Rabu, 18 Disember 2013

Terapi TIAF Utara D' Kamunting@Taiping

Hari TERAPI TIAF Utara

Tarikh : 21 & 22 Safar dan 28 Safar 1434H bersamaan 24&25 dan 31 Disember 2013

Masa : 10.00pg - 6.000ptg ( Temujanji Sahaja )

Tempat : Dewan Solehin, Pusat TIAF Utara, Kamunting Taiping Perak ( Sebelah Stesen Bas Kamunting Raya , di atas pejabat Hasani Perkahwinan ).

Terapi Yang Disediakan : Diagnos, Terapi Masalah Gangguan, Terapi Masalah Fizikal, Terapi Bekam , Terapi Urutan, Terapi Refleksologi, Rundingcara kesihatan secara Islam, Kaunseling dan lain-lain, dengan izin ALLAH.

Sila TELEFON Untuk Temujanji :
012-7625455 ( Ust Anuwa )
017-4662383 ( Sdr Zaidi )
019-5606284 ( Tn Hj Rahim )

Program Akhir Tahun 2013

Assalamualaikum WMT..

MOTIVASI ANAK SOLEHIN Bersama MADU FATEH

Tarikh : 28 Safar 1434H/31 Disember 2013

Masa : 10.00 PG - 12.00 TGH ( Pendaftaran 10.00 PG )

Tempat : Dewan Solehin, Jln MKJ 2, Medan Kamunting Jaya, Kamunting, Taiping Perak.

Penyertaan : Ibu & Bapa dan Anak

Pengisian : Ceramah, Cermin Diri & Soal Jawab.

Yuran : RM50.00 ( maksima 3 orang ) RM10.00 ( tambahan setiap seorang )

Pendaftaran : SMS Nama Ibu/Bapa>SOLEH>No K/P> ke 012-5455711 sebelum 29 Disember 2013. Penyertaan Terhad Untuk 25 Keluarga.

Anjuran Bersama : Qolbu Solehin Management & TIAF Utara


Semoga bermanfaat dunia dan akhirat InsyaALLAH

Khamis, 12 Disember 2013

Mohon & Semak Status Diploma Perubatan Islam TIAF

Assalamualaikum WMT
MAKLUMAT TERKINI :


PERMOHONAN DIPLOMA PERUBATAN ISLAM TIAF.
1. Maklumat penghantaran borang permohonan,

Sila semak kaedah dan cara serta alamat penghantaran di

http://blog.ptiafm.org/2013/12/penghantaran-borang-diploma-perubatan.html

2. Senarai Borang Penyertaan yang telah diterima.

Sila semak nama anda di..

http://blog.ptiafm.org/2013/12/senarai-borang-penyertaan-diploma-yang.html

Rabu, 11 Disember 2013

Temui Madu Fateh

MADU FATEH dalah Adunan Madu Asli Timur Tengah Yang Telah Diruqyah & Didoa Dengan Khasiat Sebagai Makanan Tambahan, Merawat dan Meningkatkan Kesihatan Mental, Fizikal, Emosi,Rohani, Zahir & Batin dan lain-lain lagi . Dengan izin ALLAH.

Senarai Pengedar Terkini ( 01 Disember 2013 )

Kelantan - Sdr. Yusairey ( 014-5315559 )

Pahang - Ustazah Jamilah ( 017-9804820 )

Negeri Sembilan
- Sdr Norzaifee ( 012-2439801 Rembau )
- Sdr Muhammad Akmal ( 013-4421597 -Jelebu )
- Puan Safiah Abd Razak ( 012-2248231 - Port Dickson )

Kuala Lumpur - Sdr Zaironizam ( 019-2781829 )

Selangor/Putrajaya - Sdr Mas Ilmi ( 019-2370529 )

Perak
- Haji Rahim ( 019-5606284 - Taiping )
- Sdr Azmi ( 013-44461827 -Ipoh )

Johor - Sdr Azham ( 018-7888134 )


Kedah - Ust Zahir ( 019-4589907 )
 

Pulau Pinang - Puan Zaidah ( 012-2429809 ) 
                   - Sdr Zaidi ( 017-4662383 )

Sarawak - Sdr Shamsul ( 013-3868107 )

Sabah - Tuan Jupirin ( 019-8957676 )


Semoga bermanfaat dunia dan akhirat InsyaALLAH.

Isnin, 25 November 2013

Program Terkini TIAF Utara

Assalamualaikum WMT

Program Terkini TIAF Utara;

TARIKH : 06 Disember 2013 ( Jumaat )
TAJUK : Bengkel Urutan Guasa
TEMPAT : Politeknik Sultan Abd Halim Shah ( POLIMAS ) Jitra Kedah
YURAN : RM150.00 ( Nota, Jamuan & Sijil )
PENDAFTARAN : SMS NAMA & NO K/P GUASA KE 012-5455711

