang. Untuk tujuan tersebut QS menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai mengikut:

TEMPAT : Surau Insaniah, Kg Setia Jaya, 34600 Kamunting, Taiping Perak

TEMPAT : 26 / 08 / 2010 ( 16 Ramadhan 1431H )

MASA : 6.30 petang - 11.00 malam

PENGISIAN : Majlis Zikir, Tadarus al-Quran, Berbuka Puasa, Solat Maghrib & Isya’, Tazkirah dan Solat Terawih ( awal pagi 27/ 08 / 2010 qiamulail, bersahur, solat Subuh dan Kuliyah diadakan )

MAKLUMAT LANJUT : 012-762 5455 ( untuk laluan tempat )

Di samping itu juga sukacita diwar-warkan Surau Insaniah sedang mengumpul barangan runcit dan juga sumber kewangan yang bertujuan untuk diagihkan kepada fakir miskin,ibu/bapa tunggal dan anak yatim/piatu kariah Surau Insaniah Kg Setia Jaya seramai 30 orang .

Para dermawan dan juga yang berhajat membayar zakat harta juga dialu-alukan bagi meringankan beban pihak Surau Insaniah. Sila hubunggi tel : 012-7625455

Moga-moga semuanya diberi keberkatan ALLAH kepada kita InsyaALLAH.

Wallahu’alam

Isnin, 23 Ogos 2010

ROH AL QUDS

siri ke 4


ABU ABDALLAH MUHAMMAD AL-SHARAFI DARI AL-JARAFE

Syeikh ini sentiasa mendirikan solat lima waktu di masjid ‘Udais di Seville. Beliau mencari nafkah dengan menjual opium (bagi tujuan perubatan) yang beliau kumpul pada musimnya dan dijual kepada mereka yang jujur yang wangnya adalah bersih.


Kebiasaannya beliau akan berdiri dengan lama ketika solat sehingga kaki beliau bengkak, dan apabila beliau solat airmata akan mengalir membasahi wajahnya turun ke janggut ibarat mutiara. Beliau tinggal di rumah yang sama selama empat puluh tahun tanpa cahaya atau api, mengabdikan diri dengan beribadah.


Suatu hari beliau datang kepadaku semasa aku sedang asyik memerhatikan orang gila. Aku tidak menyedari kehadiran beliau sehinggalah beliau menjepit telingaku, sambil menarik daku jauh dari orang ramai dan berkata , ‘Ini halnya yang kamu ceburi? Perkataan tersebut menyebabkan aku berasa sangat malu dan pergi bersamanya ke masjid.


Syeikh selalu mengkhabarkan kepadaku sesuatu perkara sebelum kejadiannya dan perkata tersebut terjadi sepertimana yang beliau nyatakan. Beliau tidak pernah bersolat dua kali di tempat yang sama di masjid. Memandangkan tiada seorang pun yang berani secara terbuka meminta beliau mendoakan mereka, oleh itu barangsiapa yang berhajat kepada doa beliau akan memerhati di manakah beliau bersolat di masjid dan akan bersolat bersebelahan dengan beliau. Apabila Syeikh duduk untuk berdoa, mereka yang berhajat bantuan beliau akan berdoa dengan kuat supaya didengari oleh Syeikh, yang mana Syeikh akan mengaminkannya, begitulah mustajabnya doa beliau. Pernah sekali aku minta beliau doakan daku yang mana beliau tunaikan, memulakan doa untukku dengan ‘Alhamdulillah’. Beliau selalu lebih dahulu memberi salam kepadaku sebelum aku sempat memberi salam kepadanya, aku memperolehi faedah rohaniah yang banyak daripada beliau.


Suatu hari beliau melihat seorang budak lelaki mejunjung sebakul jintan hitam di kepalanya dan budak tersebut nampak sangat kemurungan. Syeikh amat bersimpati kepada budak tadi yang meminta Syeikh mendoakannya. Ketika yang sama ada ramai orang mengelilingi mereka. Ketika ditanya apakah yang menyebabkan dia murung, budak itu menjawab yang ayahnya telah meninggal dunia dan mempunyai beberapa orang anak kecil yang ditinggalkan tanpa nafkah; ibunya meminta supaya dia membawa jintan hitam yang ada, dan jika mencukupi, menjualnya untuk mendapatkan bekalan makanan bagi hari itu. Mendengar hal ini Syeikh menangis dan meletakkan tangannya kedalam bakul, beliau mengeluarkan beberapa butir dan berkata kepada budak tadi, ‘Ini barang yang baik, wahai anak ku; pulanglah dan beritahu ibumu bahawa pakcikmu daripada al-Jarafe mengambil sedikit daripadanya, dengan itu meletakkan dirinya berhutang denganmu.


