Selasa, 27 Disember 2011

Kursus Terkini JANUARI 2012

Tajuk : Pengasih - Masalah , Punca & Rawatan

Tarikh : 13hb Januari 2012 ( Jumaat )

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, Jln Kolam Air, Alor Setar Kedah.

Yuran : RM150 ( nota, jamuan dan sijil )


Pendaftaran : Sila sms nama penuh - no k/p - PENGASIH ke nombor 012-7625455( akan dimaklumkan apabila diterima ) ATAU emel qolbusolehin@gmail.com


PENGISIAN:

Apa itu pengasih.
Perbezaan pengasih yang dibenarkan dan yang tidak benarkan syara'.
Amalan pengasih yang dibenarkan syara'
Kaedah rawatan untuk sihir pengasih @ sakit cinta dan pukau
Benteng diri dari sihir terutamanya pengasih dan pukau.
Kaedah Mandi Bunga
Amalan Khatamun Nubuwwah 7 Maqam.
Pengijazahan Ayat Mu'jam (Penyeri)


Tajuk : Busung & Gila – Masalah , Punca & Rawatan

Tarikh : 14 & 15hb Januari 2012 (Sabtu & Ahad)

Masa : 2.00 petang – 10.00 malam ( Sabtu ) & 9.00 pagi – 5.00 Petang ( Ahad )

Tempat : An Nahdhoh Inn, Kompleks An Nahdhoh, Kubang Semang, Butterworth P.Pinang.

Yuran : RM 250 (nota, jamuan dan sijil) tambahan RM70.00 untuk penginapan


Pendaftaran : Sila sms nama penuh - no k/p – BUSUNG&GILA ke nombor 012-7625455 ( akan dimaklumkan apabila diterima ) ATAU emel qolbusolehin@gmail.com


Pengisian:

BUSUNG

Apakah Busung?
Sejarah Busung
Masalah Perkaitan antara luaran dan dalaman
Punca
Kaedah Menghindar ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)
Kaedah Rawatan ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)


GILA
Apakah Gila menurut Islam dan perubatan moden
Jenis- Jenis Gila
Punca Terjadi
Perkaitan Gila bagi Mental dan Jiwa
Beza & hubungkait antara Masalah Mental juga Masalah Jiwa (Hal Nafsiah)
Kaedah Mengawal Penyakit & Pesakit ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)
Kaedah Rawatan ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)

Khamis, 15 Disember 2011

Kursus TIAF Hujung Disember-Melaka

Tajuk : Pakaian Tobib : Asas Ilmu Herba (Alamiah) & Pengubatan Kanser

Tarikh : 24hb Disember 2011 (Sabtu)

Masa : 9.30pagi – 5 Petang

Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka.

Yuran : RM130 (Termasuk jamuan makan dan sijil)

Pengisian
:
Pengenalan Pengubatan Herba dan Akar Kayu
Asas Herba dan Akar Kayu
Adab-adab pengambilan dan penggunaan herba serta akar kayu
Mengenali unsur herba dan akar kayu
Kaedah Pengadunan herba dan akar kayu
Pengenalan Kanser
Punca Kanser dari sudut pandangan tradisional dan moden
Pengubatan Herba untuk Kanser
Pengubatan secara rohani untuk Kanser


Pengijazahan amalan
:
Doa Nasiri

Pendaftaran : Sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Pakaian ke nombor 019-6727627


Tajuk
: Benteng – Pagar Diri, Kediaman & Kawasan

Tarikh : 25hb Disember 2011 (Ahad)

Masa : 9.30pagi – 5 Petang

Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka.

Yuran : RM130 (Termasuk jamuan makan dan sijil)

Pengisian :
seperti di Kedah & Pahang

Pendaftaran : Sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Benteng ke nombor 019-6727627

PERHATIAN:
:- Makluman kepada yang ingin menghadiri kedua-dua kursus ini (Pakaian Tobib & Benteng), maka yuran kedua-duanya adalah RM190 sahaja. Untuk pendaftaran kedua-dua kuliah ini, sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Pakaian & Benteng ke nombor 019-6727627


Tajuk
: Busung – Masalah, Punca & Kaedah Rawatan

Tarikh : 31hb Disember 2011 (Sabtu)

Masa : 9.30pagi – 5 Petang

Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka.

Yuran : RM130 (Termasuk jamuan makan dan sijil)

Pengisian:
Apakah Busung?
Sejarah Busung
Masalah Perkaitan antara luaran dan dalaman
Punca
Kaedah Menghindar ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)
Kaedah Rawatan ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)


Pendaftaran : Sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Busung ke nombor 019-6727627


Tajuk
: Gila – Masalah , Punca & Rawatan

Tarikh : 1hb Januari 2012 (Ahad)

Masa : 9.30pagi – 5 Petang

Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka.

