Isnin, 28 Mac 2011

Kenangan Kursus Bekam D' Taiping

Ilmu itu berguru..lalu kita beramal..

api siap dipasang..ini bekam apa? sila jawab..

ini baru 2 cup belum lagi 12 cup :-)..

sahabat TIAF di Utara dalam kursus bekam..ada yang hilang dalam gambar ni..

makan durian sekenyangnya..ada pulut, santan dan gula selepas bekam , bukan pengisian bekam :-)

Sabtu, 19 Mac 2011

Hebahan TERKINI -Kursus 26 Mac 2011

Set Bekam untuk kursus 26 Mac 2011 ini adalah berharga RM130.00 untuk tempahan yang terhad kepada 8 set sahaja ( 5 set telah ditempah ). Manakala pen bekam pula tiada stok. Bagi Tujuan penginapan tuan puan sila hubungi terus dengan urusetia 012- 762 5455 sekiranya memerlukan sebelum 23 Mac 2011. Semua Peserta kursus pastikan pengesahan HADIR dibuat secepatnya atau sebelum 25 Mac 2011 bagi penyelarasan. Kerjasama tuan puan memudahkan urusan kita bersama. Terima kasih.

Jumaat, 18 Mac 2011

Kursus 26/03/2011- Kemaskini

NO 32, TINGKAT ATAS, JALAN KAMUNTING 2,KAMUNTING TAIPING PERAK
LOKASI KURSUS BERHADAPAN STESYEN BAS KAMUNTING
RUANG DALAM DEWAN SOLEHIN

Peta laluan yang dinyatakan di atas mengikut arah dari Lebuhraya Utara Selatan keluar di EXIT 148 Persimpangan Taiping ( U ) iaitu Kamunting Taiping terus menghala ke Bandar Kamunting. Apabila melepasi jalan jambatan bertingkat dengan melalui dua persimpangan lampu isyarat membelok ke kanan untuk menuju ke stesyen bas Kamunting. Melalui deretan kedai di hadapan stesyen bas Kamunting terletaknya Dewan Solehin bersebelahan pejabat Hasani Perkahwinan. Sekali lagi alamatnya no 32, Ttingkat Atas, Jalan Medan Kamunting 2, Kamunting Taiping Perak.

Untuk semua peserta peringatan bersama, tempahan set bekam dan pen adalah sebelum 23hb Mac 2011 bagi kemudahan penghantaran.

Wallahua'lam

Rabu, 16 Mac 2011

ROTI & Kesihatan ANDA

Lihat artikel bahaya bahan pengawet dalam roti ( SEBAGAI PERINGATAN SESAMA KITA )

Oleh: S.M.MOHAMED IDRIS
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Kebanyakan roti dan ban yang dijual di sini melanggar undang-undang dengan sewenang-wenangnya, ia mengandungi terlalu banyak bahan pengawet yang dipanggil asid propionik, walaupun dibenarkan di bawah undang-undang makanan kita, mestilah tidak melebihi paras yang ditetapkan oleh undang-undang.

Dalam ujian yang dijalankan oleh CAP baru-baru ini ke atas pelbagai jenis roti yang dibeli di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, termasuklah roti bantal dan beraneka jenis ban (termasuklah yang dihidangkan dan digunakan sebagai burger dalam rangkaian makanan segera), didapati sehingga 92% mengandungi asid propionik dalam jumlah sehingga 5 kali daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, roti dibenarkan mengandungi asid propionik, dan sodium, potassium atau garam kalsium dalam jumlah yang mestilah tidak melebihi 2,000 mg/kg roti (Peraturan 65 (2) a).Dalam ujian CAP ke atas 50 sampel roti (27 pada 2005 dan 23 pada 2006), hanya 4 dalam lingkungan had untuk asid propionik. Selebihnya 46 daripada 50 sampel iaitu 92% daripada roti yang diuji oleh kami semuanya mempunyai asid propionik melebihi 2,000 mg/kg (lihat jadual untuk keterangan lanjut).

Antara jenama terkenal yang turut terjejas adalah roti bantal dan ban daripada Gardenia, High 5, dan Roman Meal. Turut terjejas adalah roti dan ban dari rangkaian restoran makanan segera, pasar raya dan kedai roti tempatan.

