Jumaat, 30 Julai 2010

LOKASI TERKINI KURSUS DI KULIM



PETA LOKASI KURSUS



Assalammualaikum..

Memaklumkan lokasi terkini untuk kursus yang diadakan seperti di bawah:

Tajuk Kursus : Sihir - Permasalahannya dan Rawatan

Tarikh : 07hb Ogos 2010 ( Sabtu )

Masa : 8.30 pg - 5.30 ptg

Tempat : Universiti Kuala Lumpur ( UniKL ) Kulim, Kulim Hi Tech Park, 0900 Kulim Kedah

Penyampai : TIAF ( Ust Wan Asrul )

Yuran : RM120 ( termasuk makan minum dan nota )

Penyertaaan : Terbuka untuk semua muslimin muslimat

( Pengisiannya boleh rujuk pada entri post yang sebelum ini. )

Insya Allah peserta yang meyertai kursus ini akan diterima untuk Kursus Lanjutan Utara Siri 2 bagi mereka yang tidak dapat menyertainya di Taiping tempohari. kursus akan diadakan selepas Syawal Insya Allah. Oleh itu kursus yang diadakan ini sebagai kursus asas sebelum menyertai kursus lanjutan. Penganjur hanya mnerima peserta yang telah mengikuti kursus asas ini untuk penyertaan kursus lanjutan agar kefahaman, penghayatan dan kejelasan kaedah perawatan dapat diterima dengan sepenunhnya.

Wallahu'alam


Selasa, 27 Julai 2010

ROH AL QUDS

sambungan dari kisah terdahulu..

MUSA ABU ‘IMRAN AL-SADRANI

Syeikh ini datang dari Tlemcen, walaupun tidak dikenali merupakan salah seorang daripada tujuh Abdal dan memiliki banyak karamah. Pertemuan ku dengan beliau adalah seperti berikut: Suatu hari , ketika hayatnya Abu Madyan, selepas aku menyempurnakan solat maghrib di rumah ku di seville, aku mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan Shaikh Abu Madyan yang berada di Bugia, kira-kira empat puluh lima hari perjalanan. Selepas solat maghrib aku menyempurnakan dua rakaat solat sunat, dan ketika aku membaca taslim, Abu ‘Imran datang dan memberi salam kepada ku. Aku minta beliau duduk dekat dengan ku dan bertanya dari mana beliau datang, yang mana beliau menjawab yang beliau datang dari rumah Abu Madyan di Bugia. Ke atas pertanyaan ku bilakah beliau berada bersaya Abu Madyan, beliau menjawab bahawa beliau baru sahaja selesai solat maghrib bersama Abu Madyan. Beliau memberitahu ku Abu Madyan berkata kepadanya, ‘beberapa perkara bermain di fikiran Muhammad b. al-‘Arabi di Seville, segera ke sana dan beri jawapan kepadanya bagi pihak ku.’ Kemudian Abu ‘Imran menyatakan tentang niat ku untuk bertemu Abu Madyan dan memberitahu ku bahawa Abu Madyan berkata , ‘ Beritahu Ibn al-‘Arabi bahawa pertemuan kami berdua secara rohaniah, adalah baik dan elok, tetapi pertemuan kami secara jasad di dunia ini, Allah tidak membenarkannya. Bagaimanapun yakinlah, kerana ketika yang diuntukkan buat dia dan aku berada dalam penjagaan rahmah Allah’. Selepas itu Abu ‘Imran bercakap-cakap dengan ku mengenai lain-lain hal dan kemudian beliau kembali kepada Abu Madyan.

Shaikh Abu ‘Imran asalnya seorang hartawan, tetapi meninggalkan kemewahannya. Lapan belas hari selepas perkara tersebut Allah ilhamkan beliau dengan ilmu rohaniah yang tinggi. Beliau menjadi salah seorang Abdal dan dapat menempatkan dirinya di mana jua dibumi ini sebagaimana kehendaknya.

