Selasa, 23 November 2010

KEMASKINI Kursus SAKA & PENGASIH di Penang



Assalamualaikum WMT dan salam hormat.

Makluman buat semua peserta kursus pada 27 & 28 Nov 2010 serba ringkas dipaparkan laluan ke lokasi kursus bagi kemudahan semua.

Melalui Lebuhraya Butterworth Kulim ( BKE )

Susur keluar dari lebuhraya BKE ke persimpangan 1503 Kubang Semang, kemudian ikut anak panah merah sama ada melalui jambatan kecil A atau simpang B , masuk ke bawah jalan lebuhraya melalui laluan C untuk ke An Nahdhoh Inn-Yayasan An Nahdhoh.

Tambahan maklumat juga pada 27 Nov 2010 merupakan Hari Pengajian Kitab di Masjid An Nahdhoh yang akan menyebabkan kesesakan lalulintas dan kesukaran tempat meletak kenderaan, maka adalah dinasihatkan peserta ,supaya datang awal dan mendaftarkan diri di An Nahdhoh Inn 50 meter dari masjid yang terletak bersebelahan.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan hubungi terus 012-7625455.

Wallahua'lam

Selasa, 16 November 2010

Salam 'Idul Adha

Assalamualaikum WMT dan salam bahagia.

Qolbu Solehin mengucapkan Selamat Menyambut 'Idul Adha kepada semua umat Islam, muslimin muslimat dan pengunjung blog di mana jua berada. Semoga kita semua mendapat keberkatan di hari yang mulia di samping melaksanakan ibadah korban bagi yang berkemampuan sebagaimana sebahagian umat Islam yang sedang melaksanakan ibadah haji.

Dijemput kepada sahabat-sahabat yang berdekatan dan berkeupayaan untuk meraikan ibadah korban yang akan dijalankan pada Hari Raya Pertama dan Kedua di Surau Insaniah Kg Setia Jaya, Kamunting Perak.

Moga-moga ALLAH memberkati amal ibadah kita bagi mencapai maksud dan tujuan kepadaNYA insyaALLAH.

Wallahua'lam

Sabtu, 13 November 2010

Renungan MERAPI Untuk Kita

Assalamualaikum WMT dan salam ukhuwah untuk semua sahabat dan pembaca blog.

AlhamduLILLAH, pujian ke hadrat Pencipta segala yang tercipta, DIA ALLAH, Maha Penggerak segala yang ada dan tiada. ALLAHU Akbar.

ALLAHumma Solli 'Ala Saidina Muhammad. Semulia salam dan selawat ke sisi junjungan besar, yang dengan berkat syafaat dari Baginda S.A.W, masih basah lidah dengan basahan dengan ingatan pada ALLAH dan rindu pada Baginda S.A.W.

Kesempatan kali ini untuk mengajak kita semua merenung erti kasih sayang sesama makhluk terhadap peristiwa letupan gunung berapi Merapi di Indonesia.

Letusan Merapi yang beberapa kali berulang tidak memisahkan rasa kasih sayang manusia terhadap makhluk yang bernama jenisnya haiwan iaitu lembu@sapi. Sehingga sanggup untuk berkorban nyawa demi kehidupan haiwan yang dipelihara. begitu hebat rasanya kasih sayang penduduk Merapi terhadap makhluk ini. Lalu kita merenung bagaimana kasih sayang kita kepada ALLAH dan Baginda S.A.W.. adakah pengorbanan kita, perjuangan kita, mujahadah kita kita sudah lengkap dan cukup demi mendapatkan kecintaan dari ALLAH dan Rasulullah S.A.W.

Mari kita renungkan KAITAN peristiwa letusan gunung berapi Merapi , kasih sayang penduduk Merapi kepada haiwan ternakan lembu@sapi, peristiwa pengorbanan Nabi Ismail as terhadap bapanya Nabi Ibrahim as kerana ALLAH. Mungkin kita dapat dekatkan lagi jiwa-jiwa kita kepada usaha mujahadah di atas ikhtiar dan kerja buat kita agar mendapat tempat di sisiNYA insyaALLAH.