PENGISIAN :
Teori dan praktikal bagi faedah:
-Meningkatkan tahap metabolism
-Mengaktifkan sel-sel dan hormone pasif
-Membantu system pengangkutan darah
-Mengutakan system pertahanan badan
-Melambatkan proses penuaan
-Mencantikan kulit
-Menyeimbangkan system rembesan hormone
-Merawat penyakit & mengenali simpton penyakit
-Memberi rawatan kepada saraf yang bermasalah
-Menolak pathogen basah dan kering ( sebaiknya berbekam selepas urutan guasa )
-Merawat keletihan tubuh
-Membuang dan menyah toksin dari dalam secara efektif

TARIKH : 07 Disember 2013 ( Sabtu )
TAJUK : Urutan Tenaga Batin – Masalah dan Perawatan
TEMPAT : Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas Pulau Pinang
YURAN : RM150.00 ( Nota, Jamuan & Sijil )
PENDAFTARAN : SMS NAMA & NO K/P BATIN KE 012-5455711

PENGISIAN :
1.Rahsia, Petua, Amalan, Urutan dan Bahan Dalam Menjaga, Menguat dan Memulih Tenaga Batin Secara Teori & Praktikal
2.kaedah urutan pada masalah tenaga batin tanpa perlu urutan pada 'senjata' hanya dengan urutan pada medan dan titik-titik saghir. (Lanjutan dari Kuliah Urat Saraf)
3. Perkongsian amalan dan kaedah bagi ikhtiar mendapatkan zuriat mengikut amalan Ulama dan petua orang-orang tua terdahulu.

TARIKH : 08 Disember 2013 ( Ahad )
TAJUK : Kursus Racun & Santau
TEMPAT : Dewan Solehin, Kamunting, Taiping Perak
YURAN : RM150.00 ( Nota, Jamuan & Sijil )
PENDAFTARAN : SMS NAMA & NO K/P RANTAU KE 012-5455711

PENGISIAN :
Racun:
- Pengenalan Racun
- Sejarah Racun
- Pembahagian Racun (dari Unsur 4+1)
- Pembahanan Racun
- Proses Pembuatan Racun (sudut ilmiah)
- Pengubatan dan penawar serta pengesanan racun
- Perkaitan Racun dengan Santau
- Perbezaan Racun dan Santau
Santau:
- Pengenalan Santau
- Sejarah Santau
- Fenomena santau - Dari kalangan perawat dan pesakit ( Kesalahfahaman hakikatnya)
- Pembahanan Santau
- Proses Santau
- Peringkat pecahan dan kesan santau
- Kaedah Pengesanan santau (Urat besar & Urat kecil)
- Kaedah Pengubatan dan penawar racun santau
Pengijazahan:
- Amalan BismILLAH 5 & 6
- Doa Sisih bisa dan racun
- Kaedah Tangas Kalimah ( salah satu kaedah pengubatan santau oleh guru-guru tua)

Semoga menjadi manfaat dunia dan akhirat InsyaALLAH

AlhamduLILLAH, Tahniah Untuk Peserta..


Rabu, 9 Oktober 2013

Aktiviti Oktober Terkini TIAF Utara

MAKLUMAN UMUM 

1. TERAPI TERBUKA TIAF Utara

Tarikh : 8 Zhulhijjah 1434 bersamaan 13hb Oktober 2013 ( AHAD )

Masa : 10.30pg - 5.30ptg
 

Tempat : Dewan Solehin, Pusat TIAF Utara, Kamunting Taiping Perak ( Sebelah Stesen Bas Kamunting Raya, di atas pejabat Hasani Perkahwinan).

Terapi yang disediakan : Terapi masalah gangguan, Terapi Masalah Fizikal, Terapi Bekam (rm5 per cup), Terapi Akupuntur (rm1 per jarum), Terapi Urutan Badan, Terapi Refleksologi, Rundingcara kesihatan secara Islam dan lain-lain, dengan izin ALLAH.


2. MUNAJAT SEMPENA WUKUF ARAFAH 1434H





3. PROGRAM IBADAH QURBAN TIAF Utara AIDILADHA KE 2

Tarikh : 11 Zhulhijjah 1434 bersamaan 16hb Oktober 2013 ( RABU )


Tempat : Pondok Tuan Guru Hj Zahari/Baba Zahari Gulau Kg Landai Sik Kedah.
 

TENTATIF:
7.30pg - Berkumpul & bertolak dari Gurun ke Sik Kedah
8.30pg - Tiba & sarapan pagi
9.00pg - Penyembelihan qurban & melapah dan agihan
12.00tgh - Rehat & jamuan dan ramah mesra bersama Baba Hj Zahari
1.15tgh - Solat Zohor
2.00ptg - Bergerak ke Tasik Berih
2.30ptg - Tiba di Tasik Berih untuk 'Tautan Mahabbah' bersama sahabat TIAF dan jamuan anggur ( Tasik Berih Ladang Anggur Terbesar Asia Tenggara )
4.15ptg - Solat Asar & bersurai dan bertolak balik.


4. HIMPUNAN ULAMA THURATH 3



Semoga ada manfaat dunia dan akhirat insyaALLAH..

Ahad, 6 Oktober 2013

Perubatan dari Perspektif Islam

Islam adalah agama syumul yang prinsip dan hukumnya merangkumi dari segala aspek yang melibatkan kehidupan manusia dan jin, dan tidak terkecuali dengan halnya perubatan.

