Isnin, 28 November 2011

Munajat Perdana

Kuliyah, Seminar & Bengkel Emas - Kamunting, Taiping Perak.

MAKLUMAN PROGRAM TERKINI

JUMAAT 02/12/2011 Kuliyah Maghrib - Masjid Expo, Kamunting, Taiping Perak.

7.30-9mlm Kuliyah Emas & Al-Quran

SABTU 03/12/2011 Seminar Emas -Dewan Solehin,Kamunting, Taiping Perak.
8.30pg-12.30tgh ( TERBUKA - PERCUMA )

SABTU 03/12/2011 Bengkel Emas - Dewan Solehin Kamunting, Taiping Perak.
2.30-4.30ptg ( PEMBELI BARU/ SEDIA ADA )- RM50.00
Urusniaga emas, penerangan GKA/S dan berkaitan sebagai pembeli/pengadai atau berkaitan


Maklumat lanjut untuk Bengkel Emas Hubunggi / SMS B-EMAS >Nama>No. K/P kepada:
019-5515567 Hj Tarmizi
012-7625455 Ust. Anuwa

Jumaat, 18 November 2011

Riadah Alam - REHLAH Ukhuwah TIAF


Assalamualaikum WMT.


Sebagaimana yang telah diwar-warkan InsyaALLAH Riadah Alam – Rehlah Ukhuwah TIAF 1 akan diadakan sebagaimana iklan baner di atas sebagai pengisian sahabat-sahabat TIAF seluruh Malaysia dalam aktiviti luaran . Ianya juga sebagai satu lagi jalinan ukhuwah sesama kita melalui aktiviti luaran. Bersempena kedatangan Awal Muharram 1432H pada tarikh tersebut semoga kita berada dalam ruang masa yang diberkati ALLAH SWT sebagai pengisian riadah rohani.


ANTARA TENTATIFNYA:


26/11/2011


12.30 Tgh : Berkumpul di Surau, kaki Gunung Jerai

1.30 Ptg : Solat Zohor

2.00 Ptg : Taklimat

2.30 Ptg : Pendakian

5.30 Ptg : Tiba & Urus penginapan

6.00 Ptg : Makan malam

7.00 Ptg : Urus diri dan aktiviti kerohanian

10.00 Mlm : Minum malam

10.30 Mlm : Who Am I


27/11/2011


3.00 PG : Qiamulail & aktiviti kerohanian

7.00 PG : Senaman

7.30 PG : Sarapan pagi

8.30 PG : Pendakian ke Padang Pak Syeikh

10.00 PG : Aktiviti kerohanian

11.30 PG : Balik ke base camp

12.30 Tgh : Makan tengah hari

1.30 Ptg : Pembersihan & solat Zohor

2.00 Ptg : Balik ke kaki Gunung Jerai

4.30 Ptg : Tiba & Bersurai


Laluan ke lokasi Gunung Jerai sama ada melalui jalan biasa atau lebuhraya akan dimaklumkan melalui kemaskini blog termasuk keperluan yang perlu dibawa sebagai kemudahan bersama nanti.


Sekian seadaNYA.


Wassalam

Khamis, 17 November 2011

Diskusi Tareqat Tasawuf Negeri Sembilan


PENGENALAN
Diskusi ini adalah kesinambungan daripada seminar tarekat yang pernah diadakan pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2007. Ianya akan diadakan selama 3 hari dan akan mengupas perbahasan yang berkaitan dengan disiplin tarekat tasawuf bagi memantapkan pengamal-pengamal tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dan mem...asyarakat ilmu tasawuf kepada orang ramai.

Tarikh
22-24 November 2011

Tema
Memantapkan Pengetahuan, Memurnikan Amalan.

Anjuran
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri & Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Tempat
Klana Resort, Seremban

OBJEKTIF
· Memantapkan pengamal tarekat berdaftar di Negeri Sembilan dengan ilmu pengetahuan yang selari dengan tuntutan Syarak dan disiplin ilmu Tasawwuf.
· Merungkai permasalahan yang menjadi perselisihan di kalangan ulama yang berkaitan dengan tarekat dan tasawwuf.
· Mengetengahkan buku yang menjadi rujukan tentang tasawuf agar dapat disuburkan dalam pengajian agama Islam di Negeri Sembilan.
· Mendedahkan perkembangan terkini dakwah dalam tarekat tasawwuf.

