Isnin, 25 Oktober 2010

ROH AL QUDS

siri ke 6

SALIH AL-KHARRAZ

Syeikh berkhidmat untuk ibunya dan di sebalik usianya yang masih muda telah menyalin keseluruhan hasil tulisan Ibn ‘Assal. Beliau selalu bersendirian dan mengekalkan diam dalam jangkamasa yang panjang. Sahabat beliau berkata, beliau hanya bercakap dengan mereka ketika benar-benar perlu.

Aku selalu berada bersama beliau dan kami saling menghormati satu sama lain. Beliau tidak pernah menarik kembali kata-katanya, kerana beliau selalu berkata benar. Syeikh tidak akan bekerja untuk orang yang mengenali beliau, bimbang mereka memandang baik kepadanya. Kebanyakan kerja yang dia lakukan adalah untuk orang luar yang melawat Bandar, orang yang tidak mengenali beliau dan yang tidak beliau kenali.

Suatu hari salah seorang daripada sahabat kami menghantar sepasang kasut yang rosak untuk dibaiki oleh beliau sebagai alasan agar berpeluang bercakap dengan beliau. Dia memberi salam, dan al-Kharraz pun menjawab salam. Kemudian sahabat kami berkata, ‘Boleh tolong baiki kasutku ini? Al- Kharraz menjawab, ‘Aku sibuk dengan kasut yang ini yang mana aku telah pun dibayar upah’ Ketika peristiwa ini berlaku aku berdiri berhampiran di tempat yang tidak dapat dilihat oleh al-Kharraz. Kemudian sahabat kami berkata ‘Simpanlah sampai kamu selesai membaiki kasut itu’.Al-Kharraz menjawab, ‘Aku berkemungkinan mati sebelum sampai waktu itu, tidakkah kamu terfikir untuk menghantar kasut kamu kepada orang lain? Sahabat kami menjawab, ‘tetapi aku tidak mahu orang lain melakukannya untukku’, al-Kharraz menjawab, ‘Kamu telah dengar apa yang aku katakan’ dan meneruskan zikirnya. Sahabat kami menjawab yang dia akan duduk di situ sehingga beliau selesai kerja, yang mana al-Kharraz menjawab ‘Perbuatlah sebagaimana yang kamu kehendaki, tetapi kamu tidak mendengar lagi bayaran yang akan aku kenakan atas kerjaku. Sahabat kami bertanya berapakah upah yang bakal dikenakan dan diberitahu upahnya ialah lapan dirham.

Dia kemudiannya menawarkan al-Kharraz satu perempat dinar, tetapi diberitahu yang itu bukanlah harga yang diminta. Kemudian dia memberitahu al-Kharraz yang dia ikhlas untuk membayar jumlah yang tersebut, tujuannya hanyalah supaya al-Kharraz menegaskan kepadanya yang beliau telah pun memperolehi rezeki yang secukupnya bagi hari itu dan jika dia bermurah hati ada ramai lagi orang yang lebih memerlukan daripada beliau. Sebaliknya al-Kharraz berkata yang dia telah menyusahkan beliau dan beliau tidak akan melakukan kerja untuknya. Syeikh kemudiannya meneruskan zikir dan kerjanya.

Sahabat tadi datang kepadaku secara sembunyi. Aku memberitahunya yang dia terlalu mendesak dan dia harus menemui al-Kharraz semula dan mencadangkan supaya membaiki kasutnya kerana Allah, al-Kharraz menjawab selepas diam beberapa ketika. ‘Kamu telah disuruh oleh seorang yang lain dengan cadangan ini’. Beliau mendongak dan Nampak aku disitu. Akhirnya beliau berkata kepada sahabat ku, ‘Tinggalkan kasutmu bersamaku dan pergi. Datang selepas tengahhari dan jika aku masih hidup aku akan pulangkan kepadamu; jika aku mati aku akan tinggalkan ia kepada jiranku untuk kamu ambil’.

Beliau kemudian memandang kepadaku dan memanggilku hampir kepadanya. Beliau berkata ‘Inikah caranya seorang sahabat lakukan sesama mereka? Adakah menjadi amalan mereka untuk melakukan sesuatu yang tidak mereka sukai? Jangan lakukan lagi perkara sebegini! Demi kasih sayang yang Allah titipkan dalam hatiku kepada kamu, aku tidak akan mengambil kisah, oleh itu kekalkan hakku, sebagaimana yang aku hajati.

