Rabu, 31 Oktober 2012

Rehlah Mahabbah TIAF D' Utara


Assalamualaikum WMT dan salam hormat buat semua.

Sukacita dimaklumkan program Rehlah Mahabbah TIAF bersempena menyambut Awal Muharram 1434H akan diadakan di Anjung Menjaro Teratak Ayahanda, Jalan Titi Hayun, Yan Kedah yang terletak di kaki Gunung Jerai.

Program ini merupakan kali kedua diadakan selepas tahun 2011 yang ianya diadakan di puncak Gunung Jerai.

Adalah dinasihatkan bagi yang benar-benar berminat dapat mendaftar dengan segera seperti di atas sebelum 07 November 2012. Penyertaan berdasarkan siapa cepat.

Antara tentatif selama 3 hari 2 malam adalah:
- Tazkirah Qolbu
- Halaqah Zikir
- Qiamulail
- Bacaan Aurad
- Bacaan Yassin
- Zikir Khas
- Riadah & Jungle Tracking
- Muzakarah
- War Games

Tentatif terperinci akan diemelkan dsbnya kepada peserta yang disahkan peyertaan.

Sebarang pertanyaan telefon terus 012-6589550 atau 012-7625455.

Semoga ada keberkatanNYA dengan kedatangan tahun baru yang diisi dengan pengisian yang bermanfaat insyaALLAH.

Terima Kasih
ABS

Khamis, 25 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Eidul Adha 1433H

Iktibar dari perintahNYA.

" Sempurnakan haji dan umrah kerana ALLAH " ( 196- Surah al-Baqarah )

" Dan barangsiapa masuk ke dalamnya amanlah ia, dan kerana ALLAH ( wajib ) atas manusia pergi ke rumah itu bagi yang berkuasa ke sana " ( 97 - Surah al-'Imran )

" Janganlah engkau sekutukan AKU dengan sesuatu apa pun dan bersihkan rumahKU untuk orang-orang tawaf, dan yang berdiri, dan yang rukuk, dan yang sujud " ( 26- Surah al-Hajj )


Sabtu, 13 Oktober 2012

Aktiviti Bersama Penasihat PTIAFM



InsyaALLAH TG Syeikh Wan Asrul Al-Aydrus, Penasihat Persatuan Terapi Islam Al Fatah Malaysia akan berada di sekitar utara pada 19-21 Oktober 2012 . Bersama kita memanfaatkan majlis ilmu dengan pengisian kursus, kuliyah umum & muzakarah dalam tasawwuf/kerohanian dan Pengubatan Islam.

Tarikh : 18 OKTOBER 2012 ( KHAMIS )

Program : Majlis Ukhuwah & Muzakarah Sahabat TIAF 
( Terbuka )
Masa : Selepas Isya'
Tempat : Rumah Sdr.Kufiah Putih ,Alor Setar Kedah.
Penyertaan : Tel - 012-5144106

Tarikh : 19 OKTOBER 2012 ( JUMAAT )

Program : Kursus Bekam - Rawatan Rohani & Jasmani 
( Tertutup/ Mendaftar )
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, Alor Setar Kedah.
Penyertaan : SMS >NAMA>NO K/P>KB>KE 012-5455711
www.terapialfatah-utara.blogspot.com
www.qolbusolehin.blogspot.com

Program : Kuliah Umum Pengubatan Islam ' Mencari Kebenaran ' 
( Terbuka )
Masa : 9.00 malam - 11.00 malam
Tempat : Pusat Islam, UiTM Pulau Pinang, Permatang Pauh, 
Seberang Jaya Pulau Pinang.
Penyertaan : Umum - Tel - 019-4518010 ( Sdr Syariman )

Tarikh : 20 OKTOBER 2012 ( SABTU )

Program : Kuliah Umum Pengubatan Islam ' Mencari Kebenaran ' 
( Terbuka )
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Asam Kumbang, Taiping  Perak.
Penyertaan : Umum

Program : Muzakarah  & Musyawarah PTIAFM Zon Utara 
( Tertutup )
Masa : Jam 10.00 Malam
Tempat : Dewan Solehin, Kamunting Taiping  Perak.
Penyertaan : AJK & AHLI PTIAFM Zon Utara 
( 012-7625455 – Pengerusi )

Tarikh : 21 OKTOBER 2012 ( AHAD )

Program : Kursus Rawatan Permasalahan Jin Asyiq, Was-Was & 
Kemurungan ( Tertutup / Mendaftar )
Masa : 10.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Dewan Solehin, Kamunting Taiping  Perak
Penyertaan : SMS >NAMA>NO K/P>KUJAWK> KE 012-5455711
www.terapialfatah-utara.blogspot.com
www.qolbusolehin.blogspot.com