SENARAI TAJUK DAN PANEL.

1. Ucaptama: Golongan Sufi: Kedudukannya dalam Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah.
Oleh: Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady

2. Tren Semasa Memeluk Islam Dalam Kalangan Masyarakat Eropah dan Amerika Menerusi Tarekat Tasawuf
Panel: Dr. Muhammad Yusuf bin Khalid (USIM)

3. Kedudukan Karamah Dalam Islam Khususnya Dari Perspektif Ilmu Tasawwuf
Panel: Dr. Jahid bin Sidek

4. Silsilah.
Panel: Dr. Abdul Manan bin Mohamad (UnisZA)

5. Zikir Jahar dan Zikir Khafi: Isu dan Pelaksanaannya Dalam Amalan Tarekat.
Panel: Prof. Madya Dr. Faudzinaim Hj. Badarudin (UKM)

6. Syarah Hikam Pengaruhnya Kepada Masyarakat Islam di Malaysia
Panel: Dr. Sulaiman bin Ibrahim al-Baruhi (UNISSA, Brunei)

7. Kedudukan dan Peranan Tasawuf Dalam Pembinaan Umat
Panel: Y.Bhg. Dr. Zulkifli bin Mohamed Al Bakri

PENYERTAAN

Diskusi ini mensasarkan 300 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan tarekat yang berdaftar di Negeri Sembilan dan wakil-wakil tarekat tasawuf di luar Negeri Sembilan, pegawai agensi kerajaan, ahli-ahli akedemik Institusi Pengajian Tinggi, pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi, orang perseorangan yang berminat.

YURAN PENYERTAAN

· Wakil Agensi - RM100.00
· Individu - RM50.00
· Pelajar/Mahasiswa - RM30.00
(Jemputan khas Jabatan Mufti tidak dikenakan bayaran)

PENGINAPAN PESERTA

Klana Resort Seremban
Tel: 06-7667888
Kadar bilik (Single: RM230.++/Twin: RM280.++)

Royale Bintang
Tel: 06-7666666
Kadar bilik (Single: RM248.++/Twin: RM248.++)

Hotel Seri Malaysia Seremban
Tel: 06-7644180
Kadar bilik (Single: RM140.00 nett/Twin: RM140.++)

KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI

Urusetia Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Tel: 06-7652423 (P) 013-6254043 (HP) (Ust. Syaiful Nizam bin Md Jan) atau 06-7652432 (P) 012-3418373 (HP) (Ust. Nor Hafiz bin Abu Kassim)
Fax: 06-7652427

Isnin, 14 November 2011

Kursus Rawatan SAKA D' Kedah


Assalammualaikum WMT dan salam ukhuwah.

ALLAHumma Solli Ala Sayyidina Muhammad. Selawat dan salam yang tiada tamatnya sepertimana tiada putus kasih sayang Baginda S.A.W kepada umat-umat Baginda S.A.W.

Para pembaca yang dirahmati ALLAH,

InsyaALLAH bagi memenuhi permintaan kursus-kursus TIAF Utara akan dapat dilaksanakan mengikut perancangan dengan izin ALLAH bagi tahun 2012. Bagi kursus terbuka dan terakhir di Utara, iaitu pada 25 November 2011 iaitu Kursus Rawatan Saka sebagaimana maklumat dalam baner di atas. Bagi mereka yang berminat sila sms atau emel kepada no. telefon dan alamat emel yang tertera sebagai kesungguhan untuk menyertai. InsyaALLAH urusetia akan menghantar emel untuk maklumat terperinci kursus yang akan diadakan.


Tajuk :
KURSUS RAWATAN SAKA


Tarikh :
25 NOVEMBER 2011


Masa :
9.00PG - 5.30PTG


Tempat :
PUSAT DAKWAH ISLAM NEGERI KEDAH,

JALAN KOLAM AIR, ALOR STAR KEDAH


Penyampai :
TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF ( Ust Wan Asrul Afendi)


Yuran :
RM150.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan )


Jumlah Peserta :
TERBUKA KEPADA MUSLIMIN & MUSLIMAT YANG BERMINAT.