Aku tidak pernah mengenali seseorang yang seumpama beliau. Kemudiannya beliau musafir sambil ber’uzlah dan berkhalwah.

Khamis, 21 Oktober 2010

Tentatif Kursus Pengukuhan Rawatan TIAF

Assalammualaikum WMT dan salam hormat,

AlhamdulILLAH, sebilangan kesyukuran ke hadrat Pencipta sekalian gerak di muka alam ini. Yang hanya dengan kehendakNYA yang menyebabkan sebab, maka disebabkan segala sesuatu dengan Kudrat dan KehendakNYA. ALLAHu Akbar.

Segala selawat dan salam ke atas Penghulu sekalian roh insan, Rasulullah S.A.W. SolALLAHu Alaika Wassalam Ya Rasulullah.

InsyaALLAH, di sini suka untuk didakapi Tentatif/ Gerakkerja Kursus Pengukuhan Rawatan TIAF yang bakal diadakan di Taiping Perak Sabtu dan Ahad ini.

SABTU

8.30am – 8.50am : Pendaftaran

9.00 am– 10.00am: Pembentangan kertas kerja

10.00am – 10.30am: Minum Pagi

10.30am – 11.30am: Pembentangan kertas kerja

11.30am – 1.00pm: Pembentangan kertas kerja

1-00pm – 2.30pm : Rehat / Makan tghhari & Solat Zohor

2.30pm – 4.00pm : Praktikal 1

4.00pm – 4.30pm : Solat Asar/minum petang

4.30pm – 5.30pm : Praktikal 2

5.30pm : Tangguh majlis

7 - 8 pm : Solat Maghrib / Tazkirah muhahasah qalbu

Selepas Isyak : Halaqah zikir dan solat hajat khusus

AHAD

9am - 10am : Praktikal 3

10am - 10.30 : Minum Pagi

10.30am - 12.30pm : Praktikal 4

12.30 - 2.30: Solat Zuhur/ Makan tghhari

2.30 - 4.00 : Praktikal 5

4.00 - 4.30 : Solat Asar / Minum petang

4.30 - 5.00 : Soal Jawab

5.00 : Pengijazahan amalan dan tamat majlis

Semoga beroleh rahmat dan redha ALLAH buat sekalian umat Rasulullah S.A.W.

Wassalam.

Rabu, 20 Oktober 2010

Kursus Pengukuhan Rawatan ( KEMASKINI ) Taiping Perak




LALUAN / PETA KE LOKASI KURSUS PENGUKUHAN RAWATAN 23 & 24 OKTOBER 2010

Peta laluan yang dinyatakan di atas mengikut arah dari Lebuhraya Utara Selatan keluar di EXIT 148 Persimpangan Taiping ( U ) iaitu Kamunting Taiping terus menghala ke Bandar Kamunting di mana terletaknya Masjid Kamunting di sebelah kanan. Dari Masjid Kamunting ke KOMPLEKS RAKAN MUDA berjarak 150 meter dengan melalui 2 lampu isyarat yang terletaknya lokasi tersebut di sebelah kanan. Dari Kompleks Rakan Muda dan tempat penginapan iaitu Taiping Golf Resort( hanya tempahan sahaja – JANA VIEW CONDOTEL ) berjarak 200 meter bagi mereka yang menginap di situ.


MAKLUMAN TAMBAHAN
Pada 23 / 10/ 2010 semua peserta akan dibawa ke Surau Insaniah bagi pengisian malam yang merupakan sebahagian dari modul bagi Kursus Pengukuhan Rawatan mengikut tentatif di bawah.

7.15 mlm : Solat Maghrib & Tazkirah Muhasabah Qolbu
8.30 mlm : Solat Isya, Halaqah Zikir & Solat Hajat Khusus
10.00 mlm : Jamuan Malam

Khamis, 14 Oktober 2010

Kursus Pengukuhan Rawatan ( KEMASKINI ) Taiping Perak

Assalamualaikum WMT.