Berita Malaysiakini dari Bernama

Penduduk Merapi berkorban kerana lembu peliharaan mereka, ramai penduduk di lereng Merapi menjadi korban letusan gunung berapi itu kali ini.

"Mengapa banyak orang meninggal, kerana mereka cinta kepada sapinya," kata Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Dr Syamsul Maarif.

Hubungan itu sangat istimewa sehingga penduduk di situ enggan menjual lembu-lembu itu walaupun kerajaan menawar untuk membeli semua haiwan peliharaan mereka bagi mengelakkan mereka sering pulang rumah semasa Merapi masih aktif meletus sekarang.

Ada penduduk yang enggan berpindah ke pusat pemindahan kerana tidak mahu berpisah dengan lembu mereka, dan bagi yang berpindah pula, mereka akan kembali setiap hari ke rumah masing-masing untuk memberi makan lembu dan memerah susunya untuk jualan dan pendapatan mereka.

"Ada seorang perempuan warga mas di pusat pemindahan yang merintih kepada pasukan penyelamat untuk membawanya pulang ke rumah setiap hari semata-mata untuk bertemu dengan lembu-lembunya, dan selepas mengusap dengan penuh kasih sayang haiwan itu dengan tangannya selama beberapa ketika, beliau baru boleh dibawa turun semula ke pusat pemindahan," katanya.

Sehingga kini, bilangan kematian bencana letusan Merapi meningkat lebih 200 orang dan ia terus meningkat apabila pasukan pencari dan penyelamat menemui mayat-mayat penduduk yang dilaporkan hilang dalam kejadian letusan paling dahsyat pada 5 Nov lalu.

Kecuali pada hari itu apabila Merapi meletus paling dahsyat dan di luar dugaan yang menyebabkan sebilangan penduduk mati kerana tidak sempat menyelamatkan diri, kebanyakan kes kematian dalam bencana kali ini ialah penduduk pulang untuk memberi makan lembu mereka dan sekaligus mengambil susu.

Pemeliharaan lembu, kebanyakannya jenis tenusu, merupakan budaya hidup masyarakat di lereng Merapi sejak sekian lama. Pada masa ini terdapat puluhan ribu lembu di lereng gunung berapi berusia 400,000 tahun itu.

Tinjauan Bernama di lereng gunung itu sebelum Merapi meletus mendapati pemandangan biasa di situ ialah kebanyakan penduduk berjalan kaki membawa sabit yang tajam bagi memotong rumput di kawasan yang menghampiri puncak Merapi dan rumput itu menjadi makanan penting lembu mereka.

Tinjauan terkini pula mendapati banyak motosikal sarat dengan muatan rumput, kadang-kadang melebihi ketinggian kepala penunggang motosikal itu, diangkut mendaki gunung itu.

"Kami terpaksa membeli rumput dari bawah untuk memberi makan lembu kami kerana rumput-rumput di sini sudah dimusnahkan awan panas abu volkanik Merapi yang meletus beberapa kali sebelum ini," kata Maria Seger Rahayu.

Maria, pengusaha butik di pekan kecil Surowono, Klaten, merupakan antara keluarga yang enggan berpindah kerana mahu menjaga perniagaannya selain menjaga lembu peliharaan keluarganya.

"Boleh dikatakan setiap rumah memelihara lembu, kami ada lima ekor, ada keluarga yang mempunyai lapan ekor dan lebih," katanya.

Persoalannya ialah jika ini penyebabnya banyak kematian, kenapa lembu-lembu itu tidak dipindahkan ke kawasan selamat bersama penduduk agar mereka tidak perlu kembali ke rumah masing-masing bagi menjaga lembu-lembu itu.

