Ahad, 30 November 2014

AlhamduLILLAH. SPEIM 1 Dijayakan.



AlhamduLILLAH. Dengan izinNYA selesai SPEIM 1 diadakan selama 2 hari di UiTM Permatang Pauh Pulau Pinang.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung ke atas SPEIM 1,terutama bimbingan dan nasihat dari TG Penasihat PTIAFM, Pengerusi PTIAFM dan seluruh AJK & Petugas SPEIM 1 yang menjayakan program ini.

Terima kasih di atas penajaan kewangan dan sokongan teknikal yang tidak terhingga juga kepada :
1. ACIS UiTM Permatang Pauh Pulau Pinang
2. Wan Nur Khadijah Enterprise - www.facebook.com/FadNurr
3. Zakat Pulau Pinang - www.zakatpenang.com
4. Qolbu Solehin Management - www.qolbusolehin.blogspot.com
5. Pak Ali Food Industries Sdn Bhd
6.Encik Shamsulnizam bin Shaharuddin
7.Ustaz Mohd Abdul Latif bin Mat Zin
8.Encik Alkaha bin Ramli
9.Encik Rostam bin Abd Rahman
10.Encik Mohamed Khairol Haque bin Abdul Kadir
11.Ustazah Jamilah bte Dzulkafly
12 PTIAFM Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur & Zon Selatan
13.Encik Azzyzul bin Abd Aziz
14.Puan Sabariah bte Yang
15.Tuan Haji Mohamed Idris bin Ibrahim
16. Tuan Haji Mohd Rahim bin Mohd Amin
17. Encik Zed Abdullah Muhaimin bin Zainuddin
18.Datuk Haji Nik Zuhailan bin Nik Yusof
19.Encik Ahmad Tarmizi bin Abdullah
20. Lain-lain yang tidak disenaraikan dari segala aspek nasihat,cadangan dan sebagainya.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dariNYA dalam usaha menganggkat dakwah dan pengamalan Perubatan Islam insyaALLAH.

Terima kasih
Pengerusi Bersama SPEIM 1






Selasa, 4 November 2014

Kenapa Memanah itu SUNNAH ?



BENGKEL MEMANAH TIAF

Kenapa Memanah Itu SUNNAH?
Kerana...

1) Ianya adalah Sunnah Fiiliyyah, Taqririyyah dan Qauliyyah. Maka, setiap perbuatan, percakapan serta saranan Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wasallam bukanlah dari hawa nafsu Baginda SallALLAHu Alaihi Wasallam tetapi ianya adalah Wahyu dari ALLAH Azza Wajalla.

2) Untuk pembaikan sistem vebtebrae (Tulang Belakang) terutamanya pada servical, toracs dan lumbar.

3) Bagi penambahbaik pulihan Sistem cardiovascular terutamanya bagi sistem injap jantung iaitu aortic, biskuspid, trikuspid dan pulmonari.

4) Untuk meransang Sistem neuron, terutamanya di Thalamus dan Hipothalamus (Otak Tengah).

Serta banyak lagi huraiannya di dalam Bengkel Memanah TIAF.

Rata-rata bertanya, pada usia berapa tahunkah anak-anak sudah mula dilatih memanah?

Jawapannya adalah pada usia seawal mereka boleh memegang dan menggenggam busur/busar panah. Kerana asas utama dalam memanah selain dari kedudukan tapak, adalah memegang dan menggenggam busur/ busar panah.

Dalam Memanah, terdapat 4 perkara penting dari sudut fizikal dan 4 perkara penting dari sudut mental.

Fizikal :
1) Posisi Tubuh dan Busur
2) Struktur Tubuh dan Busur
3) Sistem Pernafasan ( Respiratori) dan Sistem Darah ( Karsiovaskular)
4) Relatif Am ( Hukum Inersia)


Mental :
1) Keupayaan Otak Depan
2) Ketenangan
3) Ketepatan mata dan taakulan neuron
4) Kewarasan sasaran


Maka, jika dihurai setiap satu dari perkara ASAS di atas, maka fahamlah kita kenapa Memanah itu Sunnah.
Memanah adalah suatu RIADAH dan sewajarnya setiap Muslim mengamalkannya, bukannya menunggu 'semboyan' baharulah masing-masing sibuk hendak berlatih atau belajar memanah.

Indahnya Sunnah diamalkan dengan ILMU dan FAHAM.Dalam Islam ada Sains BUKAN dalam sains ada Islam.

Sertai Bengkel Memanah TIAF.

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT BENGKEL MEMANAH TIAF

TARIKH : 15 November 2014 (Sabtu)

TEMPAT : Baheera Hill View Camp, Lot 85, Sungai Lopoh, Pangson, Hulu Langat, Selangor.

GPS Koordinat : 3.220905, 101.860680

YURAN : RM150 (Individu) RM 100 ( untuk keluarga yang membawa anak bersama)

PENYERTAAN : TERHAD kepada Muslimin dengan pakaian yang sesuai dan sopan. Muslimat boleh hadir untuk teori dan penonton semasa praktikal.

PENDAFTRAN : Sms Nama > No Kad Pengenalan > hantar ke No ( Yang diterima akan menerima maklum balas, penganjur berhak menolak pendaftaran)

PERALATAN PRAKTIKAL : Akan disediakan oleh penganjur, digalakkan membawa peralatan sendiri jika ada.

PENGISIAN :
1) Teori Memanah.
- Sejarah
- Perihal Sunnah dalam Memanah
- Kepentingan mempelajari Sukan Panah
- Rahsia Memanah Jasmani & Rohani
- Perbezaan panah sunnah (Tradisional) & Panah Moden
- Jenis-jenis panah Sunnah ( Tradisional)


2) Praktikal
- Mengenal Busur
- Mengenal Anak Panah
- Asas 'Drawing' (Bidikan)
- Jenis-jenis tarikan panah
- Asas Latihan 'Grouping' ( Sasaran kelompok)
- Asas Latihan 'Targeting' (Sasaran titik)


Semoga bermanfaat dunia dan akhirat insyaALLAH.