Rabu, 29 September 2010

Kursus Pengukuhan Rawatan - TAIPING Perak

Assalammualaikum WMT dan salam ukhuwah.

ALLAHumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Selawat dan salam yang tiada tamatnya sepertimana tiada putus kasih sayang Baginda S.A.W kepada umat-umat Baginda S.A.W.

Para pembaca yang dirahmati ALLAH,

AlhamduLILLAH baru-baru ini telah berjaya dijalankan kursus sihir dan kursus lanjutan di Kulim Kedah dan Bukit Mertajam Pulau Pinang. Susulan dari kedua kursus tersebut sebagaimana kursus yang sama dilaksanakan di Taiping Perak maka TIAF ( Utara ) akan mengadakan Kursus Pengukuhan Rawatan mengikut maklumat seperti di bawah:

Tajuk :
KURSUS PENGUKUHAN RAWATAN


Tarikh :
23 & 24hb OKTOBER 2010 ( Sabtu & Ahad )


Masa :
9.00PG - 5.30PTG


Tempat :
KOMPLEKS RAKAN MUDA LARUT MATANG SELAMA,
JALAN BUKIT JANA, 34600 KAMUNTING, TAIPING PERAK


Penyampai :
TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF ( Ust Wan Asrul Wan Afendi )


Yuran :
RM250.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan )


Jumlah Peserta :
TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT.
KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA PESERTA KURSUS TERDAHULU/ PELATIH/
PERAWAT SEDIA ADA MANA-MANA PUSAT RAWATAN SELURUH MALAYSIA


PENDAFTARAN PESERTA:
SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com NAMA, NO K/P, NO H/P dan EMEL
secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan menyertai dan cara pembayaran


( Pengisian kursus akan dikemaskini dalam waktu terdekat )

Berkaitan dengan penginapan, berdekatan dengan lokasi kursus terdapat sebuah Hotel Apartmen iaitu Bajet Room Bukit Jana ( 013-5286388 Nik Azman ) untuk dihubunggi bagi tempahan atau maklumat lanjut.

Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah pada 20hb Oktober 2010 ( Rabu ) bagi kemudahan penyelarasan. Kerjasama dari peserta yang berminat amat-amat diharapkan.

Mohon disertakan nama penuh dan no.K/P untuk tujuan cetakan sijil.

Sekian seadanya untuk makluman semua.

Wassalam.

Jumaat, 17 September 2010

Kursus 25 & 26 Sept 2010 ( TERKINI )

KURSUS LANJUTAN DI KUBANG SEMANG, BKT MERTAJAM PULAU PINANG
Tajuk : KURSUS LANJUTAN
Tarikh : 26hb Sept 2010 ( AHAD )
Masa : 9.00 pg - 5.30 ptg
Tempat : MADRASAH AN-NAHDHOH , Kg Petani, Kubang Semang 14400 Bukit Mertajam,
Seberang Perai Pulau Pinang.
Penyertaan: Bekas Peserta Kursus Sihir & Yang Amat Berminat Dengan Syarat



KURSUS SIHIR DI KULIM KEDAH
Tajuk : SIHIR - PERMASALAHAN & RAWATAN
Tarikh : 25hb Sept 2010 ( SABTU )
Masa : 9.00 pg - 5.30 ptg
Tempat : KULIM INN, Jln Bukit Awi , 09000 Kulim, Kedah Darul Aman
Penyertaan : Terbuka kepada muslimin dan muslimat


Assalamualaikum dan salam Syawal buat semua pengunjung blog.

Semoga semuanya berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang ALLAH yang tidak terhingga kepada kita semua. Diberi kekuatan untuk terus meningkatkan ketakwaan dalam pencarian hidup di bawah keredhaan dan keberkatan dariNYA insyaALLAH.