Lantas salah seorang daripada peniaga mengambil bakul tadi sambil berkata, ‘Syeikh telah mengambil sedikit daripadanya, jadi ini semua telah diberkati’. Peniaga tadi membayar ibu budak tersebut tujuh puluh dinar Mu’min. Apa yang dilakukan Syaikh merupakan satu tindakan belas kasihan.


Syeikh selalu tiada di Seville ketika musim haji. Beliau dilihat di Mekah oleh sekumpulan jemaah haji dari Seville. Suatu hari aku bersama beliau menunggu solat zohor di masjid ‘Udais, kemudian beliau menyedari ada ramai orang berkumpul. Beliau bertanya kepada ku apa yang sedang berlaku. Aku memberitahu beliau Qadi mengumpulkan orang ramai untuk mengumpul pendapat bersetuju atas perlantikan seorang Muhtasib yang baru, mereka bersetuju ianya adalah al-Irnaq. Apabila mendengarkan hal tersebut beliau tersenyum dan berkata. Selesai aku solat zohor mereka semua akan mendapati seseorang yang tidak mereka pilih yang akan dilantik. Aku bertanya siapakah orang tersebut dan Syaikh menjawab aku akan mengetahuinya selepas solat. Kemudian aku bersolat zohor bersama beliau dan sebaik sahaja kami selesai solat Qadi mengumumkan bahawa dia telah memutuskan untuk melantik al-Talabi menjawat jawatan Muhtasib. Syeikh berkata kepadaku, ‘kamu lihat bagaimana dia berhadapan dengan mereka sebagaimana seorang suami yang bijaksana berhadapan dengan isterinya. Dia berbincang dengan isterinya tetapi tidak bertindak mengikut pandangan isterinya’.


Khamis, 19 Ogos 2010

KURSUS TERKINI TIAF ( Utara ) Kulim & Bukit Mertajam

Assalammualaikum WMT dan salam Ramadhan Al Mubarak

AlhamduLILLAH, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T atas segala rahmat dan redhaNYA yang tiada penghujung seperti mana mujahadah dan taqwa dari hamba-hambaNYA yang tidak pernah lalai. ALLAHu Robbi.


Semulia selawat dan salam ke sisi Rasulullah S.A.W, dengan berkat nur dan kasih sayang Baginda S.A.W masih bersama-sama kita berada dalam rahmat kasih sayang.

ALLAHumma Solli Wassalim wabarik 'ala maulana MuhammadinniNur.

Para pembaca yang diingati,
Dengan pinjaman masa yang ada ini, suka untuk saya maklumkan bahawa TIAF Utara akan mengadakan 2 kursus di Utara iaitu Kursus Sihir: Permasalah & Rawatan dan Kursus Lanjutan. Kedua -dua kursus ini telah dapat diputuskan tarikh dan tempat selepas selesai urusan logistik dan teknikal sebagaimana ada kursus yang tertunda sebelum-sebelum ini. Ini juga merupakan kursus kedua di Utara Semenanjung Malaysia selepas kursus yang pertama dijalankan di Taiping Perak. Kursus ini juga yang terakhir di Utara Semenanjung Malaysia memandangkan akan diadakan kursus-kursus terbaru sehingga akhir tahun ini dan sebelum April 2011 yang telah ditakwimkan.

KURSUS SIHIR DI KULIM KEDAH

Tajuk : SIHIR - PERMASALAHAN & RAWATAN

Tarikh : 25hb Sept 2010 ( SABTU )

Masa : 9.00 pg - 5.30 ptg

Tempat : KULIM INN, Jln Bukit Awi , 09000 Kulim, Kedah Darul Aman

Penyampai : TIAF

Yuran : RM130 - Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan.