Yuran : RM130 (Termasuk jamuan makan dan sijil)

Pengisian:
Apakah Gila menurut Islam dan perubatan moden
Jenis- Jenis Gila
Punca Terjadi
Perkaitan Gila bagi Mental dan Jiwa
Beza & hubungkait antara Masalah Mental juga Masalah Jiwa (Hal Nafsiah)
Kaedah Mengawal Penyakit & Pesakit ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)
Kaedah Rawatan ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)


Pendaftaran
: Sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Gila ke nombor 019-6727627

PERHATIAN :
:- Makluman kepada yang ingin menghadiri kedua-dua kursus ini (Busung & Gila), maka yuran kedua-duanya adalah RM190 sahaja. Untuk pendaftaran kedua-dua kuliah ini, sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Busung & Gila ke nombor 019-6727627


MAKLUMAN !
Kepada yang ingin menyertai keempat-empat kuliah di atas, maka yurannya adalah RM350 sahaja. Untuk pendaftaran, sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) 4Kuliah dan hantar ke nombor 019-6727627. Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-6727627.

Wassalam.

Isnin, 12 Disember 2011

Pulau Dunia atau Pulau Akhirat

Hari ini manusia lebih mengutamakan Pulau Dunia berbanding Pulau Akhirat. Walaupun Ia kelihatan kecil tetapi memberi kesan yang yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat. Prinsip ini menyebabkan kehidupan kita jauh tersasar dari landasan yang benar. Di antara kesilapan masyarakat pada masa kini ialah:

1. Prinsip hidup tidak berpandu pada Al-Quran. Mereka hanya menggunakan mata, akal dan pendengaran semata-mata dalam panduan hidup. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat pada hakikat kepada kehidupan. Justeru Nabi saw didatangkan oleh ALLAH swt untuk membawa cahaya kebenaran kepada kita. ALLAH juga mendatang kalam atau ayat-ayat ALLAH melalui lidah Nabi saw. Quran adalah ayat-ayat ALLAH yang telah dibukukan. Apabila kita melihat daripada kaca mata Al Quran, contohnya ‘Mata’ hanya dapat melihat mayat yang terbujur, manakala perjalanannya seterusnya ke alam barzakh dan alam akhirat diterangkan oleh Al-Quran. Mata tidak mampu melihat hakikat. Al Quran itu diumpamakan sebagai bahtera Nabi Nuh, kalau kita tidak masuk ke dalamnya nescaya kita akan tenggelam dalam banjir yang besar iaitu ‘banjir maksiat’. Al Quran ialah hadiah Nabi saw kepada umatnya sebagai tanda cinta baginda saw kepada kita semua.

2. Kesalahan mengambil ilmu dari pintu/sistem yang salah. Jika ada manusia yang sedar bahawa Al Quran sebagai sumber rujukan, mereka pula melakukan kesilapan mengambilnya dari pintu yang salah. Pintu yang benar adalah daripada ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), yang telah diputuskan oleh ulama pada kurun ke 3;

a) Aqidah – Asya’irah dan Al-Maturidiah
b) Fiqh – 4 Mazhab (Shafei, Maliki, Hanafi dan Hambali)
c) Tasawwuf (Rahsia Hati) – Imam Ghazali, Syeikh Junaid Al-Baghdadi dan Imam Abu Hassan Asy-Syazili.

Pengajian pertama yang perlu diberi keutamaan adalah ilmu Aqidah, kemudiannya ilmu Fiqh dan seterusnya ilmu Tasawuf dan kemudiaan ilmu-ilmu yang lain-lain lagi.

3. Kesilapan Dalam Pendidikan Pembersihan Jiwa. Bagi mereka yang telah faham pintunya, melakukan kesilapan pula dalam pendidikan murabbi dengan mengutamakan karamah dan kasyaf. Islam bukan bermain dengan hal-hal ghaib, tetapi memberi penekanan dalam memperbaiki Akhlak. Jika ingin melihat murabbi yang benar, maka lihatlah akhlak murid-muridnya yang lama iaitu yang sudah lama bersama dengannya, umpama untuk menilai kehebatan seorang doktor pakar lihatlah berapa ramai pesakit-pesakitnya yang sembuh. Jalan dakwah Tok Ku Pulau Manis adalah jalan yang menggabungkan jalan Imam Ghazali dan Ibn Arabi.

4. Kesilapan Dalam Memahami Adab Berkhilaf. Apabila telah berpegang kepada satu jalan mereka tidak menghormati jalan yang lain, malah mereka mudah mengkritik jalan-jalan yang lain. Ini akan menyebabkan perpecahan terus berlaku dalam jemaah dan masyarakat.

5. Kesilapan Apabila Tidak Memikirkan Tentang Kepentingan Memelihara Islam. Umpamanya perusahaan yang telah dibina sehingga berjaya oleh seorang bapa. Bagi anak yang bertangungjawab hendaklah memelihara dan mengembangkannya. Begitulah agama yang telah dibangunkan oleh Rasullullah saw. Tugas kita ialah menjaga dan mengembangkannya melalui dakwah. Permulaanya hendaklah dimulakan dengan institusi keluarga masing-masing.

Cetusan Walid Al Malik

Wallahua’lam

Isnin, 5 Disember 2011

Ijtima' Ulama Thurath 2012

TARIKH : 01 JANUARI 2012 ( AHAD )

MASA: 6.00 PETANG – 12.00 MALAM


TEMPAT : Surau Perwaja, Gurun Kedah.