Pernah suatu ketika beliau dilaporkan kepada Sultan yang kemudiannya mengarahkan beliau ditangkap. Beliau dirantai dan dibawa ke Fez. Ketika mereka hampir tiba, beliau dibawa ke sebuah rumah dan dihumban ke dalam sebuah bilik yang dikunci dan pengawal berkawal di pintu tersebut sepanjang malam. Ketika waktu pagi apabila mereka bukakan pintu mereka hanya mendapati rantai di atas lantai, tetapi tiada tanda-tanda Abu ‘Imran berada di dalam bilik tersebut. Sementara itu beliau dalam perjalanan ke Fez ke rumah Abu Madyan. Apabila tiba di situ pintu diketuk dan Abu Madyan sendiri menjawab. Apabila Abu Madyan bertanya siapakah itu, Abu ‘Imran menjawab, ‘ Aku Musa’. Abu Madyan kemudian menjawab, ‘ Aku Shu’aib, masuklah dan jangan takut, kerana kamu selamat daripada kaum yang zalim. (merupakan satu ilusi kepada al-Quran 28 : 25)

Akan datang ada lagi kisah sufi untuk diambil pengajaran insya Allah

Wallahu'alam.

Jumaat, 23 Julai 2010

KURSUS DI KULIM KEDAH

Assalamualaikum...

Insya Allah satu lagi kursus sebelum menyambutnya kedatangan Ramadhan Al Mubarak akan diadakan di negeri Kedah memenuhi permintaan masyarakat di negeri kedah. Kursus Rawatan Islam bersama Ust Wan Asrul ( Terapi Islam Al Fatah ) akan diadakan mengikut :


Tarikh:

07 Ogos 2010 ( Sabtu )


Tempat:

Masjid Al Huda, Jalan Kelang Lama, Kulim Kedah DA


Tajuk:

Sihir: Permasalahannya & Rawatan


Masa:

8.30pg - 5.30ptg


Penyampai:

Ust Wan Asrul ( Terapi Islam Al Fatah )


Yuran:

RM 120.00 ( Termasuk Makan Minum & Nota )


Penyertaan:

Terbuka Untuk SEMUA


Anjuran Bersama :

Qolbu Solehin Consultancy & Terapi Islam Al -Fatah


Sila hantarkan SMS Nama, No K/P, Emel & No Tel kepada no 012 7625455 untuk tempahan tempat di dalam kursus. Cara bayaran akan dimaklumkan setelah diterima SMS dari peserta. Juga boleh menghubunggi terus Sdr Muazam 016-3126043


Tarikh tutup Penyertaan adalah 05 Ogos 2010 ( Bagi penyelarasan atucara kursus )


Objektif Kursus:

1) Mengembangkan Ilmu Rawatan berlandaskan Syariat Islam di kalangan masyarakat

2) Membincangkan permasalahan sihir

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam menangani masalah sihir

4) Mendedahkan rahsia-rahsia pengamal sihir sebagai rujukan kepada masyarakat umum


Perkara-perkara yang akan disentuh di dalam seminar:

1) Amalan berkaitan dalam perawatan (Persediaan Perawat)

Amalan asas perawat

Risiko Perawat

Keperluan serangan balas (counter attack) & kaedahnya

Pagar Rumah


2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan "permainan" pengamal sihir

Sihir campurlibat jin

Sihir tanpa campurlibat jin


3) Berkongsi kaedah khusus dalam merawat sihir

Kaedah menangkap toyol dan anak kerak

Kaedah lupus susuk atau buang susuk

Kaedah Pecah Busung

Lain-lain kaedah berkaitan


4) Pengijazahan amalan

Juga akan dikongsi Amalan beserta kaedah Pembukaan Mata Batin (Mata Scan),

perihal Gila Isim dan kaedah merawatnya


InsyaAllah jika diizinkanNya, akan diijazahkan;

1) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan

2) 7 Salamun Hayy

3) Amalan Kerezekian

4) Doa Nur


Aturcara Majlis:

8.00 - 8.30pg

-Pendaftaran Peserta

9.00 - 10.00pg

-Pengenalan, Sihir dan Permasalahannya dalam Masyarakat

10.00 - 10.30pg

-Minum Pagi

10.30 - 11.30pg

-Asas Perawat

11.30 - 1.00tgh

-Jenis-jenis sihir umum dan khusus, rahsia dan kelemahan (petua)

1.00tgh - 2.00ptg

-Rehat / Solat Zohor & Makan Tengahari

2.00 - 3.30ptg

-Kaedah Rawatan

3.30 - 4.30ptg

-Amalan & Pengijazahan

4.30- 5.00ptg

-Solat Asar & Minum Petang

5.00 - 5.30ptg

-Soal Jawab / Diskusi / Bersurai


TEMPAT TERHAD sila daftar segera.

Terima Kasih

Rabu, 21 Julai 2010

LOKASI TERKINI KURSUS DI MELAKA

KEMASKINI TERKINI : TIAF

Assalammualaikum WMT dan salam ingatan,


Ke hadrat PENCIPTA segala yang hidup dan PENENTU segala yang mati, seuntai syukur yang tiada kesudahan dihamparkan. AlhamduLILLAHirROBBIl Alamin.

ALLAHumma Solli Ala sayyidina Muhammad. Selawat dan salam yang tiada tamatnya sepertimana tiada putus kasih sayang Baginda S.A.W kepada umat-umat Baginda S.A.W.

Para pembaca yang dirahmati ALLAH,

Mencuri secebis perhatian sekalian berkaitan dengan lokasi terkini kursus TIAF. Berikut adalah kemaskini terbaru yang serba sedikit dapat membantu para peserta atau bakal peserta:

Tajuk : Sihir, Permasalahannya dan Rawatan

Tarikh : 24hb Jul 2010 (Sabtu)

Masa : 9am - 5.30pm

Tempat : Dewan Siti Ramzah, Rumah Kakitangan Kastam, Jalan Bukit Baru, Kampung Solok Musai, Bukit Baru, Melaka. (Berdekatan dengan Pejabat Pos Besar Melaka, Bukit Baru)

Penyampai : TIAF

Yuran : RM120 (Umum)
- Termasuk Nota, sijil dan Jamuan.

Jumlah peserta : 40 orang
(Dibuka umum kepada hamba ALLAH S.W.T dan Umat Rasullullah S.A.W)

(Pengisiannya boleh rujuk pada entri post yang sebelum ini.)


Untuk KURSUS LANJUTAN, berikut adalah kemaskini terbaru:

Tarikh : 1hb Ogos 2010 (Ahad)

Masa : 9am - 5.30pm

Tempat : Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Bukit Baru, Melaka.

Yuran : RM150(Nota, sijil dan jamuan)

(Pengisiannya boleh dirujuk pada entri post sebelum ini).


Adapun adalah memaklumkan bahawa lokasi kedua-dua kursus ini adalah bersebelahan antara satu sama lain.

Berikut adalah link cara dan peta untuk ke lokasi:

http://terapi-alfatah.blogspot.com/2010/03/pertukaran-lokasi-kursus-bekam.html

Berkaitan dengan penginapan, berhadapan dengan lokasi kursus terdapat sebuah bajet hotel iaitu Hotel Kancil Bukit Baru (06-2841166) dan di belakang lokasi kursus Straits Meridians (06-2843848).

Tarikh tutup untuk Kursus Awal adalah pada 20hb Julai 2010 (Selasa) dan tarikh tutup penyertaan untuk Kursus Lanjutan adalah pada 27hb Julai 2010 (Selasa).

Mohon disertakan nama penuh dan no.K/P untuk tujuan cetakan sijil.

Yuran kursus sebolehnya dibank in paling lewat 4 hari sebelum kursus untuk kemudahan sesama kita.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk di talian 019-6727626.

Sekian seadanya untuk makluman semua.

Wassalam.

MOGA DISEBARKAN UNTUK SEMUA

Selasa, 13 Julai 2010

KURSUS DI MELAKA

Assalamualaikum WBT.