PENDAFTARAN PESERTA:
SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com
NAMA, NO K/P, NO H/P dan ALAMAT EMEL
secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan menyertai ,tentatif dan bayaran yuran.


TARIKH AKHIR PENDAFTARAN:

23 NOV 2011


Semoga ada manfaat bersama untuk kebaikan di dunia dan akhirat, insyaALLAH.

Wallahua'lam

Jumaat, 4 November 2011

BANTAHAN Progam 'SEKSUALITI MERDEKA' Dan Yang Berkaitan Dengannya

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) membantah dan mengutuk dengan sekeras-kerasnya festival Seksualiti Merdeka dan siri program berkaitan LGBT yang telah dan akan dianjurkan oleh beberapa NGO, artis dan aktivis atas nama hak asasi manusia.

PEMBELA menolak percubaan kelompok Liberal, Plural dan Sekular yang ghairah menjadi hamba kepada agenda globalisasi dan ingin mengheret masyarakat negara Malaysia meniru gaya budaya hidup songsang lagi menjijikkan.

Festival dan agenda-agenda sedemikian mempunyai niat tersirat untuk menggerakkan kempen dan advokasi yang berterusan untuk merubah nilai dan landasan akhlaq masyarakat Malaysia yang berteraskan ajaran Islam sebagai agama negara.

Kempen ini ternyata bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Kanun Kesiksaan dan Jenayah Syariah (bagi muslim) kerana ia menyeru orang ramai untuk menjalani kehidupan seks luar tabi’i yang merupakan suatu jenayah.

PEMBELA menggesa pihak Polis mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang semua pihak yang terlibat sebagai penganjur atau peserta.

PEMBELA juga menuntut semua kepimpinan Majlis Peguam dan SUHAKAM untuk meletakkan jawatan kerana gagal mendaulatkan undang-undang dan sebaliknya mempromosi gaya hidup tidak bermoral dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Pendekatan apologetik terhadap perlakuan sumbang dan tidak bermoral golongan LGBT ini harus dihentikan serta-merta kerana ternyata ia telah meruntuhkan institusi kekeluargaan dan memporak-perandakan norma-norma masyarakat bertamadun.

Kami mengambil prihatian serius terhadap usaha kelompok ini yang mahu mengetengahkan hak LGBT sebagai hak asasi manusia di negara ini. Ini akan pasti mewujudkan kontroversi yang sepatutnya tidak timbul atau digalakkan timbul di negara ini kerana budaya dan gaya hidup Barat dalam isu hak LGBT ditolak di negara ini.

Aliran pemikiran Sekular, Plural dan Liberal yang menjadi kerangka pemikiran mereka akan membentuk masyarakat yang merungkai hukum agama dan menjadikan agama hanya sebagai budaya ritual di peringkat peribadi semata-mata.

Justeru, perbincangan yang mengarahkan kepada menjadikan amalan hidup LGBT sebagai gaya hidup di Malaysia tidak harus diketengahkan di negara ini.

AlhamduLILLAH PDRM telah mengharamkan penganjuran dan semua aktiviti tersebut pada hari ini 04 November 2011. Yang paling penting penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan.

Khamis, 3 November 2011

Peranan TASAWUF dalam Memelihara Identiti Agama di Mesir

Tasawuf muncul untuk meletakkan para pengikutnya di tengah-tengah isu-isu sosial dan juga politik dalam masyarakat Islam, bukannya supaya mereka hanya duduk secara berasingan daripada isu-isu berkenaan. Bahkan ia menggembleng usaha menyediakan mereka untuk berkhidmat terhadap agama, ummah dan juga tanah air.

Justeru, tasawuf mahupun ahli sufi tidak hanya setakat terhenti pada keadaan berzikir, zuhud dan beribadat secara individu ataupun secara jemaah, bahkan tasawuf telah membentuk institusi-institusi besar yang mempunyai jaringan di seluruh dunia dan berperanan dalam bidang pembangunan, politik serta sosial. Para ahli sufi di sepanjang zaman telah melahirkan para ulama, para pahlawan dan para idola yang mana sejarah Islam terisi dan dipenuhi dengan mereka, berdasarkan kepada populariti mereka yang masyhur dan kecintaan majoriti umat Islam kepada mereka. Mereka tidak mencapai kedudukan dan martabat sedemikian melainkan kerana tauladan dan tingkah laku yang baik menurut manhaj yang lurus lagi kukuh berdasarkan al-Quran dan Sunnah, menghormati para ulama ummah, serta berusaha ke arah perpaduan umat Islam dan kesatuan mereka.