TENTATIF

- Solat Maghrib
- Ucapan Tn Guru Hj Salleh Musa
- Ucapan Perasmian oleh YAB Menteri Besar Kedah
- Solat Isya’
- Tazkirah dari tuan -tuan guru alim ulama dari Kedah , Fathani dan Singapura
- Tahlil Perdana
- Doa Penutup

Satu usaha untuk menaikkan kembali Ulama Thurath yang makin dilupakan jasa dan peranan mereka didalam masyarakat . Matlamat Program ini adalah untuk menghimpunkan ulama Thurath atau Tuan-Tuan Guru dari Kedah supaya berada dalam satu Majlis. Majlis ini menjemput seluruh lapisan masyarakat terutamanya warga kota dan desa, muslimin muslimat samada dewasa , tua dan muda .

Kehadiran ulama tua yang dihormati kealimannya:

1. Tn Guru Hj Salleh Musa, Pondok Ar Rahmaniah, Sik.
2. Tn Guru Hj Ahmad, Kuala Nerang.
3. Tn Guru Hj Wahab Hassan/ Awang Lanai, Baling.
4. Tn Guru Hj Abdullah , Bukit Lada.
5. Tn Guru Hj Zakaria, Jeneri
6. Tn Guru Hj Izuddin , Pendang.
7. Tn Guru Abd Rahim , Pendang.
8. Tn Guru Hj Yussuf , Pendang.
9. Tn Guru Hj Abd Karim , Dala Fathani Thailand.
10. 3 Orang ulama tua dari Fathani , 2 Orang dari Singapura .

Insyallah majlis akan turut menjemput Tuan Guru Haji Hamid@Pak Su Mid Kuala Nerang dan Pak Teh Mad Isa Mahang.

Program ini kita beri keutamaan kepada ulama yang berusia tua kerana kita mahu mengambil manfaat dari mereka yang banyak pengalaman dan banyak keberkatan dari mereka .

Program ini juga akan disertai oleh ulama muda yang dikenalpasti mereka ini menguasai kitab thurath dan memberi sumbangan dakwah kepada negeri kedah khususnya dan Malaysia amnya , diantara ulama muda yang akan dijemput:

1. Ust Sobri , Jitra.
2. Ust Adnan , Kulim.

3. Syeikh Muslim , Sik.
4. Ust Othman , Sik.
5. Ust Jab , Jitra.
6. Ust Fadhil , Parit Panjang.
7. Ust Halim, Parit Panjang.
9. Ust Yazid , Sik.
10 Ust Jamaluddin, Sik.
11 Ust Rafaei ( Madrasah Zuhdiah ), Baling.
12. Ust Zulkifli, Yan
13 Ust Khairul , Gajah Teriyak.
14. Ustaz Zuhair / Pak Long Alor Janggus.
15 Baba Yahya SMIDU
16 Ust Aminuddin Abd Rahim
17 Ust Zainal Asri PAKSI
dan ramai lagi yang akan menghadirinya.

Bersama kita memanfaatkan program ini insyaALLAH.

Wallahua'lam

Jumaat, 2 Disember 2011

Kemaskini Kursus Benteng 04 Disember 2011




Assalamualaikum WMT dan salam hormat.

Makluman buat semua peserta kursus pada 04 Disember 2011 serba ringkas dipaparkan laluan ke lokasi kursus bagi kemudahan semua.

Melalui Lebuhraya Butterworth Kulim ( BKE )

Susur keluar dari lebuhraya BKE ke persimpangan 1503 Kubang Semang, kemudian ikut anak panah merah sama ada melalui jambatan kecil A atau simpang B , masuk ke bawah jalan lebuhraya melalui laluan C untuk ke Kompleks Yayasan An Nahdhoh.

Manakala perincian pengisian kursus seperti berikut:

BENTENG

Hakikat Benteng
Definisi
Aplikasi
Jenis
Kesan


PAGAR DIRI

Hakikat Pagar Diri
Perletakan Pagar Diri
Kaedah Pagar (Rohani)
- Sarung Lam Jalalah
- Sarung Al Fatihah
- Kota Kursi
- Dinding Qulhu
- Gelung Nur

(Kesemua amalan di atas adalah bersanad dari Guru-guru Tua terdahulu yang berpegang teguh dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah)

PAGAR KEDIAMAN

Hakikat Pagar Kediaman
Rahsia Pagar Kediaman
Kaedah Pagar Kediaman (Rohani)
- Seluas Lautan
- Sekota Padang
- Sepanjang Jalan

(Nama-nama ini saya sendiri yang namakan kerana Guru-guru terdahulu tidak pernah menamakan kaedah-kaedah ini, nama diletak berdasarkan kaedah dan kesan. Harap maklum)

PAGAR KAWASAN
Kedudukan Kawasan
Aturcara Pagar Kawasan
Kaedah Pagar Kawasan
- Kaedah-kaedah Pagar Kawasan hanya akan diberi dan disyarah pada hari kuliah.

Wallahua'lam