Sukacita pihak Qolbu Solehin menyebarkan maklumat kursus yang terdekat anjuran Terapi Islam Al-Fatah yang dapat bersama kita mengambil manfaat seperti di bawah:

Tajuk : Sihir, Permasalahannya dan Rawatan

Tarikh : 24hb Jul 2010 (Sabtu)

Masa : 9am - 5.30pm

Tempat : Dewan Siti Ramzah, Rumah Kakitangan Kastam, Jalan Bukit Baru, Kampung Solok Musai, Bukit Baru, Melaka. (Berdekatan dengan Pejabat Pos Besar Melaka, Bukit Baru)

Penyampai : TIAF

Yuran : RM120 (Umum)
- Termasuk Nota dan Jamuan.

Jumlah peserta : 40 orang
(Dibuka umum kepada hamba ALLAH S.W.T dan Umat Rasullullah S.A.W)


Berikut adalah perkara - perkara utama yang akan disentuh dalam kursus sebagai perkongsian, InsyaALLAH:

1) Amalan-amalan yang berkaitan dalam perawatan. (Persediaan perawat)
a) Amalan asas perawat
b) Risiko perawat
c) Keperluan serang balas(counter attack) & Kaedahnya
d) Pagar rumah


2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan 'permainan' pengamal-pengamal sihir.
a) Sihir campurlibat jin
b) Sihir tanpa campurlibat jin

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam merawat sihir, antaranya:
a) Kaedah menangkap Toyol dan Anak Kerak
b) Kaedah lupus susuk atau buang susuk
c) Kaedah Pecah Busung
d) Dan lain-lain kaedah yang berkaitan.

4) Pengijazahan amalan.


InsyaALLAH jika diizinkanNYA, kita akan berkongsi Amalan beserta Kaedah pembukaan mata dalam (mata scan), juga akan disentuh tentang perihal Gila Isim dan kaedah merawatnya.

Juga dengan keizinan dariNYA, InsyaALLAH, akan diadakan pengijazahan:

1) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan
2) 7 Salamun Hayy (seperti yang telah diadakan di Kelantan)
3) Amalan Kerezekian
4) Doa Nur


Para pembaca yang dihormati,

Bagi kemudahan sesama kita, yuran dan pengesahan kehadiran mohon dapat dilakukan seminggu sebelum kursus bagi tujuan edaran nota dan tempahan jamuan.

Yang paling penting adalah pengesahan kehadiran paling lewat seminggu sebelum kursus bagi kemudahan kedua-dua pihak, atas sebab tempat amat terhad. Sms nama penuh dan nombor kad pengenalan pada no.tel yang telah disertakan. Kerjasama dari anda yang berminat amat dihargai.

Bagi yang berminat, yuran boleh dimasukkan terus melalui akaun Maybank 107135037936 (Wan Asrul).

Untuk penyertaan, sms regkursussihir -jarak- nama penuh -jarak- no kad pengenalan pada talian 019-6727626.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-6727626 (Pn Fadillah).

Manakala Kursus Lanjuatan TIAF pula turut diadakan di Melaka seperti di bawah:

Kursus Lanjutan TIAF (Melaka):

Tarikh : 1hb Ogos 2010 (Ahad)

Masa : 9am - 5.30pm

Tempat : Masjid Al Azim (Setakat ini, segala maklumat perubahan lokasi akan dimaklumkan)

Yuran : RM150(Nota dan jamuan)


Antara yang akan dikongsikan:

1) Kaedah-kaedah rawatan mengikut aturan (Praktikal)
- Sebelum rawat
- Semasa rawat
- Selepas rawatan

2) Kaedah Rawatan Semasa Tidur.

3) Kaedah Rawatan Dalam Cermin.

4) Kaedah pasak

5) Bedah Makrifat

6) Kaedah Mengenalpasti penyakit (Fizikal / rohani) - Diagnos penyakit

7) Pengijazahan Doa Nurun Nubuwah beserta amalan.