Gardenia

Sebagai contoh Gardenia Original Classic (Enriched White Bread) mempunyai asid propionik 1.6 kali (ujian 2006) dan 1.8 (ujian 2005) melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Wholemeal Bread 2.6 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali (ujian 2005) melebihi had selamat. Begitu juga Gardenia Breakthru (Formula Multiwholegrain) adalah 2.4 kali (ujian 2006) dan 3.7 kali lebih tinggi (ujian 2005), sementara Gardenia Breakthru (Formula White) adalah 3.3 kali lebih tinggi (ujian 2005).Ban dari Gardenia juga terlalu buruk.

Gardenia Roti Krim Coklat mempunyai 3.1 kali asid propionik melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang. Gardenia Roti Krim Vanila juga 3.0 kali lebih tinggi dan Gardenia Roti Krim Jagung juga 2.4 kali lebih tinggi.

High 5

Jenama terkenal lain High 5 mempunyai hasil yang sama buruk. High 5 Nutri-White Sandwich Bread didapati mempunya asid propionik 1.9 kali lebih tinggi pada 2006. Ia bersamaan High 5 Sandwich Bread pada 2005 iaitu 3.2 kali lebih tinggi. Roti bantal bersaiz besar, High 5 Sure Value Sandwich Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi (ujian 2005). High 5 Wholemeal Bread mempunyai asid propionik 1.7 kali lebih tinggi pada 2006 dan 3.5 kali lebih tinggi pada 2005.

Ban High 5 juga mempunyai jumlah bahan pengawet yang melanggar undang-undang. High 5 Roti Krim Vanila adalah 2.2 kali lebih tinggi dan High 5 Roti Krim Coklat 1.6 kali lebih tinggi.Roman MealKami juga turut menguji roti Roman Meal yang mahal pada 2005 dan ia juga mempunyai paras asid propionik yang terlalu tinggi. Roman Meal Honey & Oat Bran Bread ialah 3.4 kali lebih tinggi, Roman Meal Hi Calcium Bread 3.1 kali lebih tinggi dan Roman Meal 12 Grain Bread 3.0 kali lebih tinggi.

Roti Pasar Raya

Kami juga turut menguji roti daripada pelbagai pasar raya seperti Giant, Tesco dan Gama di Pulau Pinang, dan ia juga turut mempunyai paras asid propionik yang melanggar undang-undang yang ditetapkan. Giant Roti Sandwic ialah 2.9 kali lebih tinggi dan Giant Bread (Concess) 1.7 kali lebih tinggi.Tesco Wheat Bran Bread mempunyai asid propionik 2.3 kali lebih tinggi.

Tesco White Sandwich 1.4 kali lebih tinggi (ujian 2006) tetapi dalam ujian 2005, ia mengandungi hanya 2,062 mg/kg asid propionik, sedikit melebihi had 2,000 mg/kg yang dibenarkan oleh undang-undang.The Four Leaves English Toast Bread yang dibeli di Pasar Raya Gama di Pulau Pinang adalah 1.9 kali lebih tinggi.

Rangkaian Makanan Segera

Kami juga menguji ban dan burger yang dihidangkan di KFC dan McDonalds. Semua 3 sampel yang diuji gagal dalam ujian. KFC Colonel Burger mempunyai 2.1 kali lebih tinggi bahan pengawet dan ban yang dihidangkan bersama dengan ayam goreng lebih buruk iaitu 3.6 kali lebih tinggi. McDonalds Beefburger mempunyai 1.7 kali lebih tinggi asid propionik dalam ban.

Kedai Roti Tempatan

Roti dari kedai roti tempatan dan dari penjual roti juga terjejas dengan teruk. Roti itu didapati mempunyai jumlah asid propionik yang paling tinggi datangnya dari Ismalia Bakery di Pulau Pinang yang juga turut membekalkan roti kepada penjual roti. Ismalia Bakery Coconut Bun mempunyai asid propionik 5.1 kali lebih tinggi berbanding had yang ditetapkan oleh undang-undang. Sampel yang diuji ini adalah yang paling buruk. Roti tempatan lain yang turut terjejas datang dari Rhena Bakery, Pathchee Bakery, Intisari Bakery, Continental Bakery dan lain-lain. Untuk hasil sepenuhnya, lihat jadual.