Apabila menyebut perubatan dalam Islam atau Perubatan dari perspektif Islam, kita merujuk kepada istilah atau makna Islam itu sendiri yang bermaksud sejahtera atau selamat. Selamat dan sejahtera ini merujuk kepada zahir dan batin, jasmani dan rohani, fizikal dan mental, kesemua aspek ini memainkan peranan penting dalam ibadat seorang hamba kepada Penciptanya.

Di dalam perubatan, sudah semestinya adanya yang disebut sebagai penyakit yang perlu diikhtiarkan untuk sembuh, adanya Doktor dan adanya pesakit.

Tetapi apabila menurut perspektif Islam, ianya mengaitkan ALLAH sebagai Penyembuh yang Mutlak, RasulULLAHi SallALLAHu ALaihi Wasallam sebagai sebaik-baik doktor, dan Zikir (ingat kepada ALLAH) sebagai seindah-indah ubat seperti mana yang telah difirmankan ALLAH di dalam Al Baqarah ayat 152 :

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKU supaya AKU membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKU dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKU).

Manakala, penyakit sebagai sebenar-benar peringatan atau teguran dari ALLAH.
Kerana perubatan yang menurut Islam adalah perubatan yang menekankan bab Aqidah yang sebenar kepada ALLAH, seterusnya disusuli dengan ikhtiar yang tiadanya unsur syirik dan engkar akan syariat ALLAH besertakan dengan ikhtiar yang tiada mendatangkan kemudaratan kepada diri ataupun orang lain kemudian diakhiri dengan tawakkal kepada ALLAH setelah berusaha sebaiknya, inilah secara ringkasnya yang disebut Perubatan dalam Islam atau Perubatan menurut perspektif Islam.

Penyakit adalah sesuatu yang melanda umat dari sejak dahulu lagi, dan dari situ pelbagai cara digunakan untuk ikhtiar bagi memulihkan penyakit tersebut, sehinggalah pada zaman Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan para sahabat, bidang perubatan antara bidang yang utama dalam memperkenalkan Islam kepada mata masyarakat semasa itu, ini berikutan dengan hadith yang telah diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: “Sesungguhnya beberapa orang dari kalangan Sahabat RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam sedang berada dalam perjalanan. Mereka pergi ke salah sebuah kampung Arab dan mereka berharap agar boleh menjadi tetamu kepada penduduk kampung tersebut. Namun ternyata penduduk kampung itu tidak mahu menerima mereka. Tetapi ada yang bertanya: Apakah ada di antara kamu yang boleh menjampi? Kerana ketua atau penghulu kampung kami terkena sengat. Salah seorang dari para Sahabat menjawab: Ya, ada. Lalu beliau menemui ketua kampung tersebut dan menjampinya dengan surah al-Fatihah. Kemudian ketua kampung tersebut sembuh, maka Sahabat tersebut diberi beberapa ekor kambing. Beliau tidak mahu menerimanya dan mengajukan syarat: Aku akan menyampaikannya kepada Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam, beliau pun pulang menemui Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan menyatakan pengalaman tersebut. Beliau berkata: Ya Rasulullah (SallALLAHu Alaihi Wasallam)! Demi ALLAH, aku hanya menjampi dengan surah al-Fatihah. Mendengar kata-kata itu, Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wasallam tersenyum dan bersabda: Tahukah engkau, bahawa al-Fatihah itu memang merupakan jampi. Kemudian Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda lagi: Ambillah pemberian daripada mereka dan pastikan Aku mendapatkan bahagian bersama kamu.”

Daripada peristiwa ini kita mengenalpasti akan peranan perubatan di dalam menyebarkan Islam secara tidak langsung, atas kerana Al Quran menjadi dustur atau perlembagaan kepada mana-mana institusi-institusi Jemaah Muslimin.

Mutaakhir ini pusat-pusat rawatan Islam telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan, terlalu banyak dan meluas. Ini adalah suatu fenomena yang baik, bahkan ianya sebagai satu cara menutup ruang bagi sebarang kumpulan atau pengamal aktiviti syirik dan khurafat daripada berleluasa.

Namun begitu, oleh kerana kepesatan ini, masyarakat mula memandang bahawa perubatan Islam atau perubatan dalam islam adalah usaha merawat masalah rohani semata-mata, seperti gangguan jin, histeria, sihir dan lain-lain lagi yang seangkatan dengannya sehingga mengecilkan aspek serta fungsi perubatan dalam Islam.

Adakah itu bermaksud bahawa perubatan Islam hanya sekadar itu sahaja? Dan perubatan moden bukanlah dari perubatan Islam? Adakah begitu kiraannya? Jika begitulah kiraannya, maka ternyata ianya salah. Kerana dari Hadith yang telah diletakkan di atas menunjukkan perubatan di dalam Islam bukan tertumpu pada sudut hal-hal ghaibiyyah semata-mata malahan merangkumi masalah zahiriah juga.

Akibat dari fenomena ini, makanya, masyarakat meletakkan perubatan Islam sebagai pilihan kedua dalam berikhtiar, yang padahalnya perlembagaan atau pegangan di dalam perubatan Islam adalah Al Quran dan Sunnah, hasil dari mutholaah Ulama-ulama terdahulu.