"Lembu-lembu ini jumlahnya puluhan ribu, di Boyolali sahaja ada 50,000 ekor. Sebagai jalan keluar Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengusulkan agar kerajaan membeli semua sapi ini, namun ia bukan semudah itu kerana faktor hubungan istimewa penduduk dengan lembu-lembu peliharaan mereka itu," katanya.

Operasi pemindahan penduduk merupakan satu lagi cabaran BNPB kerana ada penduduk yang akan bersembunyi ketika anggota pasukan penyelamat berkunjung ke rumah mereka untuk dipindah dan diselamatkan.

Bagaimanapun pihak berkuasa tidak pernah berputus asa dalam usahanya dan antara tindakan yang dilakukan ialah menggunakan anggota tentera bagi melakukan pemindahan paksa iaitu dengan menangkap mereka yang enggan berpindah walaupun terpaksa berdepan dengan sebahagian penduduk yang menjerit dan meronta-ronta dalam proses pemindahan itu.

Dalam usaha menyelamatkan nyawa dalam keadaan kecemasan pula, anggota pasukan penyelamat bukan lagi mengetuk pintu rumah mengejutkan penduduk, malah mereka terpaksa memecahkan pintu dan terus mengangkat penduduk yang sedang nyenyak tidur dalam kes Merapi meletus di waktu dinihari.

Sejak Merapi meletus kali pertama pada 26 Okt lepas, jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan bertambah daripada belasan ribu orang kepada 500,000 orang sekarang. Radius jarak keselamatan pula telah diperluaskan dari 10km di luar puncak Merapi itu kepada 20km sekarang.

"Menguruskan 500,000 orang ini yang dengan pelbagai ragam manusia bukan suatu perkara yang mudah. Kami terpaksa menyediakan pelbagai kemudahan dan keperluan harian yang asas selain memberi makan mereka tiga kali sehari.

"Dengan adanya kemudahan telefon bimbit, kumpulan-kumpulan penduduk juga sering berpindah dari satu pusat pemindahan ke pusat pemindahan lain apabila tertarik dengan menu makanan di tempat itu.

"Masing-masing ada telefon bimbit, mereka akan bertanya rakan-rakan di pusat pemindahan lain apa menunya di sana? Jika sesuai dengan selera mereka, mereka berpindah pula ke situ," kata Dr Syamsul.

Rabu, 10 November 2010

KEMASKINI Kursus SAKA & PENGASIH di Penang

Assalammualaikum WMT dan salam mesra,

Segala puji ke hadrat ALLAH Pencipta atas segala mula dan akhir titik. AlhamduLILLAH.

Sepenuh Selawat dan salam ke sisi Junjungan Mulia, Sayyidi Rasulullah S.A.W. ALLAHumma Solli 'Ala Muhammad.

InsyaALLAH, bertingkah gerak dari DIA untuk kongsikan pengisian yang akan dikongsikan pada kursus Pengasih & Sihir akan maklumatnya seperti berikut:

Tajuk :
KURSUS SAKA & PENGASIH

Tarikh :
27 & 28hb NOVEMBER 2010 ( Sabtu & Ahad )

Masa :
9.00PG - 5.30PTG

Tempat :
KOMPLEKS AN NAHDHOH, KUBANG SEMANG,
BUTTERWORTH, PULAU PINANG

Penyampai :
TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF

Yuran :
RM250.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan )

Jumlah Peserta :
TERBUKA KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT YANG BERMINAT.

PENDAFTARAN PESERTA:
SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com
NAMA, NO K/P, NO H/P dan EMEL
secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan menyertai dan cara pembayaran


Pengisiannya adalah seperti berikut:

PENGASIH( Hari Pertama )

1) Apa itu pengasih.

2) Perbezaan pengasih yang dibenarkan dan yang tidak benarkan syara'.

3) Amalan pengasih yang dibenarkan syara'

4) Kaedah rawatan untuk sihir pengasih @ sakit cinta dan pukau

5) Benteng diri dari sihir terutamanya pengasih dan pukau.