Asid propionik tidak berwarna, berminyak, cecair berbau hancing yang terjadi secara semula jadi dalam binatang dan produk tenusu. Ia biasanya digunakan sebagai racun kulat dan racun bakteria, ia mengawal kulat dan bakteria dalam bijirin yang disimpan, kawasan simpanan bijirin, sisa buangan ternakan dan air minuman untuk ternakan.Dalam makanan, ia digunakan untuk mengawet makanan yang dibakar dan keju. Bentuk lain asid propionik (contohnya kalsium dan sodium propionates) juga ditambah ke dalam makanan untuk mencegah kulat dalam makanan dibakar kering.

Semua propionates dikatakan dikaitkan dengan sakit kepala migrain. Kajian dari Australia pada 2002 mendapati kalsium propionate boleh menyebabkan tingkah laku menyimpang (seperti keletihan dan tidak memberi tumpuan, jadi mereka tidak mahu membuat kerja rumah, tidak dapat membaca dengan sempurna dan juga mengalami gangguan tidur) pada kanak-kanak. Kesan sampingan ini berlaku dalam tempoh beberapa dan menjadi kumulatif, demikian menurut kepada kajian.

Tiada Penguatkuasaan

Hasil ujian oleh CAP amat mengejutkan dan kami pasti kebanyakan pengguna akan terkejut kerana kita memakan roti dengan paras bahan pengawet yang amat tinggi. Paling mengejutkan CAP ialah tiada pematuhan terhadap undang-undang sepenuhnya.

Kementerian Kesihatan yang menguatkuasakan Peraturan Makanan kita tidak menjalankan tugasnya dan dalam proses ini ia membahayakan kesihatan kita.

Pihak kementerian mestilah dengan segera bertindak untuk mendakwa syarikat yang telah melanggar undang-undang. Mereka mestilah mengawasi dengan berterusan kualiti roti yang dimakan setiap hari oleh berjuta rakyat Malaysia termasuk kanak-kanak.


Rabu, 9 Mac 2011

HIKMAH BERBEKAM

ihsan blog TIAF

Hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah :

“Barangsiapa yang berbekam pada hari ke tujuh belas dan kesembilanbelas serta keduapuluh satu maka dia akan mendapat kesembuhan dari segala macam penyakit.”

Segala puji hanya milik Allah, Tuhan yg mentadbir sekalian alam.
Kali ini saya sertakan 30 buah hadith Nabawi yang sahih mengenai hijamah (bekam). Majoritinya diambil dari kitab “Tartib ahadithsi shohihil jami’is shoghir” karya syeikh Al-Albani, tanpa rawi dan takhrij agar lebih ringkas. Saya memohon agar ALLAH memberi manfaatnya kepada semua pembaca. InsyaALLAH.

PERTAMA: KEUTAMAAN DAN PENTINGNYA HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.”
Nabi SAW bersabda: “Ubat yang termujarab untuk pengubatan kamu semua adalah hijamah dan qusthul bahri (kayu hindi, sejenis kayu yang selalunya digunakan untuk ubat dan pewangi).”
Nabi SAW bersabda: “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.”
Nabi SAW bersabda: “Dalam hijamah mengandungi ubat penyembuh.”
Nabi SAW bersabda: “Sungguh hal terbaik yang kamu semua pergunakan untuk pengubatan adalah hijamah dan qusthul bahri. Maka janganlah menyeksa anak-anak kamu dengan ghumz (menekan anak tekak yang sakit pada kerongkong anak dengan telunjuk).
Nabi SAW bersabda: “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”
Nabi SAW bersabda: “Hijamah ialah ubat terbaik untuk digunakan terapi oleh manusia.”
Nabi SAW bersabda: “Sungguh dalam hijamah terdapat kesembuhan.”
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini (hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan sesuatu.”
Nabi SAW bersabda: “Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah kuat hafalan dan pemahaman.”
Nabi SAW bersabda: “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekelompok malaikat kecuali meraka mengatakan: Hai Muhammad, gunakanlah hijamah.”
Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik ubat yang dapat kamu semua gunakan penyembuhan adalah hijamah.”
Nabi SAW bersabda: “Jika saja ada sesuatu yang mengandungi penyembuhan, maka dalam sedutan hijamah dan madu.”
Nabi SAW bersabda: “Jika darah salah seorang kamu bergejolak maka lakukanlah hijamah. Kerana darah dapat membunuh seseorang jika bergolak dalam dirinya.”