Penyertaan : Terbuka kepada muslimin dan muslimat
( Berdasarkan siapa yang cepat dengan tempat yang TERHAD disediakan )

Berikut adalah perkara - perkara utama yang akan disentuh dalam kursus sebagai perkongsian, InsyaALLAH:

1) Amalan-amalan yang berkaitan dalam perawatan. ( Persediaan perawat )
a) Amalan asas perawat
b) Risiko perawat
c) Keperluan serang balas(counter attack) & Kaedahnya
d) Pagar rumah

2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan 'permainan' pengamal-pengamal sihir.
a) Sihir campurlibat jin
b) Sihir tanpa campurlibat jin

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam merawat sihir, antaranya:
a) Kaedah menangkap Toyol dan Anak Kerak
b) Kaedah lupus susuk atau buang susuk
c) Kaedah Pecah Busung
d) Dan lain-lain kaedah yang berkaitan.

4) Pengijazahan amalan.

InsyaALLAH jika diizinkanNYA, kita akan berkongsi Amalan beserta Kaedah pembukaan mata dalam ( mata scan ), juga akan disentuh tentang perihal Gila Isim dan kaedah merawatnya. Juga dengan keizinan dariNYA, InsyaALLAH, akan diadakan pengijazahan:

1) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan
2) 7 Salamun Hayy
3) Amalan Kerezekian
4) Doa Nur
5) Ayat 6 (Ayat Istikfa')
6) Ayat 9 (Ayat AmanILLAH)
7) Ayat Pembakar

* 5, 6 & 7 terbaru

PENDAFTARAN : SMS NAMA, NO.K/P, EMEL & NO.TEL KE 012-762 5455

( Pengesahan terima akan dimaklumkan melalui SMS termasuk cara bayaran yuran dibuat )

Bagi kemudahan sesama kita, yuran dan pengesahan kehadiran mohon dapat dilakukan sebelum 19 Sept 2010 bagi tujuan penyelarasan kursus ( edaran nota, cetakan nama sijil dan tempahan jamuan ).Kerjasama dari anda yang perihatin amat dihargai.

Sebarang pertanyaan tambahan/maklumat lanjut sila hubungi 016-3126043 ( Sdr Muazam ). Laluan ke lokasi akan dikemaskini dalam blog sedikit masa lagi.

Semoga mendapat manfaat bagi kita semua dalam usaha mendekatkan diri kepada ALLAH.

KURSUS LANJUTAN DI KUBANG SEMANG, BKT MERTAJAM PULAU PINANG

Tajuk : KURSUS LANJUTAN

Tarikh : 26hb Sept 2010 ( AHAD )

Masa : 9.00 pg - 5.30 ptg

Tempat : MADRASAH AN-NADHOH , Kg Petani, Kubang Semang 14400 Bukit Mertajam, Seberang Perai Pulau Pinang.

Penyampai : TIAF

Yuran : RM150 - Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan.

Penyertaan: Bekas Peserta Kursus Sihir & Yang Amat Berminat Dengan Syarat

Antara topik yang akan dikongsikan:
1) Kaedah-kaedah rawatan mengikut aturan ( Praktikal )
- Sebelum rawat
- Semasa rawat
- Selepas rawatan

2) Kaedah Rawatan Semasa Tidur.


3) Kaedah Rawatan Dalam Cermin.


4) Kaedah pasak
5) Bedah Makrifat

6) Kaedah Mengenalpasti penyakit ( fizikal / rohani) - diagnos penyakit


7) Pengijazahan Doa Nurun Nubuwah beserta amalan.


8) Pengijazahan Ayat Al Fath beserta kaedah dan amalan.


9) Kaedah Mengesan dan Mengembalikan orang/barang yang hilang.


PENDAFTARAN : SMS NAMA, NO.K/P, EMEL & NO.TEL KE 012-762 5455
( Pengesahan terima akan dimaklumkan melalui SMS termasuk cara bayaran yuran dibuat )

Bagi kemudahan sesama kita, yuran dan pengesahan kehadiran mohon dapat dilakukan sebelum 19 Sept 2010 bagi tujuan penyelarasan kursus ( edaran nota, cetakan nama sijil dan tempahan jamuan ).Kerjasama dari anda yang perihatin amat dihargai.

Laluan ke lokasi akan dikemaskini dalam blog sedikit masa lagi.


Semoga ALLAH memberi kemudahan atas segala urusan kita.

InsyaALLAH, Amin.

Wassalam.

Jumaat, 13 Ogos 2010

KURSUS ANJURAN TIAF Utara


Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog .


AlhamduLILLAH dalam blog TIAF telah dinyatakan beberapa kursus yang akan dijalankan selepas Ramadhan sebagai persiapan dan persediaan bakal-bakal peserta di Utara Semenanjung Malaysia dengan tujuan kemudahan rujukan pada yang ingin turut serta supaya tidak ada yang merungut terlepas dan sebagainya. Butiran terperinci kursus terdekat akan dinyatakan sedikit masa lagi selepas selesai urusan logistik .

Kepada semua bakal peserta boleh nyatakan minat menyertai melalui :

1. emel : qolbusolehin@gmail.com
2. sms : 012 - 762 5455


Dengan menyertakan butiran nama penuh, no.k/p, emel, no H/p, nama kursus dan tarikh kursus .

Senarai kursus-kursus anjuran TIAF Utara akan datang :

Tajuk : Sihir dan Permasalahannya

Tarikh : 25 September 2010

Masa : 9pg – 5ptg

Tempat : Lokasi Utara


Tajuk : Kursus Lanjutan

Tarikh : 26 September 2010

Masa : 9pg -5ptg

Tempat : Lokasi Utara


Tajuk : Kursus Pengukuhan Rawatan

Tarikh : 23 & 24 Oktober 2010

Tempat : Lokasi Utara


Tajuk : Saka & Pengasih

Tarikh : 27 & 28 November 2010

Tempat : Lokasi Utara


Tajuk : Kanser & Asas Pengubatan Herba serta Akar Kayu

Tarikh : 25 & 26 Disember 2010

Tempat : Lokasi Utara


Tajuk : Santau & Racun

Tarikh : 30 & 31 Januari 2011

Tempat : Lokasi Utara


Tajuk : Bekam & Kaedah Diagnos Penyakit melalui Punca 5 Unsur

Tarikh : 27 & 28 Februari 2011

Tempat : Lokasi Utara


Tajuk : Urat Saraf & Urut

Tarikh : 26 & 27 Mac 2011

Tempat : Lokasi Utara


Moga-moga semuanya dapat dilaksanakan dengan keizinanNYA . InsyaALLAH.

Wassalam


Rabu, 11 Ogos 2010

ROH AL QUDS

siri ke 3


ABU JA’FAR AL-‘URYANI DARI LOULE

Syeikh ini datang ke Seville apabila aku baru bermula memperolehi ilmu-ilmu jalan salik. Aku salah seorang di antara yang awal menemui beliau. Pertama kali aku menemui beliau, aku dapati beliau seorang yang kekal dalam zikir. Beliau terus mengetahuinya, segera menemui ku, keperluan rohaniahlah yang membawa aku menemui beliau.

Beliau bertanya kepadaku, “Adakah kamu bertekad untuk mengikuti jalan Allah?” Aku menjawab, “Hamba boleh bertekad tetapi Allah yang menentukan hal keadaannya” Beliau kemudiannya berkata, “Jika kamu kuncikan dunia daripada dirimu, reda dengan segala ujian dan mengambil hanya Dia Yang Pemurah sebagai temanmu, Dia akan berkata-kata denganmu tanpa perantaraan. Aku dengan itu bertawakkal melaksanakannya sehinggalah aku berjaya (dengan izinNya).

Sekali pun beliau seorang yang buta huruf tidak boleh menulis atau merajah, seseorang itu hanya perlu mendengar bukaan beliau mengenai tawhid untuk mengagumi pendirian rohaniah beliau. Himmah beliau mampu mengawal pemikiran seseorang, dan dengan perkataannya beliau dapat menyelesaikan masalah-masalah tawhid wujudiah. Beliau selalu berada dalam keadaan suci dari hadas, wajahnya menghadap ke qiblah dan berterusan menyebut nama Allah.

Suatu ketika beliau pernah ditawan bersama-sama yang lain oleh orang kristian. Beliau mengetahuinya sebelum kejadian tersebut berlaku dan memberitahu sahabat-sahabat musafirnya yang mereka semua akan ditawan pada hari berikutnya. Keesokan pagi seperti yang dinyatakan oleh beliau, musuh menyerbu mereka dan menawan kesemua yang ada. Bagaimanapun kepada beliau, mereka menunjukkan rasa hormat dan menyediakan tempat tinggal yang selesa dan khadam buat beliau. Selepas beberapa ketika beliau mengaturkan penebusan dirinya dengan bayaran lima ratus dinar dan musafir ke tempat kami (Seville).