Bagi meneruskan kursus yang dirancang pada 25 & 26 sept 2010 seperti dalam post sebelum ini suka diperingatkan kepada peserta-peserta yang telah sms dan telefon untuk tempahan tempat supaya dapat memberi maklumbalas hadir atau tidak sebagai kerjasama kepada penganjur dalam menguruskan logistik pelaksanaan kursus.

Bagi peserta yang ingin mendaftar untuk menyertai kursus ini masih boleh berbuat demikian sehingga 23 Sept 2010 ( Khamis ). Maklumat lanjut tentang kursus sila lihat entri post sebelum ini.

MAKLUMAT LOKASI:

26 Sept 2010 - Madrasah An-Nahdhoh, Kg Petani, Kubang Semang Bkt Mertajam, P.Pinang
- Laluan dari Buterworth mengikut lebuhraya Buterworth Kulim menghala ke Kulim keluar mengikut exit 1503 Kubang Semang selepas lampu isyarat kedua belok ke kiri menghala ke pekan Kubang Semang dalam jarak 800 meter akan terdapat papan tanda Madrasah An Nahdhoh di sebelah kiri ikut laluan tersebut.

25 Sept 2010 - Kulim Inn, Jalan Awi , Kulim Kedah
- Laluan dari Buterworth mengikut lebuhraya Buterworth Kulim menghala ke Baling keluar mengikut exit 1508 Lunas Kulim mengikut lampu isyarat belok kanan iaitu di Jalan Lunas Kulim sehingga simpang lampu isyarat ke Kulim ikut laluan tersebut memasuki bandar Kulim ,seterusnya mengikut jalan yang menghala ke Bukit Mertajam melalui Jalan Awi di mana sebelah kanan jalan terletaknya Masjid Jamiul Makmur Kulim dan Kulim Inn di sebelah kiri yang berjarak 1 km.

Akhirnya sekali lagi kepada semua yang mendaftar sila pastikan nama dan no.k/p dapat adalah betul untuk cetakan sijil penyertaan sebelum 24 Sept 2010 ( Jumaat )

Sebarang pertanyaan dan maklumat lain-lainya sila hubunggi:
012-7625455 atau 016-3126043

Untuk maklumat penginapan boleh hubunggi terus:
Kulim Inn 04-4900420 ( Kulim Kedah )
An-Nahdhoh Inn 04-52135600 ( Kubang Semang, Bkt Mertajam P. Pinang )

Moga-moga semuanya ada manfaat untuk kita semua insyaALLAH

Wassalam.

Rabu, 8 September 2010

Selamat Hari Raya AidilFitri 1431H

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…

Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…

Assalamualaikum WMT kepada seluruh sahabat-sahabat Qolbu Solehin dan pengunjung-pengunjung blog. Diharapkan masih dapat meneruskan puasa Ramadhan yang semakin melabuhkan tirainya untuk membuka lembaran Syawal

Perjuangan kita selama sebulan yang merupakan didikan dan asuhan dari ALLAH sebagai umat Muhammad SAW adalah rahmat dan kasih sayang darinNYA. Jadikanlah Syawal sebagai pertemuan ukhuwah untuk meneruskan kehidupan di jalan yang mendapat keberkatan dan keredhaan insyaALLAH. Jadikan pengajaran,pengalaman dan keinsafan Ramadhan sebagai medan menerjah diri meneruskan perjalanan kepada Pencipta Yang Maha ESA. Semakin berilmunya kita semakin mampu membina sifat kehambaan kita pada ALLAH. Semakin banyak nikmat yang bertambah zahir dan batin semakin banyak kesyukuran kita bentangkan. kepada Yang Maha Pemberi. Semakin banyak keimanan dapat dikukuhkan semakin banyak kecintaan kepadaNYA. Moga-moga kita sentiasa mendapat perlindungan dan pertolongan dariNYA. InsyaALLAH.

Selamat Hari Raya AidilFitri 1431H dan saya memohon kemaafan zahir dan batin kepada semua.

Wassalam

( dipersilakan ke rumah pada hari raya pertama )