Seperti yang sedia maklum pada semua bahawa Kursus Pengukuhan Rawatan akan diadakan di Taiping pada minggu depan iaitu 23 & 24 Oktober 2010.

Kursus Pengukuhan Rawatan ini menjurus 80% praktikal, 10% teori dan 10% pengisian. Tujuan diadakan kursus ini adalah untuk memberi gambaran senario rawatan yang biasa dijalankan, yang mungkin ada antara kita tahu tentangnya, yang mana kebanyakan dari kaedah yang akan dikongsikan adalah dari guru-guru tua satu masa dahulu.

Tujuan diadakan Kursus Pengukuhan ini adalah bermatlamat agar peserta lebih jelas lagi kaedah-kaedah yang makin pudar ini.

Berikut adalah perkongsian yang bakal dibentang pada Kursus Pengukuhan Rawatan:

1- Amalan awal perawat
2- Amalan harian perawat
3- Amalan sebelum dan selepas rawatan

Kaedah, ilmu dan amalan yang dikongsikan adalah mengikut adab-adab displin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mempunyai sanad dan salsilah:

1- Tatacara berhadapan dengan pesakit (pesakit am)

2- Tatacara berhadapan dengan pesakit berisiko (kronik)

3- Kaedah Ma'u Hayat

4- Kaedah Titik Nutfah

5- Rahsia dan kaedah mandian mengikut jenis penyakit

6- Rahsia nafas, akal, qalbu dan jasmani (semasa dan selepas rawatan - pesakit dan perawat)

7- Kaedah Hijaihiyah dan Nuruniyyah

8- Perletakan dan kedudukan ayat-ayat muqataat dalam rawatan

9- Kaedah-kaedah khusus semasa rawatan:
- Pancaran asma
- Pintu Nafas
- Pintu Jamal
- Pasak
- Qurbah

10- Kaedah pembersihan perawat (selepas rawatan)

11- Praktikal khusus bagi kaedah-kaedah dalam modul pertama (sihir dan permasalahannya)

InsyaALLAH, amalan-amalan yang akan diijazahkan:

1- Doa Anas Bin Malik R.A
2- Doa Ka’ab al-Ahbar
3- BismILLAH 7

Bagi sesi pengisian, insyaALLAH, akan diadakan pada hari pertama :

Selepas Maghrib - Tazkirah Muhasabah Qalbu

Selepas Isyak - Halaqah Zikir dan solat hajat khusus.

Semoga perancangan ini mendapat berkat dan rahmat ALLAH hendaknya.


Tajuk :
KURSUS PENGUKUHAN RAWATAN

Tarikh :
23 & 24hb OKTOBER 2010 ( Sabtu & Ahad )

Masa :
9.00PG - 5.30PTG

Tempat :
KOMPLEKS RAKAN MUDA LARUT MATANG SELAMA, JALAN BUKIT JANA,
34600 KAMUNTING, TAIPING PERAK


Penyampai :
TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF ( Ust Wan Asrul Afendi )

Yuran :
RM250.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan )

Jumlah Peserta :
TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT.KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA PESERTA KURSUS TERDAHULU/ PELATIH/ PERAWAT SEDIA ADA MANA-MANA PUSAT RAWATAN SELURUH MALAYSIA

PENDAFTARAN PESERTA:
SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com NAMA, NO K/P, NO H/P dan EMEL secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan menyertai dan cara pembayaran

Berkaitan dengan penginapan, berdekatan dengan lokasi kursus terdapat sebuah Hotel Apartmen ( 013-5286388 Nik Azman ) untuk dihubunggi bagi tempahan atau maklumat lanjut.

Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah pada 20hb Oktober 2010 ( Rabu ) bagi kemudahan penyelarasan. Kerjasama dari peserta yang berminat amat-amat diharapkan.

Mohon disertakan nama penuh dan no.K/P untuk tujuan cetakan sijil.

Sekian seadanya untuk makluman semua.

Wassalam.