Apabila Syeikh tiba, dicadangkan kepada beliau supaya derma dikumpulkan untuknya daripada dua atau tiga orang. Berkenaan hal ini beliau menjawab, “Tidak, aku hanya inginkan daripada seberapa ramai orang yang boleh; sesungguhnya, jika mungkin aku inginkan dari semua orang dalam jumlah yang sedikit, kerana Allah memberitahuku dalam diri setiap jiwa yang memberatkan timbangan di hari akhirat ada sesuatu yang dapat menyelamatkan dari api neraka. Dengan cara ini aku akan mengambil kebaikan dari setiap manusia buat pengertian Muhammad s.a.w.

Diberitahukan juga, semasa beliau masih di Seville seseorang datang dan memaklumkan kepada beliau bahawa mereka yang tinggal dalam kota di Kutamah sangat berhajat kepada hujan, berharap agar beliau pergi ke sana dan melakukan solat istisqa’ buat mereka, supaya Allah menurunkan hujan. Sekalipun antara kami dan kota tersebut dipisahkan oleh lautan dan memerlukan lapan hari perjalanan darat, beliau pergi bersama muridnya bernama Muhammad. Sebelum mereka pergi seseorang mencadangkan adalah memadai bagi beliau untuk solat buat mereka tanpa melakukan perjalanan ke kota. Syeikh menjawab bahawa Allah mengarahkan beliau untuk bertemu dengan mereka secara peribadi.

Apabila mereka tiba di kota, mereka dapati diri mereka dihalang daripada memasuki kota. Sebaliknya tanpa diketahui oleh orang kota, beliau solat istisqa’ untuk orang di dalam kota dan Allah menurunkan hujan dalam jangkamasa satu jam. Sekembalinya, beliau menemui kami. Murid beliau menceritakan kepada kami, tatkala Allah menurunkan hujan, ianya turun disekeliling mereka tetapi tiada setitik pun yang menyentuh mereka. Apabila muridnya menyatakan kekagumannya kepada syeikh dengan kata-kata bahawa rahmat Allah (hujan) tidak turun kepada syeikh juga, Beliau menjawab ianya sudah tentu akan berlaku sekiranya beliau ingat (untuk memasukkan mereka) dalam doa ketika di kota.

Suatu hari ketika aku duduk-duduk bersama beliau, seorang lelaki datang membawa anaknya kepada syeikh. Dia memberi salam dan menyuruh anak lelakinya melakukan perkara yang sama. Ketika ini syeikh sudahpun kehilangan peglihatannya, lelaki tersebut memaklumkan bahawa anaknya telah pun menghafaz seluruh al-Quran. Sebaik mendengar perkataan tersebut keadaan diri syeikh terus berubah kerana hal kerohanian telah menguasai beliau. Kemudian beliau berkata kepada lelaki tadi, “Yang Abadilah yang mengekalkan yang fana. Justeru al-Quran lah yang menyokong dan mengekalkan kita dan anakmu.” Keadaan ini merupakan suatu contoh maqam musyahadah beliau.

Suatu ketika aku tertanya-tanya akan hal keadaannya ketika awal-awal kehidupan rohaniahnya. Beliau memberitahuku bekalan makanan untuk keluarganya bagi setahun hanyalah lapan guni gandum, dan ketika beliau beruzlah isterinya akan menjerit padanya dan menuduh beliau tidak melakukan sesuatu untuk sara hidup keluarga. Ketika ini beliau menjadi keliru dan akan berdoa, “Ya Rabbi, hal ini telah mencampuri urusan antara Engkau dan aku, kerana isteriku telah menuduh ku, oleh itu jika Engkau berkehendak supaya aku meneruskan ibadah, ringankan aku dari perhatian isteriku. Jika sebaliknya khabarkan kepadaku.” Suatu hari Allah memanggilnya (secara rohani), “ Wahai Ahmad, teruskan ibadahmu dan istirehatlah dengan yakin bahawa sebelum berakhirnya hari ini Aku akan bawakan untukmu dua puluh guni gandum, mencukupi untukmu bagi dua setengah tahun. Beliau meneruskan penceritaan, bahawa belumpun sejam berlalu seorang lelaki memberikan salam, bersamanya pemberian seguni gandum. Ketika perkara ini berlaku Allah mengkhabarkan kepada beliau bahawa ini merupakan guni yang pertama daripada dua puluh guni. Dengan cara sebegini dua puluh guni disampaikan kepada beliau sebelum matahari terbenam. Hal ini menjadikan isterinya bersyukur dan nafkah keluarganya dipenuhi.