Oleh itu, mereka tidak menghadkan diri hanya kepada jihad nafsu semata-mata, sepertimana yang didakwa oleh orang yang tidak mengenal mereka, akan tetapi mereka menggabungkan kepada kekuatan tersebut dalam memerangi golongan musuh dan golongan yang zalim. Antara model-model mereka itu ialah Imam al-Ghazali (505H), Muhyiddin Ibn ‘Arabi (638 H), al-‘Izz bin ‘Abd al-Salam (660 H) dan Imam al-Nawawi (676 H). Manakala dalam satu peristiwa sejarah yang belum jauh, para ahli sufi telah membawa panji-panji revolusi kebangsaan di Mesir dalam menghadapi pemerintah-pemerintah kerajaan Mamalik, di mana Imam al-Dardir (Abul Barakat Ahmad ibn Muhammad al-Dardir al-Maliki, w. 1201H), seorang tokoh sufi besar telah mengetuai suatu revolusi besar menentang golongan Mamalik sebelum tercetusnya Revolusi Perancis dalam jarak tempoh tiga tahun. Ia telah memaksa golongan Mamalik mengakui bahawa rakyat adalah sumber kekuasaan, serta berjaya menghalang mereka daripada mengenakan cukai-cukai baru melainkan dengan keputusan rakyat, dengan pengiktirafan penuh terhadap kebebasan dan maruah mereka.

Tasawuf mempunyai dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang utama, iaitu: berpegang kepada kitab Allah, dan mengikuti sunnah Rasul-Nya s.a.w., memakan yang halal, tidak menyakiti/menganiaya, menjauhi maksiat, bertaubat, dan menunaikan hak-hak. Tasawuf terbentuk dengan bersabar atas perintah-perintah dan yakin pada hidayah. Firman Allah Taala:

(وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ) [السجدة:24]

Terjemahan: “Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami” [al-Sajdah: 24].

Para ahli sufi telah menyatakan bahawa: Tidak layak untuk memimpin di jalan ahli sufi ini melainkan orang yang luas pengetahuannya dalam ilmu syariat serta mengetahui yang mantuq dan mafhum, yang khas dan ‘am, serta yang nasikh dan mansukh, dan berpengetahuan luas dalam bahasa Arab sehingga mengetahui soal majaz, isti’arah dan lain-lainnya, iaitu sebagaimana yang disebutkan oleh al-‘Arif biLlah Syeikh ‘Abdul Wahhab al-Sya'rani (973 H) dalam mukadimah kitab beliau al-Tabaqat al-Kubra (ms. 5). Beliau juga berkata: Sesungguhnya jalan kaum sufi ini diacuankan di atas al-Quran dan Sunnah sepertimana pengacuanan emas dan permata, maka si-saliknya memerlukan kepada neraca syarak dalam setiap pergerakan dan juga perhentian (Lata’if al-Minan wa al-Akhlaq, 1/2).

Ahli sufi telah berkembang pesat di Mesir atas dasar kesederhanaan dan keseimbangan. Ia telah diringi dengan penubuhan khanqah (ribat atau tempat berhimpun ahli sufi) pertama di Mesir dalam era al-Nasir Salah al-Din al-Ayyubi (532 - 589 H). Maka berkembanglah sesudahnya banyak khanqah dan madrasah sufi di seluruh Mesir. Ia telah berperanan dalam melahirkan murid-murid dan para pelajar yang bersiap sedia dari segi rohani, tarbiah dan juga akhlaknya untuk menghadapi cabaran-cabaran ekonomi, politik dan sosial yang melanda masyarakat Islam dari semasa ke semasa.

Berpegang dengan prinsip kesederhanaan yang dianjurkan oleh Islam, para ahli sufi di Mesir berada jauh daripada sifat melampau batas, mempunyai ciri keseimbangan dan juga jauh dari sikap keterlaluan. Tariqat-tariqat sufi di Mesir ini disatukan oleh suatu ciri khas, iaitu memberi tumpuan terhadap aspek ilmu dan juga akhlak.