Ahad, 10 Oktober 2010

Sayur ' Tauge '

Info bersama dari blog SIMAAS

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow. hmmm rangup... tapi nak beli tauge..eh tu kene buat eksperimen dulu la.

beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.

keputusan yg mungkin boleh didapati... lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam. bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing. dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri. kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje. kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.

dan kenapa taugeh jadik mangsa? sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya. tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2 dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis. tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham.. so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hanching dgn taugeh2 bumiputera.Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

Rabu, 6 Oktober 2010

ROH AL QUDS

siri ke 5

SALIH al-‘ADAWI ORANG BARBAR

Beliau seorang ‘arifbillah, kekal bersama Allah dalam setiap perbuatannya dan mengabdikan diri dengan berterusan membaca al-Quran siang dan malam. Beliau tidak memiliki rumah dan tidak memperdulikan kesihatannya, cuba untuk mencapai darjat tujuh puluh ribu yang memasuki syurga tanpa hisab.

Ada ketikanya beliau diberitahu bahawa matahari telah pun beralih arah sedangkan beliau masih lagi dalam rakaat pertama solat. Apabila beliau bersiap untuk solat pada ketika cuaca sangat sejuk beliau akan menanggalkan pakaian luarnya, memakai hanya selapis baju dan seluar; di sebalik keadaan ini beliau akan berpeluh ketika solat seolah-olah beliau berada dalam bilik yang sempit.

Syeikh tidak menyimpan suatu apapun untuk hari esok dan tidak menerima sesuatu melebihi keperluannya, sama ada untuk dirinya atau untuk orang lain. Waktu malam beliau selalu berada di masjid Abu ‘Amir al-Rutanduli. Aku bergaul dengan beliau untuk beberapa tahun yang mana dalam jangkamasa tersebut syeikh hanya menyampaikan beberapa patah perkataan sahaja sehinggakan aku mampu untuk membilangnya.

Pada suatu tahun, beliau tiada di Seville ketika I’dil Adha. Seorang fuqaha’ yang boleh dipercayai memberitahu ku bahawa syeikh menghadiri perhimpunan di padang Arafat dan diberitakan kepada beliau oleh orang yang melihat syeikh di sana.

Beliau mengekalkan hubungan istimewa dengan kami dan kerap kali mengkhususkan tafakkurnya kepada kami yang dengannya kami memperolehi manfaat rohaniah yang besar. Berkenaan diriku beliau memberitahu banyak perkara yang kemudiannya terbukti benar kesemuanya.

Ketika sakitnya beliau diziarahi oleh Abu ‘Ali al-Shakkaz. Beliau menetap di Seville selama empat puluh tahun sehinggalah wafat.Kami yang memandikan jenazah beliau dan membawa ke kuburan waktu malam, dan kami tinggalkan untuk disembahyangkan oleh orang ramai yang kemudiannya mengkebumikan beliau. Sehingga kini aku tidak pernah melihat yang seumpama beliau. Keadaan hidupnya sepertimana ‘Uwais (al-Qarni)

Suatu hari aku datang berjumpa beliau ketika beliau sedang mengambil wuduk. Ketika berwuduk wajahnya akan berubah kepada malu dan takut. Apabila ditanya tentang hal tersebut beliau menjawab, “Bagaimana lagi seseorang itu harus berkeadaan ketika menyiapkan dirinya yang penuh dengan dosa untuk berbual-bual dengan Rabnya? Syeikh berwuduk dengan cermat, membasuh setiap anggota wuduk tiga kali, dan setiap kali menyebut nama Allah selayaknya.

Apabila selesai berwuduk beliau mendongak dan nampak aku berdiri di suatu tempat. Beliau ketika itu duduk di sebuah bangku untuk mengesat dirinya, beliau memanggil aku supaya hampir kepadanya. Waktu itu aku baru sahaja mula mengikuti jalan salik dan menerima beberapa bukaan rohaniah yang tidak pernah aku ceritakan kepada sesiapa pun.