Jika kita kaji akan perkembangan perubatan Islam ini, Islam telah melahirkan ramai cendiakiawan yang menggegar dunia khususnya dalam dunia perubatan. Al Biruni, Ar Razi, Az Zahrawi, Ibnu Sina, Al Baythor dan ramai lagi, antara nama yang telah menggegar dunia eropah dan Yunani dengan kemampuan mereka ini dalam mengolah penyakit kepada kesembuhan.

Apabila zaman kemasyhuran Islam runtuh disebabkan factor-faktor dalaman dan faktor-faktor lain, bidang yang sepatutnya dipelopori oleh umat Islam telah dimanipulasi oleh golongan yang ingin menjatuhkan Islam dengan menyebarkan dakyah serta kepalsuan maklumat kepada orang Islam khususnya supaya Islam dipandang mundur serta kolot.

Haruslah kita fahami bahawa RasulULLAHi SallALAHu Alaihi Wasallam bukanlah seorang doktor atau tobib yang terkemuka pada zaman Baginda (SallALLAHu ALaihi Wasallam) bahkan pada zaman tersebut salah seorang sahabat iaitu 'Umaroh bin Hazm menjadi Tobib yang terkenal dan menggunakan landasan-landasan dalam Islam yang telah dibawa serta diajarkan oleh RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam kepada beliau, jadi dengan ertikata lain, RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam adalah Bapa kepada Ilmu Perubatan dalam Islam.

Dari sini, secara jelas perlu difahami, perubatan dalam perspektif Islam adalah bertujuan menghindari kesyirikan sebagai objektif utama, dan ikhtiar menurut syariat Islam adalah objektif kedua, manakala mengelakkan mudarat pada zahir dan batin adalah objektif ketiga. Andai ketiga-tiga hal ini tidak difahami dan tidak diamalkan sebaiknya maka perubatan tersebut tidak dipanggil sebagai perubatan menurut Islam.
Perubatan yang disarankan dalam Islam adalah menjurus kepada konsep tawakkal iaitu penyerahan selepas usaha, berikutan dengan firman ALLAH Azza Wajalla di dalam surah Al Baqarah ayat 153 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُ واْ اسْتَعِينُ واْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Wahai sekalian orang-orang Yang beriman! mintalah pertolongan Dengan bersabar dan Dengan (mengerjakan) Solat; kerana Sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang-orang Yang sabar"

Gambaran yang ALLAH ingin nyatakan pada mereka yang beriman, iaitu percaya akan wujudnya ALLAH, paling utama adalah meletakkan wujudnya ALLAH sebagai ROBB walau apa jua pekerjaan atau permasalahan, dan ALLAH menyeru agar mereka berusaha dalam memohon pertolonganNYA. Hal ini jugalah yang menjadi pegangan dalam Perubatan menurut Islam.

Kerana, jika diperhatikan masyarakat hari ini, apabila sakit akan seboleh-bolehnya meletakkan segunung harapan kepada perawat yang merawat mereka, sehinggakan berlakulah perkara-perkara yang kesudahannya memburukkan institusi-institusi perubatan Islam lain, kes rogol, penipuan dan sebagainya.

Malahan, ada juga pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Islam sebagai mempromosikan pusat mereka, yang padahal mereka masih kekal menggunakan kaedah atau pendekatan yang menjauhkan masyarakat dari mentauhidkan ALLAH. Maka, secara asasnya, mereka ini telah jauh terpesong dari yang dikatakan sebagai perubatan menurut Islam.

Secara mudah untuk difahami, Perubatan menurut perspektif Islam, adalah suatu ikhtiar bagi masalah atau penyakit, yang dari ikhtiar itu akan mendekatkan lagi pesakit atau perawat sendiri kepada ALLAH Jalla Waala.

Andai ianya menjadikan seseorang itu semakin jauh dari ALLAH, malahan mendorong seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kemurkaan ALLAH, maka secara jelas, ianya bukan perubatan seperti yang dikehendaki dan dituntut Islam, malahan dicela di dalam Islam.

Untuk meraikan perubatan yang sebenar-benar menurut Islam, setiap yang bergelar Muslim perlu terlebih dahulu mengenal akan ALLAH, Tuhan Pentadbir sekalian Alam, akibat dari tidak kenal akan ALLAH, maka segelintir perawat ataupun pesakit sewenang-wenangnya mencari jalan yang selagi ada boleh menyembuhkan penyakitnya tanpa mengambil kira sudut aqidah terlebih dahulu.

Kerana, penyakit itu datang dari Kudrat dan Iradat ALLAH, kesembuhan jua dari Kudrat dan Iradat ALLAH. Sebenar-benar sakit adalah apabila di azab di neraka ALLAH kelak kerana mencari jalan mudah untuk sembuh di dunia tanpa mengendahkan larangan ALLAH dan sebenar-benar sembuh itu adalah apabila merasai nikmat di dalam syurga ALLAH kerana bersabar dan berusaha untuk sembuh di dunia serta redha dengan ketentuan dari ALLAH setelah berusaha, dan apatah lagi boleh bersama Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam dan para sahabat RidwanULLAH Alahim Ajmain serta para kekasih ALLAH yang lain, dan teramatlah sembuh apabila dapat melihat Zat ALLAH Azza Wajalla di dalam syurgaNYA kelak.