KEDUA: HARI TERBAIK UNTUK MELAKUKAN HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah hijamah atas barakah dari Allah pada hari Khamis. Hindarilah hari Jum’at dan Sabtu serta Ahad untuk hijamah. Tapi lakukanlah pada hari Isnin dan Selasa, kerana hari itulah Allah menyembuhkan Ayub dari penyakitnya. Jauhilah hari Rabu karena pada hari ini Ayub ditimpa penyakit. Juga tidak muncul penyakit kusta kecuali pada hari Rabu atau malam Rabu.”

KETIGA: WAKTU HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Hijamah sebelum makan dan minum adalah yang terbaik.”
Nabi SAW pernah melakukan hijamah sedangkan baginda dalam berpuasa.
KEEMPAT: WAKTU HIJAMAH
Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”
Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan atau tanggal 21.”
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”
Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”

KELIMA: TEMPAT-TEMPAT HIJAMAH
Dulu, jika ada yang mengadukan sakit kepala kepada Rasulullah S.A.W, maka baginda bersabda: “Pergi dan lakukanlah hijamah.” Dan jika mengadukan sakit pada kakinya, maka baginda menyuruhnya: “Pergi dan warnailah (lulurkanlah) dengan daun inai.”
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah dalam ihram di bahagian atas tapak kakinya yang sakit.
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah saat berihram dari penyakit kepalanya. Dalam riwayat yang lain dituturkan: sebab pening yang menimpa baginda.
Dulu Rasulullah SAW melakukan hijamah di kepalanya dan menamainya dengan ummu mughits (sebab faedahnya yang menakjubkan).
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah pada dua urat lehernya dan pada urat belakang yang terletak antara dua bahunya.
Rasulullah SAW pernah melakukan hijamah 3X pada dua urat lehernya dan pada urat belakang yang terletak antara dua bahunya.
Rasulullah SAW juga pernah melakukan hijamah pada bahagian atas kepalanya dan pada urat yang terletak antara dua bahu belakang.
Rasulullah SAW pernah pula melakukan hijamah ala Mekkah iaitu dalam ihram dan dilakukan pada bahagian tengah kepala.
Baginda juga pernah melakukan hijamah di bahagian pangkal pahanya sebab penyakit bertapak disitu.

KEENAM: RINGKASAN
1.Rasulullah SAW telah menerangkan bahawa hijamah adalah:
2.Ubat yang paling bermanfaat
3.Ubat yang mujarab
4.Ubat yang paling baik
5.Ubat yang paling afdhal
6.Penyembuh (Membantu Kesembuhan)

2.Rasulullah SAW telah menerangkan beberapa manfaat hijamah iaitu:
1.Ubat penawar
2.Ubat penyembuh
3.Pengendali darah agar tidak bergolak
4.Mengandung keberkahan
5.Manambah daya hafal
6.Menambah kecerdasan otak.

3.Urutan tanggal dan waktu hijamah seperti yang dinasihatkan Rasulullah SAW :
1.Hari Khamis yang bertepatan dengan tanggal 17, 19 atau 21
2.Hari Isnin atau Selasa yang bertepatan dengan tiga tanggal tersebut
3.Hari Khamis bila-bila masa saja yang tidak bertepatan dengan tiga tanggal di atas
4.Hari Isnin dan Selasa bila-bila saja yang tidak bertepatan dengan tiga tanggal di atas

4.Hari-hari yang dilarang Rasulullah SAW untuk melakukan hijamah adalah:
1.Hari Jum’at, Sabtu dan Ahad
2.Hari Rabu, paling keras larangannya

5.Waktu-waktu untuk melakukan hijamah adalah:
1.Pada saat sebelum makan dan minum adalah yang terbaik
2.Boleh pada setiap waktu
3.Ditengah melakukan puasa
4.Pada saat melakukan ihram.