Meskipun tasawuf di Mesir memiliki kehidupan rohani yang khusus, namun ia juga memberi pengaruh khusus ke atas banyak aspek kehidupan yang berada di sekelilingnya. Ia menjadi pendorong untuk terus berpegang kepada tasawuf dalam berdakwah kepada Allah dan Rasul-Nya. Ia turut membantu ahli sufi dengan kuat dalam membentuk identiti agama yang sederhana di Mesir. Kaedah yang digunakannya ialah menyenangkan mesej yang dibawa dan memudahkan penyertaan di bawah panji-panjinya dalam mengharungi pelbagai tribulasi yang dihadapi oleh Mesir dalam tempoh-tempoh masa yang berbeza, di mana rumah-rumah kebajikan, zawiyah-zawiyah dan khanqah-khanqah menjadi tempat perlindungan yang selamat untuk golongan yang tertindas, golongan fakir-miskin dan juga golongan lemah. Pusat-pusat tersebut juga telah menjadi penyuluh agama yang moderat, yang mampu mengeluarkan muslim yang beramal dengan kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya untuk berjihad demi negara dan agamanya. Dari situ, para ahli sufi telah membentuk sebahagian besar suasana agama di Mesir yang bersifat jauh dari ciri-ciri melampau dan keras.

Tasawuf juga berkait dengan mencintai Ahl al-Bayt, mengadakan majlis-majlis mawlid dan halaqah-halaqah zikir yang telah membantu untuk menarik murid-murid mengasihi masjid dan juga Ahl al-Bayt. Ia merupakan satu aspek yang telah menyumbang dalam membangunkan Islam yang sederhana dan juga membentuk identiti agama. Kecintaan ini tidak sekadar dikongsi oleh ahli sufi dan golongan Syiah semata-mata, bahkan semua umat Islam baik ahli Sunnah dan juga golongan Syiah berkongsi sama dalam kecintaan mereka terhadap Ahl al-Bayt r.a.

Ahli sufi telah dan masih terus menjadi fungsi yang aktif dan penting dalam masyarakat Islam di Mesir yang turut mendorong tariqat-tariqat sufi dalam setiap zaman supaya terus berpaksi pada usul-usul tasawuf dan berpegang kuat dengannya, serta kembali kepada peranan utamanya dalam berdakwah kepada Allah dan memimpin masyarakat dari segi agama, sosial dan juga politik, sebagaimana peranannya dahulu di sepanjang sejarahnya di Mesir. Tidak pun memudaratkannya kemunculan beberapa kumpulan dari kalangan orang-orang yang malas dan jahil yang hanya mengaut rezeki di sebalik dakwaan mereka sebagai ahli sufi dan sandaran diri mereka kepadanya. Hakikatnya, jalan tasawuf adalah jelas lagi kukuh yang tidak akan menyimpang dari jalan Allah yang lurus, meskipun menerima serangan golongan yang memusuhinya dan juga tuduhan golongan yang bermotif terhadapnya.

Lampiran

Antara Tokoh-tokoh Tasawuf di Mesir

1. Zu al-Nun al-Misri (245H)

2. Sayyidi ‘Abd al-Rahim al-Qina’i (592H)

3. Sayyidi Abu al-Hajjaj al-Aqsari (642H)

4. Sayyidi Abu al-Hasan al-Syazili (656H)

5. Sayyidi Ibrahim al-Dusuqi (669H)

6. Sayyidi Ahmad al-Badawi (675 H).

7. Sayyidi Abu al-‘Abbas al-Mursi (686H)

8. Sayyidi Muhammad al-Busiri (695 H).

9. Imam Taqiy al-Din Ibn Daqiq al-’Id (702 H).

10. Imam Ahmad ibn ‘Ata'illah al-Iskandari (709 H).

11. Imam Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Abi Bakr al-Suyuti (911 H).

12. Syeikhul Islam Zakariya al-Ansari (926 H).

13. al-‘Allamah Syeikh ‘Abd al-Ra'uf al-Munawi (1029 H).

14. Al-Hafiz al-Sayyid Muhammad Murtada al-Zabidi (1205 H).

Oleh: al-Imam Syeikh ‘Ali Jum‘ah, Mufti Besar Mesir, Terjemahan: al-Faqir Mohd. Khafidz Soroni