Mereka yang inginkan rahmat dan redha ALLAH dalam setiap perbuatan serta amal dunia jua akhirat, perlulah menyertakan ALLAH bersama perbuatan serta amal mereka. (Al Quran)

Mereka yang dambakan syafaat dan ziamah RasulULLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam di dunia jua akhirat, perlulah membawa Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam pada setiap keadaan dan ketika. (Sunnah)

Paling utama, ilmu perubatan antara ilmu yang perlu dituntut, dan ianya tidak boleh dipandang ringan.

Coretan Al Faqir IlALLAH Wan Asrul Al Aydrus

Sabtu, 28 September 2013

Kursus BEKAM Asas TIAF ( Kedah ) & Kursus Bekam Lanjutan TIAF ( P.Pinang ) Oktober 2013

KURSUS BEKAM ROHANI & JASMANI TIAF 04 Oktober 2013 DAN KURSUS BEKAM LANJUTAN TIAF 05 & 06 Oktober 2013

Kursus Bekam Asas ( Rohani & Jasmani ) TIAF
Tarikh : 04 Oktober 2013 ( Jumaat )
Tempat : Dewan Kuliah 2, Politeknik Sultan Abd Halim Mua'zam Shah ( POLIMAS ),Bandar Darul Aman, Jitra Kedah.
Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang
Yuran : RM150.00 ( Sijil, Nota & Jamuan Disediakan )
Penyertaan : Terbuka Muslimin & Muslimat
Pendaftaran: SMS>nama>no k/p>Bekam>012-5455711

PENGISIAN :
SESI PERTAMA - BEKAM & PERIHALNYA
- Apa itu BEKAM
- Definisi Bekam
- Perbezaan Tukang Bekam dengan Ahli Bekam
- Hakikat Bekam Tradisional dan Bekam Moden
- Bekas Luka Bekam dan Gambaran tentang Penyakitnya

SESI KEDUA - BEKAM & KAEDAH EFEKTIF MERAWAT PENYAKIT
- Rahsia Kaedah Bekam bagi Merawat penyakit dan Mencegah Penyakit
- Teknik Bekam
- Cara Pemilihan Titik Bekam Yang Betul
- Prinsip Pemilihan Titik Bekam
- Jangka Masa Membekam
- Penyakit yang Tidak boleh Diubati dengan Bekam secara terus
- Pemilihan Titik-Titik Bekam di Dada dan Perut
- Pemilihan Titik-Titik Bekam di Punggung
- Titik Bekam Kepala (PENTING dan Paling UTAMA)
- Pemilihan Titik Bekam Berdasarkan Titik Nabi (Titik/Point Sunnah)
- Khasiat dan Kedudukan Titik Nabi

SESI KETIGA - KAEDAH DIAGNOS PENYAKIT SEBELUM BEKAM
- JARI & KUKU
- WAJAH
- LIDAH
- TAPAK TANGAN

Kursus Bekam Lanjutan TIAF - Mengenali Titik Besar & Kecil ( Titik Penyakit )
Tarikh : 05 & 06 Oktober 2013 ( Sabtu & Ahad )
Masa : 9.30pg – 5.30ptg
Tempat : Pusat Islam, UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang
Penyertaan : Muslimin & Muslimat yang telah mempunyai asas pengetahuan bekam
Yuran : RM280 ( Sijil, Nota & Jamuan )
Pendaftaran : SMS>nama>no kp>A-Bekam>012-5455711

PENGISIAN :
- Penambah Baik Pulih
- Kekuatan
- Kecantikan
- Titik Istimewa
- Titik Sampingan
- Titik Penyakit
- Titik Saghir
- Titik Kabir
- Mengenal Pasti Titik Penyakit Dengan Penyakit Bersangkutan
- Kaedah Sunnah Kaedah Torehan
- Kesalahan Titik Fatal Wajah & Kepala
- Perkongsian Pedang Alif

LAWATI : www.qolbusolehin.blogspot.com

PERTANYAAN : 012-7625455

Rabu, 25 September 2013

Kursus Bekam Lanjutan TIAF D' Utara

Kursus Bekam Lanjutan TIAF – Mengenali Titik Besar & Kecil (Titik Penyakit)
 
Tarikh : 05 & 06 Oktober 2013 
( Sabtu & Ahad )
 
Masa : 9.30pg – 5.30ptg
 
Tempat : Pusat Islam, 
UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang

Penyertaan : Muslimin & Muslimat yang telah 
mempunyai asas pengetahuan bekam
 
Yuran : RM280 ( Sijil, Nota & Jamuan )
 
Pendaftaran :
SMS>nama>no kp>A-Bekam>012-5455711

Pertanyaan : 012-7625455

Pengisian :
Penambah Baik Pulih
Kekuatan
Kecantikan
Titik Istimewa
Titik Sampingan
Titik Penyakit
Titik Saghir
Titik Kabir
Mengenal Pasti Titik Penyakit Dengan Penyakit Bersangkutan
Kaedah Sunnah Kaedah Torehan
Kesalahan Titik Fatal Wajah & Kepala
Perkongsian Pedang Alif
 