6) Kaedah Mandi Bunga

7) Amalan Khatamun Nubuwwah 7 Maqam.

8) Pengijazahan Ayat Mu'jam (Penyeri)


SAKA ( Hari Kedua )

1) Apa itu saka?

2) Jenis-jenis saka

3) Rahsia saka

4) Hakikat saka

5) Fenomena saka

6) Kaedah pemutus saka

7) Ayat-Ayat pemutus saka dan kebathilan

8) Rahsia dan peranan limau dalam rawatan saka

9) Kaedah rawatan individu (perseorangan) dan secara kelompok (keluarga).

10) Pengijazahan Doa Zulfaqar.



Semoga dipermudahkan ALLAH atas segalanya.

Wassalam.

Selasa, 9 November 2010

Penundaan Kursus di ALOR STAR

Assalamualaikum WMT.

Adalah dengan ini dimaklumkan PENUNDAAN kursus di bawah kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Tajuk :
Sihir, Permasalahannya dan Rawatan & Lanjutan


Tarikh :
12-13hb Nov 2010 (Jumaat& Sabtu)


Tempat :
Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah,
Jalan Kolam Air,
05000, Alor Setar,
Kedah.


Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi urusetia yang menguruskan anjuran kursus tersebut di Alor Star iaitu: 013-4516573( En. Shahril) dan 013-4433207

Sabtu, 6 November 2010

Kursus SAKA & PENGASIH di Penang

Assalammualaikum WMT dan salam ukhuwah.

ALLAHumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Selawat dan salam yang tiada tamatnya sepertimana tiada putus kasih sayang Baginda S.A.W kepada umat-umat Baginda S.A.W.

Para pembaca yang dirahmati ALLAH,

AlhamduLILLAH baru-baru ini telah berjaya dijalankan Kursus Pengukuhan Rawatan di Taiping dengan jalinan ukhuwah antara peserta dan perawat sedia ada yang diharapkan dapat memurnikan lagi usaha amal ibadat agar diberi keberkatan oleh ALLAH SWT. Sebagaimana yang diumumkan semasa kursus, TIAF Utara akan menganjurkan Kursus Saka & Pengasih di Kubang Semang Butterworth Penang seperti dibawah:

Tajuk :
KURSUS SAKA & PENGASIH


Tarikh :
27 & 28hb NOVEMBER 2010 ( Sabtu & Ahad )


Masa :
9.00PG - 5.30PTG


Tempat :
KOMPLEKS AN NAHDHOH, KUBANG SEMANG,
BUTTERWORTH, PULAU PINANG


Penyampai :
TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF ( Ust Wan Asrul )


Yuran :
RM250.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan )


Jumlah Peserta :
TERBUKA KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT YANG BERMINAT.

PENDAFTARAN PESERTA:
SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com
NAMA, NO K/P, NO H/P dan EMEL
secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan menyertai dan cara pembayaran


( Pengisian kursus akan dikemaskini dalam waktu terdekat )

Berkaitan dengan penginapan, pihak penganjur sedia membantu menguruskan penginapan di An Nahdhoh Inn dengan bayaran RM70.00 semalam. Bagi membuat tempahan terus boleh juga menghubunggi terus pihak hotel 04-5213500 .

Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah pada 24hb November 2010 ( Rabu ) bagi kemudahan penyelarasan. Kerjasama dari peserta yang berminat amat-amat diharapkan.

Mohon disertakan nama penuh dan no.K/P untuk tujuan cetakan sijil.

Sekian seadanya untuk makluman semua.

Wassalam.

Selasa, 2 November 2010

PENGUMUMAN

INGIN MENJADI PENGEDAR:
Minyak Attar Kasturi Hitam TIAF

sila sms nama, alamat dan emel kepada 012-7625455

INGIN MEMBELI:
sila hubunggi senarai pengedar yang berdekatan melalui senarai pengedar di dalam blog ini