Sabtu, 6 Oktober 2012

Kursus TIAF D' Utara ( Kedah & Perak )



Tajuk : Kursus Bekam ( Rawatan Rohani & Jasmani ) Teori & Praktikal

Tarikh : 19 Okt 2012  (Jumaat) Masa : 9.00 Pg - 5.30 Ptg

Tempat : Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, Alor Star Kedah.
Yuran : RM150.00 ( termasuk jamuan dan nota ) Sila bawa kain pelikat/batik untuk tujuan praktikal dan set alatan bekam

Penyertaan : SMS nama>no k/p> KB>012-5455711

Untuk Set Bekam : Telefon 012-7625455 untuk tempahan sebelum 15 Oktober 2012 pesanan  Cup Bekam ABC ( 12 cup ) ,Pen Bekam High Speed & Jarum ( 100 btg ) RM200.00,

Pengisian Kursus Bekam
Diagnos Penyakit 5 Unsur
Bekam
Tentang Bekam
Rahsia Bekam dan titiknya
Kaedah Bekam
Dan lain-lain lagi


Tajuk : Kursus Bekam Lanjutan ( Mengenali Titik Besar & Kecil Titik Penyakit)

Tarikh : Sabtu - 20 Okt 2012   Masa : Jam 10.00 Pg - 6.00 Ptg

Tempat : Dewan Solehin, Kamunting,Taiping, Perak

Yuran : RM150.00 ( termasuk jamuan & nota )

Penyertaan : SMS nama>no k/p>KBL> 012-5455711

Pengisian Bekam Lanjutan:
Kaedah Pengesanan Titik-titik saghir dan kabir
Kaedah perletakan titik mengikut jenis penyakit fizikal dan rohani
Rahsia Al Hajjam (Ahli Bekam)
Dan lain-lain kaedah serta amalan, InsyaALLAH.
* Syarat : Kepada yang sudah punyai asas Bekam dan pernah membekam.

Tajuk : Permasalahan Jin Asyiq, Was-Was & Kemurungan

Tarikh: Ahad - 21 okt 2012   Masa : 10.00 Pg - 6.00 Ptg

Tempat : Dewan Solehin, Kamunting, Taiping, Perak

Yuran :  RM130.00 ( termasuk jamuan & nota )

Penyertaan :  SMS nama>no k/p>KUJAWK> 012-5455711

Pengenalan Jin Asyiq dan Gangguannya

Asyiq diambil dari perkataan Arab yang bermaksud kekasih. Dalam memperkatakan hakikat Jin Asyiq ini, rata-rata golongan masyarakat menganggap gangguan jenis antara gangguan utama dalam masalah gangguan.
Tidak kurang ada yang memperkatakan bahawa gangguan asyiq ini adalah dari jin ‘saka’, ada juga yang beranggapan ianya dari sihir.
Namun, dalam kuliah akan data
ng, kita akan cuba membongkar hakikat sebenar yang dikatakan jin asyiq, dari segi punca, akibat, penyakit yang berkait dengan asyiq dan rawatan.

Serba sedikit Pengenalan tentang Jin Asyiq

Dalam masalah asyiq, dikesan ada beberapa jenis gangguan yang bersifat asyiq ini, iaitu :
1) Lama
2) Baharu
3) Berkait

Antara ketiga-tiga jenis di atas, lazimnya yang sering dikaitkan adalah yang pertama dan yang kedua, tetapi jarang dilihat akan mereka permasalahan yang ketiga.

Kebanyakan mereka merasakan jin asyiq adalah antara jin yang sukar untuk dikeluarkan atau dihindarkan dari pesakit. Hakikatnya benarkah itu jin asyiq atau sekadar permainan jiwa pesakit? Bagaimana cara untuk kita mengenalpasti akan hal ini?

Persoalan-persoalan inilah yang sering timbul, sehingga tiada bertemu jawapan yang jelas dan telus bagi menjelaskan kepada pesakit tentang masalah sebenar yang dihadapi mereka.
Malahan rentetan dari itu, berlakulah dakwaan daripada perawat itu sendiri sehingga menambahkan lagi haru biru pada pesakit.

SILA DAFTAR SEBELUM 17 OKT 2012 BAGI PENYELARASAN.

Anjuran: Persatuan Terapi Islam Al Fatah Malaysia

Telefon 012-7625455 ATAU emel ke qolbusolehin@gmail.com

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN. TERIMA KASIH