6.Tempat-tempat yang diriwayatkan Rasulullah SAW melakukan hijamah padanya:
1.Kepala (ummul mughits)
2.Leher
3.Tempat di atas pelampung antara dua bahu
4.Tapak kaki bahagian atas
5.Pangkal paha

7.Aneka manfaat dan faedah hijamah:
1.Hadith-hadith Rasulullah SAW di atas menerangkan keutamaan agung dan kadar pentingnya hijamah serta mu’jizat nabawi.
2.Hendaknya seorang muslim ketika melakukan hijamah, berniat melaksanakan ibadah kepada Allah dengan mengikuti sunnah Rasulullah SAW dan kemudian demi tujuan kesembuhan.
3.Memohon pertolongan kepada Allah untuk ketenangan urat saraf dan badan menjadi tenang.
4.Hendaknya menyibukkan diri dengan berzikir kepada Allah saat melakukan hijamah
5.Tak ada riwayat sahih dari Rasulullah SAW mengenai pembatasan waktu untuk mengulang hijamah. Demikian pula mengenai tempat yang diperbolehkan hijamah selain 5 tempat di atas. Hal ini sebaiknya dirujuk semula kepada pakarnya.
6.Perintah melakukan hijamah adalah umum untuk lelaki dan wanita juga anak-anak.

Berikhtiar untuk sembuh dari sakit juga adalah salah satu jalan ibadah. Namun, kesembuhan yang MUTLAK hanyalah datang dari ALLAH S.W.T semata-mata.

Lahaula wala Quwata Illa bILLAHil aliyil Azim.

WALLAHUA'LAM.

Selasa, 8 Mac 2011

Kursus BEKAM & D.P.M.5 Unsur - Taiping ( 26 Mac 2011 )

Pen Bekam High Speed ( Gold )

Set Bekam 12 Cups ( High Quality )

Assalamualaikum WMT dan salam hormat buat semua sahabat dan pengunjung blog

Seperti yang dijanjikan kepada sahabat-sahabat dan pengunjung blog insyaALLAH perancangan untuk kursus bulan Mac akan diadakan. Berikut adalah maklumat kursus tersebut seperti di bawah:

Tajuk :
KURSUS BEKAM & DIAGNOS PENYAKIT MELALUI 5 UNSUR


Tarikh :
26 MAC 2011 ( Sabtu )


Masa :
8.30PG - 5.30PTG


Tempat :
32, JALAN MEDAN KAMUNTING 2, KAMUNTING, TAIPING PERAK


Penyampai :
TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF ( Ust Wan Asrul )


Yuran :
RM150.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan )


Tambahan : RM300.00 UNTUK Set Bekam 12 Cups ( High Quality ) & Pen Bekam High Speed ( Gold ) TEMPAHAN SEBELUM 23 MAC 2011 DENGAN BAYARAN PENUH SELEPAS PENYERTAAN DITERIMA –WAJIB MEMPUNYAI SET BEKAM UNTUK TUJUAN PRAKTIKAL.

Terbuka kepada semua muslimin & muslimat yang berminat

Untuk urusan penginapan sila hubungi terus urusetia


Peserta :
TERBUKA KEPADA YANG MUSLIMIN & MUSLIMAT YANG BERNAR-BENAR BERMINAT.

PENDAFTARAN PESERTA:
SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com NAMA, NO K/P, NO H/P dan EMEL
secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan menyertai dan cara pembayaran


Tarikh tutup untuk pendaftaran kursus adalah pada 25 Mac 2011 ( Jumaat ) bagi kemudahan penyelarasan. Kerjasama dari peserta yang berminat amat-amat diharapkan bagi kebaikan bersama.

Wallahua’lam

Ihsan dari blog TIAF

BEKAM –PILIHAN UTAMA

Rasulullah saw bersabda : “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekumpulan malaikat melainkan mereka berkata,’Wahai Muhammad, suruhlah umatmu melakukan bekam.” (HR. Ibnu Majah dan At Tirmidzi) Sabda baginda yang lain : “Kalau lah dalam sesuatu dari apa yang kalian pergunakan untuk berubat adalah baik, maka hal itu adalah berbekam.” (Sahih Sunan Abu Daud) “Sebaik-baik pengubatan yang kalian lakukan adalah berbekam.” (Sahih menurut syarat Asy Syaikhainy) Dari hadith-hadith di atas, nyatalah bagi kita bahawa berbekam itu merupakan pengubatan pilihan pertama, bukan alternatif kedua.

Definisi
Hijamah atau berbekam menurut bahasa adalah ungkapan tentang menghisap darah dan mengeluarkannya dari permukaan kulit, yang ditarik melalui dalam gelas bekam, seterusnya menyebabkan pemusatan dan penarikan darah di situ. Lalu dilakukan tusukan atau hirisan dipermukaan kulit dengan jarum atau pisau bedah, untuk mengeluarkan darah.