Assalammualaikum WMT dan salam mesra,

Sejauh merasa diri dalam perjalanan menuju padaNYA, dalam mencari kebenaran hakikat sebenar hidup, masih banyak bekal yang perlu disediakan untuk menghadapiNYA kelak. AlhamduLILLAH, syukur padaMU ya ALLAH, dengan peluang taubat yang masih diberi dalam mencari bekalan hidup hakiki kelak. Betapa kita hari ini banyak yang di dalam kerugian dalam mencari hakikat sebenar kejadian. Semoga kita sentiasa di dalam inayah dan hidayah ALLAH dalam setiap perbuatan juga amal yang membawa kebaikan di dunia jua akhirat. سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضى نفسه وزنه عرشه ومداد كلماته

Salam dan sayang memenuhi ucapan ke hadrat Rasulullah S.A.W Rasulurrahmah, penghubung segala hati yang duka kepada kegembiraan, pembuka segala mata yang tertutup kepada mata yang terbuka, pengubat hati yang kecewa kepada keyakinan. Rindu dan penuh kasih ke hadratNya, semoga dibangunkan kita di padang masyar kelak dengan menatap wajahNya sebagai wajah pertama yang ditatap. اللهم صلى وسلم وبارك على سيدنا محمد عدد خلقه و عدد ما شاء سبحانه و تعالى

Para pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,

Mengambil sedikit ruang ini untuk menyatajelas akan beberapa persoalan dari rata-rata yang bertanya. Saya mengambil ruang ini untuk menjelaskan apa itu BEKAM LANJUTAN.
Pertamanya, bekam mempunyai 5 konsep atau prinsip dalam proses pengubatan. Ianya terdiri daripada PENCEGAHAN, PERAWATAN, PENAMBAH BAIK PULIH, KEKUATAN dan KECANTIKAN.

Adapun yang dikongsi TIAF sebelum ini adalah bekam asas yang merangkumi konsep PENCEGAHAN dan PERAWATAN, yang menumpukan pada titik bermasalah dan titik sunnah.
Di dalam bekam Lanjutan, akan dikongsikan lanjutan daripadanya iaitu PENAMBAH BAIK PULIH, KEKUATAN dan KECANTIKAN.

Begitu juga dalam membincangkan dan berkongsi kesalahan fatal yang sering berlaku dari kalangan juru bekam, terutamanya titik di kepala dan wajah.

Di dalam BEKAM LANJUTAN ini, akan dikongsikan TITIK ISTIMEWA, TITIK SAMPINGAN dan TITIK PENYAKIT. Inilah yang digelar titik SANGHIR dan titik KABIR.

Disebabkan itu, untuk penyertaan BEKAM LANJUTAN hanya kepada mereka yang sudah mempunyai asas bekam dan menghafal titik asas, iaitu titik sunnah serta tatacara berbekam.
Di dalam kuliah ini juga, akan dikongsikan cara mengenalpasti titik penyakit dengan penyakit yang bersangkutan.

Titik-titik pada tubuh berkaitan dengan vascular spider yang menghubungkan satu titik ke titik lain yang dipanggil sebagai vascular atau dalam bahasa Arabnya Habl atau Jaringan. Jaringan inilah yang memberi impak kepada bekam yang dilakukan, jika benar dan elok, maka benar dan elok jadinya. Jika salah dan tidak kena dengan caranya, maka sama ada semakin teruk keadaan atau tiada memberi kesan.

Paling penting di dalam BEKAM LANJUTAN ini, akan dikongsikan kaedah sunnah dalam membuat pendarahan iaitu torehan.

Ramai yang merasakan kaedah torehan umpama menyakitkan, YA, benar menyakitkan jika membuat torehan sebenar benar torehan iaitu membelah. Padahal kaedah sebenar adalah hanya sekadar mencantuk.

Kaedah torehan ini memainkan peranan penting dalam membuka jaringan dan menarik darah-darah bermasalah, iaitu sama ada torehan menegak atau melintang, kerana ada titik yang padanya penyakit bermasalah yang perlunya torehan melintang dan adanya menegak. Asalkan bekam dilakukan tepat pada titik-titik tadi, maka akan terjadi proses pada kapiler dan arteriola, peningkatan jumlah lekosit, limfosit dan sistem retikulo-endothelial, pelepasan ACTH, kortison, endorphin, enkefalin, dan faktor humoral lain.

Contoh darah statis bagi penderita masalah sering letih dan lesu




Perhatikan tompokan putih dan berbuih dalam darah statis(beku gelap). Itu adalah vital pathogen dalam darah yang jika dibiarkan akan menyebabkan kanser, NauzubILLAH.
 
Juga terjadi kesan anti peradangan, penurunan serum lemak trigliserida, fosfolipida dan kolesterol LDL, merangsang proses lipolisis jaringan lemak dan mengatur kadar glukosa darah agar normal.
 