8) Pengijazahan Ayat Al Fath beserta kaedah dan amalan.

9) Kaedah Mengesan dan Mengembalikan orang/barang yang hilang.


Segala pertanyaan dan pendaftaran boleh berhubung pada talian 019-6727626.

Untuk pendaftaran sila sms : regkursuslanjutan -jarak- nama penuh -jarak- no k/p pada talian 019-6727626.

Dimohon kerjasama dari para peserta yang mendaftar dapat membayar yuran sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh untuk kemudahan sesama kita bagi tujuan tempahan cetakan nota dan jamuan.

SILA LINK : www.terapi-alfatah.blogspot.com


Jazakallah

Khamis, 8 Julai 2010

ROH AL QUDS

‘ABDALLAH IBN JA’DUN Al-HINNAWI B. MUHAMMAD B. ZAKARIYA

Beliau meninggal di Fez pada tahun 597 Hijrah. Aku yang membawa beliau dalam kembara dengan ku, bersama-sama sahabatku al-Habashi. Syeikh ini merupakan salah seorang diantara empat Awtad. Beliau telah memohon kepada Allah agar keadaan dirinya ditutup daripada diketahui umum. Apabila beliau tiada , ketiadaannya tidak menjadi suatu kekurangan, dan apabila beliau hadir, tiada seorang pun yang meminta pendapatnya; apabila beliau tiba disatu- satu tempat ketibaannya tidak dialu-alukan, dan dalam perbincangan beliau tidak diendahkan.

Aku tidak berapa ingat tujuan pertemuanku denganya. Ini kerana apabila aku tiba di bandar Fez, beberapa orang yang pernah mendengar mengenai diriku berhajat untuk bertemu denganku. Aku dengan itu mengelak dengan cara keluar dari rumah tempat penginapanku dan dan beriktikaf di masjid. Mereka ini telah pergi kerumah penginapanku dan apabila mendapati aku tiada disana mereka pun mencariku di masjid. Mereka melihatku dan datang kepada ku lalu bertanya mengenai Ibn ‘Arabi, jadi aku katakan kepada mereka carilah lagi sehingga kamu semua bertemu dan mengenalinya.

Dalam masa aku beriktikaf di masjid, dengan memakai pakaian orang awam, syeikh tadi tiba-tiba muncul kepada ku. Aku tidak pernah melihat beliau sebelum ini. Beliau memberi salam kepada ku dan aku menjawab salam tersebut. Beliau kemudiannya membuka kitab al-Muhasibi iaitu Sharh al-Ma’rifah, membaca beberapa perkataan daripadanya dan meminta aku memberikan komentar, yang mana aku penuhi permintaan tersebut. Melalui ilham Ilahiyyah aku diberitahu siapakah beliau, apakah maqam kerohaniannya, dan beliau merupakan salah seorang daripada empat Awtad dan anaknya akan mewarisi kedudukan beliau. Akhirnya aku berkata kepada beliau, ‘Tuan, jika tuan tidak hentikan semua ini aku akan bukakan kedudukan tuan kepada umum, bahawa tuan merupakan salah seorang daripada yang empat’. Beliau terus menutup kitab, bangun dan berkata ‘Rahsiakan hal ini, kerana aku menyukai diri mu dan ingin untuk mengenali diri mu dengan lebih lanjut. Hal mu akan aku diamkan’. Beliau lalu meninggalkan ku. Selepas itu aku hanya duduk bersamanya apabila tiada orang lain beserta kami.

Beliau menderita gagap dan bercakap dengan penuh kepayahan, tetapi apabila membaca al-Quran bacaan beliau sangat lancar. Beliau mencari nafkah sebagai pembuat inai serbuk. Apabila bercakap beliau nampak bodoh, apabila beliau duduk yang lain akan bangun dan meninggalkannya, apabila beliau hadir dalam satu perkumpulan yang lain akan merasakan kehadirannya menyusahkan. Keadaan ini bagaimanapun disukai oleh beliau.