Khasiat Berbekam (Hijamah)
Sebahagian kecil yang dapat disebutkan disini adalah :
1. Sakit kepala secara umum.
2. Pening-pening yang bersifat sementara.
3. Migraine.
4. Hemiplegia (lumpuh separuh).
5. Perdarahan otak.
6. Pelbagai sakit di wajah, seperti sakit gigi, telinga, mata, dan hidung
7. Mengatasi kegemukan.
8. Rheumatic.
9. Low Back Pain.
10. Gout
11. Hemorrhoid (buasir)
12. Haid tidak teratur.
13. Elephantiasis (kaki gajah)
14. Sesak nafas.
15. Mata bengkak (exophtalmus, proptosis)
16. Masalah hati ataupun limpa.
17. Enuresis
18. Constipation (sembelit).
19. Furuncle (bisul).
20. Mengubati Sihir & gangguan.
21. Racun.

Dan masih banyak penyakit-penyakit lain yang tidak diketahui makhluk kecuali ALLAH semata-mata mengetahuinya, dan Dia lah yang Maha Penyembuh.

Larangan Berbekam.
Orang tua yang sakit tanpa daya dan upaya. Penderita tekanan darah sangat rendah (dianjurkan minum habbatussauda). Penderita sakit kudis. Penderita diabetes melitus. Perut wanita yang sedang hamil. Wanita yang sedang haid. Penderita leukemia, thrombosis, alergi kulit serius. Orang yang sangat letih / kelaparan / kenyang / kehausan / gugup. : Anggota bahagian tubuh yang tidak boleh di-bekam : Mata, telinga, hidung, mulut, puting susu, alat kelamin, dubur. Area tubuh yang banyak simpul limpa. Area tubuh yang dekat pembuluh besar. Bahagian tubuh yang ada tumor, retak tulang, jaringan luka . Imam asy-Syuyuthi menukil pendapat Ibnu Umar, bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik karena dalam hal itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan yang berat 2-3 jam sebelumnya.

Waktu Bekam.
Sebaiknya berbekam dilakukan pada pertengahan bulan, kerana darah kotor terhimpun dan lebih terangsang (darah sedang pada keadaan puncak). Anas bin Malik r.a. menceritakan bahawa : “Rasulullah SAW biasa melakukan hijamah pada belakang leher dan bahunya. Baginda melakukannya pada hari ketujuhbelas, kesembilanbelas atau kedua puluh satu.” (Diriwayatkan oleh Ahmad).

Pemilihan waktu bekam adalah sebagai tindakan preventif untuk menjaga kesihatan dan penjagaan diri terhadap penyakit. Begitu juga untuk pengubatan penyakit, maka harus dilakukan pada bila-bila masa pun pada saat diperlukankan. Dalam hal ini Imam Ahmad melakukan bekam pada hari apa saja ketika diperlukan. Hal ini berdasarkan ucapan Rasulullah SAW : “Jangan sampai mengalami ketidakstabilan darah, kerana itu dapat mematikan. Ibnul Qayyim berkata :, “Pengarang Al Qanun berkata, Diperintahkan penggunaan bekam bukan pada awal bulan (Qamariyah), kerana cairan-cairan dalam tubuh kurang aktif bergerak dan tidak normal. Bukan pula akhir bulan, kerana cairan-cairan itu berkurangan. Yang baik ialah pada pertengahan bulan, ketika cairan-cairan di dalam tubuh bergolak dan mencapai puncak penambahannya, kerana bertambahnya cahaya dari rembulan.’

Anjuran
Janganlah kita terus termakan pujukan rayu terapi alternatif yang belum kita ketahui ilmunya, hanya sekadar mengikuti trend yang semasa. Terapi bekam ini sudah mendapat lesen dari doktor nombor satu iaitu Rasulullah S.A.W. Bahkan para malaikat pun turut serta menganjurkannya. Terapi Bekam bukanlah terapi alternatif, akan tetapi terapi pilihan utama. Selain kesembuhan boleh diperolehi, InsyaALLAH, kita juga mendapat fadhilat ittiba’ Nabi Muhammad saw.Bagi anda yang masih suka menyarankan terapi bagi sahabat dan karib kerabatnya, pilihlah terapi bekam sebagai pilihan utama. Bukan Alternatif kedua.