Jadi proses penyembuhan terjadi apabila bekam dilakukan pada titik-titik bekam tadi, dimana titik ini akan bekerja terus pada sistem endokrin, metabolisme dan peningkatan sistem imunisasi. Selain itu apabila seseorang melakukan bekam pada titik yang baik dan betul, maka akan terjadi pelepasan zat neuorokimia seperti endorphin yang boleh mengurangi kesakitan. Kesakitan ini akan hilang disertai dengan peningkatan oksigen dan aliran darah dari titik yang dibekam itu. Ini menyebabkan otot jadi tenang dan terbentuklah kesihatan pada tubuh.

Serba sedikit penerangan untuk mereka yang tidak memahami apa itu BEKAM LANJUTAN.
Perlu diketahui, BEKAM adalah salah satu kaedah pengubatan di dalam ISLAM yang amat baik dan sempurna dalam bab detoksifikasi darah. Untuk mendapatkan kesan terbaik, maka prinsip ilmu dan kaedah haruslah yang terbaik juga.

InsyaALLAH, sampai satu masa akan dikongsikan kaedah bekam menggunakan jarum akupunktur , yang pasti ianya bukan dalam BEKAM LANJUTAN. Diantara amalan yang akan diijazahkan dalam kuliah BEKAM LANJUTAN adalah amalan PEDANG ALIF.

Selasa, 24 September 2013

Kursus Bekam TIAF D' Jitra Kedah

 
Tarikh : 04 Oktober 2013 ( Jumaat )
Tempat : Dewan Kuliah 2, 
               Politeknik Sultan Abd Halim Mua'zam Shah ( POLIMAS ),
              Jitra Kedah.
Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang
Yuran : RM150.00 ( Sijil, Nota & Jamuan Disediakan )
Penyertaan : Terbuka Muslimin & Muslimat
 
PENGISIAN : 
 
SESI PERTAMA - BEKAM & PERIHALNYA
- Apa itu BEKAM
- Definisi Bekam
- Perbezaan Tukang Bekam dengan Ahli Bekam
- Hakikat Bekam Tradisional dan Bekam Moden
- Bekas Luka Bekam dan Gambaran tentang Penyakitnya

SESI KEDUA - BEKAM & KAEDAH EFEKTIF MERAWAT PENYAKIT

- Rahsia Kaedah Bekam bagi Merawat penyakit dan Mencegah Penyakit
- Teknik Bekam
- Cara Pemilihan Titik Bekam Yang Betul
- Prinsip Pemilihan Titik Bekam
- Jangka Masa Membekam
- Penyakit yang Tidak boleh Diubati dengan Bekam secara terus
- Pemilihan Titik-Titik Bekam di Dada dan Perut
- Pemilihan Titik-Titik Bekam di Punggung
- Titik Bekam Kepala (PENTING dan Paling UTAMA)
- Pemilihan Titik Bekam Berdasarkan Titik Nabi (Titik/Point Sunnah)
- Khasiat dan Kedudukan Titik Nabi

SESI KETIGA - KAEDAH DIAGNOS PENYAKIT SEBELUM BEKAM
- JARI & KUKU
- WAJAH
- LIDAH
- TAPAK TANGAN

PENDAFTARAN : SMS >NAMA>NO. K/P>Bekam>012-545571

Ahad, 15 September 2013

16 Sept 2013 D' TIAF Utara

Assalamualaikum WMT

Khidmat Rundingcara, Diagnos Penyakit , Kaunseling dan Terapi Rohani & Jasmani D’ TIAF Utara, perkhidmatan yang diadakan setiap minggu pada hari Selasa telah diawalkan pada Isnin ini 16 September 2013 ( 10pg-6ptg ). Hanya dengan temujanji sahaja. Sila hubunggi 012-7625455 / 017-4662383 untuk pertanyaan lanjut. Terapi Urut, Bekam & Bimbingan Kesihatan untuk esok diberikan khas di samping pakej pemakanan kesihatan disediakan.

Istimewa Untuk Pembeli MADU FATEH:

1. Pakej Madu Fateh + Pati Delima + Minyak Zaitun RM70.00 Sahaja.

2. Pakej Madu Fateh + Pati Delima + Minyak Zaitun + Penghantaran/ Courier RM85.00 Sahaja.

Hanya tempahan dan pesanan 15-18 Sept 2013 sahaja.

Harap Maklum.

Khamis, 5 September 2013

Kursus TIAF September 2013 D' Utara



Kursus Perawatan Penyakit 3 Serangkai ( Jantung, Darah Tinggi & Kencing Manis )

Tarikh : 20 September 2013 ( Jumaat )
Tempat : Pusat Dakwah Islam Ngeri Kedah, Alor Setar Kedah.
Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang
Yuran : RM150.00 ( Jamuan & Nota Disediakan )
Penyertaan : Terbuka Muslimin & Muslimat

Pengisian
- Fenomena
- Punca
- Kaedah Mengelak Menurut Islam
- Kaedah Perawatan Menurut Islam
- Kaedah Mengawal Menurut Islam
- Senaman Khusus

PENDAFTARAN : SMS >NAMA >NO. K/P3SP> 012-5455711


KURSUS ANATOMI & FISIOLOGI MENURUT ILMU TOBIB  & KEDOKTORAN ISLAM

Tarikh : 21 September 2013 ( Sabtu )
Tempat : Dewan Seminar 1, Masjid Seberang Jaya, Buterrworth Pulau Pinang
Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang
Yuran : RM150.00 ( Jamuan & Nota Disediakan )
Penyertaan : Terbuka Muslimin & Muslimat

