Isnin, 24 Mei 2010

KURSUS 16 MEI 2010



Pengenalan Jenis-Jenis Sihir


Tumpuan yang bermanfaat


Moga semuanya mendapat keberkatan dari Nya


Alhamdulillah kursus Sihir : Permasalahan & Rawatan yang diadakan pada 16 Mei 2010 di Taiping Perak berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kepada semua peserta yang hadir di kalangan yang baru dan yang lama mengenali dunia rawatan Islam syabas diucapkan. Bagi peserta yang baru tahniah kerana anda telah menambahkan ilmu berkaitan di dalam kursus ini. Peserta/orang lama yang telah terdedah dengan rawatan Islam dapatlah kita murnikan bagi manfaat semua. Apatah lagi kelapangan masa dengan hadirnya Ust.Wan Asrul selaku penyampai utama amat-amat dihargai. Saya selaku urusetia penganjur memohon maaf apa jua kekurangan sepanjang kursus dijalankan. Sebarang cadangan dan pendapat dapatlah dihantar ke qolbusolehin@gmail.com bagi menambahbaik lagi kursus yang akan diadakan di masa-masa akan datang.

Selasa, 11 Mei 2010

KULIYAH KHAS UNTUK PESERTA

Insya Allah pada 16 Mei 2010 akan diadakan Kuliyah Khas yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Asrul
untuk peserta-peserta yang telah mengikuti kursus bagi memantapkan kefahaman dan keyakinan dalam rawatan mengikut:

Kuliyah Khas Perawat
Asas Rohani & Jasmani

Masa
8.00 Malam ( selepas solat Maghrib )

Tempat
Akan dimaklumkan semasa hari kursus

Bayaran
RM20.00 ( jamuan disediakan )

Tentatif
7.30 mlm - solat Maghrib
8.00 mlm - Kuliyah Khas
9.00 mlm - solat Isya' & Tahlil Khas untuk Habib Ali Al Idrus Batu Pahat.
9.45 mlm - jamuan ukhuwah

* SILA MAKLUMKAN KEHADIRAN TUAN/PUAN SEWAKTU KURSUS BAGI PENYELARASAN TEMPAT