Syeikh berkata kepada ku, “Anakku, apabila kamu merasai madu, jangan lagi sesekali merasai cuka. Allah telah bukakan jalan buatmu, tetaplah atasnya. Berapa orang kakak yang kamu ada? Aku memberitahu beliau yang aku mempunyai dua orang kakak. Beliau bertanya adakah kedua-duanya belum berkahwin yang mana aku menjawab belum, tetapi yang sulung telah ditunangkan dengan Amir Abu al-‘Ala b. Ghazun. Kemudian beliau berkata kepadaku, “Anakku ketahuilah pernikahan itu tidak akan berlaku, kerana kedua-duanya ayahmu dan lelaki yang kamu cakapkan itu akan lebih dahulu meninggal dunia dan kamu dipertanggungjawabkan untuk menjaga ibu dan kakak-kakakmu. Keluarga mu akan cuba memujuk supaya kamu kembali kepada jalan duniawi dan menjaga ibu dan kakakmu. Jangan lakukan apa yang mereka minta tidak jua menghiraukan perkataan mereka sebaliknya ucapkan firman Allah “Dan perintahkanlah kepada keluarga engkau agar mendirikan solat dan bersabarlah engkau atasnya. Kami (Allah) tidak meminta rezeki kepada engkau, bahkan Kami (Allah) yang memberi rezeki kepada engkau. Dan akibat (yang baik) itu bagi orang yang bertakwa” (Q 20:132)

Jangan lakukan lebih dari itu, kerana Allah telah menyediakan jalan pelepasan untukmu. Jika kamu ikuti cakap mereka kamu akan dapati dirimu ternafi di dunia dan di akhirat dan dibiarkan memilih jalanmu sendiri.

Sebelum berakhir tahun yang sama Amir tadi meninggal dunia dan kemudiannya ayahku, perkahwinannya dengan kakakku tidak dapat dilangsungkan. Enam tahun kemudian ibuku meninggal, syeikh juga meninggal. Semua ini menyebabkan keluargaku datang kepadaku dan menyalahkan aku kerana gagal menyara hidup keluargaku.

Bagaimanapun Amirul Mu’minin berhajat agar aku menyertai pentadbiran Negara. Amirul Mu’minin mengutuskan menteri Ya’qub Abu al-Qasim b. Taqi. Dia memberitahu qadi agar berjumpa dengan ku bersendirian dan tidak memaksa aku jika aku menolak cadangannya. Apabila beliau tiba dan menyatakan cadangan tersebut kepadaku, daku menolak, perkataan syeikh terngiang-ngiang ditelingaku. Kemudian aku bertemu dengan Amirul Mu’minin dan dia bertanya tentang dua orang kakakku yang memerlukan perlindungan. Aku menjelaskan kedudukan mereka. Dia kemudiannya menawarkan diri untuk mencarikan suami yang sesuai buat mereka, yang mana aku menjawab bahawa aku sendiri yang akan meyudahkan hal tersebut. Mendengar ini Amirul Mu’minin menganggap aku bersikap gopoh dan berkata dia juga mempunyai tanggungjawab keatas mereka. Amirul Mu’mini kemudiannya memenggil penjaga pintu dan mengupahnya untuk memaklumkan kepadanya samada siang atau malam, jawapan daripadaku atas tawaran tersebut.

Tidak lama selepas aku selesai menemui Amirul Mu’minin, dia sekali lagi menghantar seorang pesuruh kepadaku untuk mengulangi tawarannya berkenaan hal keadaan dua orang kakakku. Aku berterima kasih kepada pesuruh tersebut, tetapi segera berhijrah bersama keluarga dan sepupuku ke Fez. Selepas beberapa hari Khalifah bertanya Abu al-Qasim b. Nadir akan halku. Dia memberitahu khalifah yang aku dan keluargaku telahpun berhijrah ke Fez. Mendengar ini Khalifah berulangkali menyebut SubhanAllah. Apabila kami telah menetap di Fez aku kahwinkan dua orang kakakku dan dengan itu lepas dari tanggungjawab keatas mereka. Semenjak itu berkat kerohanian syeikh kembali kepadaku dan aku pun pergi ke Mekah. Inilah salah satu berkat kerohanian syeikh. Aku bersahabat dengan beliau selama hampir tiga belas tahun.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Jemputan Majlis Aidilfitri dan Silaturrahim

Assalamualaikum WMT.

Kepada semua sahabat dan pengunjung blog yang dikasihi dijemput ke Majlis Aidilfitri dan Silaturrahim di:

Tempat : Surau Insaniah, Kg Setia Jaya, Kamunting, Taiping Perak.
Tarikh : 03 Oktober 2010
Masa : Bermula Jam 2.00 - 6.00 petang

Moga-moga ukhuwah dan keberkatan dapat kita nikmati bersama.

Terima kasih

Wassalam