Pengisian:
- Pengenalan Susun atur Anatomi dan Fisiologi Manusia
- Pengenalan Anatomi dan Fisiologi
- Pengenalan Darah dan Sistem Kardiovaskular
- Pengenalan Sistem Limfatik
- Pengenalan Sistem Saraf
- Pengenalan Pancaindera Khusus
- Pengenalan Sistem Endokrin
- Pengenalan Sistem Pernafasan
- Pengenalan Sistem Pencernaan
- Pengenalan Sistem Kulit
- Pengenalan Sistem Perkumuhan
- Pengenalan Sistem Reproduksi
- Pengenalan Pencegahan dan Imunisasi
- Pengenalan Sistem Muskuloskeletal
- Permasalahan Fisiologi organ dengan penyakit Zahir dan Batin (Gangguan, sihir dan sebagainya)
- Pencegahan dan penjagaan Organ dari Risiko penyakit
- Ringkasan Jadual Aktif dan Pasif Organ

PENDAFTARAN : SMS >NAMA>NO.K/P>KAF>0125455711


Kursus Diagnos Penyakit 5 Unsur Melalui 5 Deria
 
Tarikh : 22 Sepetember 2013 ( Ahad )
Tempat : Pusat Islam UiTM Permatang Pauh Pulau Pinang
Masa : 9.30 Pg - 5.30 Ptg
Yuran : RM150.00 ( Jamuan & Nota Disediakan )
Penyertaan : Terbuka Muslimin & Muslimat

Pengisian:
1) Asas 5 Deria ( Tangan, Wajah, Telinga, Mata dan Mulut )
2) Asas 5 unsur ( Tanah, Air, Api, Angin dan Logam )
3) Etika Diagnos
4) Falsafah Diagnos
5) Kaedah Diagnos Penyakit Fizikal dan Rohani melalui Tangan, Wajah ( hidung ), Telinga, Mata dan Mulut
6) Kaedah Pencegahan & Rawatan berdasarkan masalah penyakitan.
7) Pengijazahan amalan Hauqolah ( Amalan Syaikh Hj Mat Hassan Bin Munas Bin Samad Bin Raja Bahar@Tok Janggut )

PENDAFTARAN : SMS>NAMA>NO.K/P>D5>0125455711

Sebarang pertanyaan telefon terus ke 012-7625455.

Semoga bermanfaat dariNYA..

Selasa, 13 Ogos 2013

Seminar TIAF Ogos 2013 D' Utara



TARIKH : 24/08/2013 MASA & HARI : 10.00PG-5.00PTG & Sabtu
  
TAJUK: Seminar Tauhid & Pengubatan Islam


TEMPAT: Dewan Solehin, Kamunting Taiping Perak.
 
Yuran : RM120 ( Nota & Jamuan )


PENDAFTARAN : SMS T&PI  nama penuh & no k/p ke 012-5455711


PENGISIAN:

-   - Penerapan Tauhid Berdasarkan dari Kitab Kuning – Faridatul Faraid fi Ilmil Aqa'id (Sheikh Ahmad Bin Muhamad Zin Al Fathoni ) , Sirajul Huda (Syeikh Muhammad Zainuddin bin Muhammad Badawi as-Sumbawi) dan Bakurah al-Amani li Irsyadi 'Awami Ahlil Fathani ( Al-Allamah Syeikh Al-Usuli Isma'il Ibn 'Abdul Qadir - Pak Do 'Eil Al-Fathani )

-   - Kepentingan Tauhid dan iktiqad dalam Pengubatan 
    - Perkongsian Permasalahan penyakit rohani & jasmani ( Sihir & gangguan) , kaedah mengesan serta kaedah ikhtiarnya
-   -Pengijazahan kaedah dan amalan.

OBJEKTIF : 
1. Menerapkan fungsi dan peranan Tauhid dalam setiap perbuatan dan amal.
2. Menimbulkan dan meraikan semangat untuk belajar dan mendalami kitab-kitab kuning Ulama Nusantara 
3. Berkongsi kaedah-kaedah rawatan bagi penyakit rohani dan jasmani mengikut kaedah Ulama Nusantara silam ( Iktiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah ASWJ ).



TARIKH : 25/08/2013             MASA & HARI : 10.00PG 5.00PTG & Ahad 
 
TAJUK : Seminar Warisan Kaedah Ulama Nusantara


TEMPAT: Dewan Solehin, Kamunting Taiping Perak.
 
Yuran : RM120 ( Nota & Jamuan )


PENDAFTARAN : SMS KUN  nama penuh & no k/p ke 012-5455711


PENGISIAN:
Amalan, petua dan senaman dalam penjagaan kesihatan rohani dan jasmani
Kaedah Merawat penyakit melalui pernafasan
Kaedah Merawat penyakit melalui zikir
Kaedah mengesan punca penyakit
Dan lain-lain amalan dan pengijazahan yang akan disyarah pada hari kuliah.


Semoga ada manfaatNYA..