Syeikh ini kerap bertafakur dan dalam maqam kerohaniannya beliau mengalami kegembiraan yang amat dan pengharapan. Ketika ziarah ku yang terakhir, semoga Allah merahmati roh beliau, aku bersama beberapa orang sahabatku. Kami memasuki rumah beliau dan mendapati beliau sedang duduk dan kami memberi salam kepada beliau. Salah seorang di antara kami berkeinginan untuk menanyakan beliau suatu soalan, tetapi sebaik sahaja kami masuk, beliau mengangkat kepalanya dan berkata kepada kami, “ Mari kita teliti tentang suatu perkara yang aku telah nyatakan padamu, wahai Abu Bakr (merujuk kepada diriku), kerana aku selalu memikirkan maksud perkataan Abu al-Abbas b. al-‘Arif (pengarang kitab Mahasin al-Majalis) “ Yang tidak akan mati, sementara Dia yang kekal sentiasa hidup,” Kita semua tahu yang tidak akan mati dan Dia yang kekal sentiasa hidup, jadi apa yang beliau (Abu al-Abbas b. al-‘Arif) maksudkan dengan perkataan ini? Tiada seorang pun yang bersedia menjawab soalan tersebut jadi beliau menanyakan soalan tersebut kepadaku. Bagi ku, sekalipun aku sangat bersedia untuk menjawab soalan tersebut, aku tidak melakukannya, aku menjadi sukar untuk berkata-kata. Syeikh mengetahui keadaan ku dan beliau tidak mengulangi soalan tersebut.

Apabila beliau berbaring untuk tidur, beliau tidak menanggalkan pakaiannya dan apabila beliau menghadapi bukaan rohaniah beliau tidak merasa terganggu; tetapi apabila beliau mendengar bacaan al-Quran beliau menjadi segar dan sangat bersemangat. Suatu hari aku bersolat bersama beliau di rumahnya bersama sahabat ku Abu ‘Abdallah Muhammad al-Khayyat dan adiknya Abu al-‘Abbas Ahmad al-Hariri, apabila imam membaca surah An-Naba’ dan sampai pada (ayat 6) ‘Bukankah Kami, yang menjadikan bumi (sebagai) hamparan (tempat mereka) dan gunung-gunung sabagai tiang-tiangnya (pasak / Autad)….aku terpisah (secara rohaniah) dari imam dan bacaannya dan melihat secara rohaniah Syeikh Abu Ja’far berkata kepada ku, “ Hamparan adalah bumi dan pasaknya adalah orang beriman; hamparan adalah orang beriman dan pasaknya adalah ‘arifbillah; ‘arifbillah adalah hamparan dan nabi-nabi adalah pasaknya; nabi-nabi adalah hamparan dan rasul-rasul adalah pasaknya; rasul-rasul adalah hamparan dan selepas itu apa? Beliau juga menuturkan beberapa kebenaran rohaniah, sehinggalah perhatianku kembali kepada bacaan imam,….dan ia berkata benar (ayat 38). Itulah hari yang sebenarnya (ayat 39). Selesai solat aku bertanya Syaikh pengalaman yang aku lalui dan mendapati pendapat beliau tentang surah An-Naba’ serupa dengan yang aku dengari dalam ru’yaku (penglihatan)

Suatu hari seorang lelaki menyerbu kepada beliau dengan pisau di tangan untuk membunuhnya, dalam keadaan tenang Syeikh menawarkan lehernya kepada lelaki tersebut. Seorang sahabat Syeikh cuba meleraikan, tetapi Syeikh menyuruh agar meninggalkannya sendirian dan biarkan sahaja apa yang ingin dilakukan oleh lelaki tadi. Sebaik sahaja pisau digerakkan untuk memotong leher Syeikh, Allah jadikan pisau bengkok lalu menakutkan lelaki tadi dan dengan segera pisau dilemparkan ke tanah. Lelaki tersebut jatuh tersungkur di kaki Syeikh dengan penuh penyesalan.

Jika tidaklah kerana terhadnya ruang, aku akan kisahkan lebih banyak tentang Syeikh ini, tentang keramatnya dan perbincangan kerohanian yang kami lalui.