Isnin, 7 Februari 2011

Kursus SANTAU & RACUN - 26-27 Feb 2011

Assalamualaikum WMT dan Salam sejahtera buat semua sahabat dan pengunjung blog.


Semoga semua berada dalam limpah rahmat kurniaan Ilahi sentiasa. Bersyukur kita masih diberi kesempatan dalam meningkatkan hubungan dengan ALLAH SWT walaupun kesibukan banyak membantutkan perjalanan kehidupan di dunia ini. Namun itu semua bukanlah penyebab untuk kita terus leka dan lalai dalam megikat hati menghambakan amal ibadah kita kepadaNYA. Bagi mencapai hasrat perancangan kursus seterusnya yang telah diwar-warkan sebelum ini


Tajuk :KURSUS RAWATAN SANTAU & RACUN

Tarikh :26 & 27 FEBRUARI 2011 ( Sabtu & Ahad )

Masa :8.30PG - 5.30PTG

Tempat :KOMPLEKS AN NAHDHOH, KUBANG SEMANG, BUTTERWORTH PULAU PINANG

Penyampai :TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF ( Ust Wan Asrul )

Yuran :RM250.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan )

Peserta :TERHAD KEPADA PESERTA YANG PERNAH MENGIKUTI 3 KURSUS TIAF SEBELUM INI.

PENDAFTARAN PESERTA:SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com NAMA, NO K/P, NO H/P dan EMEL secepat mungkin untuk dimaklumkan DITERIMA/ TIDAKpermohonan menyertai dan cara pembayaran.


PENGISISAN:

Racun:
- Pengenalan Racun
- Sejarah Racun
- Pembahagian Racun (dari Unsur 4+1)
- Pembahanan Racun
- Proses Pembuatan Racun (sudut ilmiah)
- Pengubatan dan penawar serta pengesanan racun
- Perkaitan Racun dengan Santau
- Perbezaan Racun dan Santau


Santau:
- Pengenalan Santau
- Sejarah Santau
- Fenomena santau - Dari kalangan perawat dan pesakit ( Kesalahfahaman hakikatnya)
- Pembahanan Santau
- Proses Santau
- Peringkat pecahan dan kesan santau
- Kaedah Pengesanan santau (Urat besar & Urat kecil)
- Kaedah Pengubatan dan penawar racun santau


Pengijazahan:
- Amalan BismILLAH 5 & 6
- Doa Sisih bisa dan racun
- Kaedah Tangas Kalimah ( salah satu kaedah pengubatan santau oleh guru-guru tua)


Pada 26hb akan diadakan halaqah zikir di samping tazkirah qolbu selepas solat Maghrib & Isya InsyaALLAH


Berkaitan dengan penyediaan penginapan, di lokasi kursus terdapat bilik hotel yg boleh ditempah, sebilik berdua yang dikenakan rm70.00 sebilik semalam. Bagi yang berminat hubungi terus urusetia untuk tempahan bilik sebelum 25 Februari 2011.

Tarikh tutup untuk pendaftaran kursus adalah pada 24 Februari 2011 bagi kemudahan penyelarasan. Kerjasama dari peserta yang berminat amat-amat diharapkan bagi kebaikan bersama.


Mohon disertakan nama penuh dan no.K/P untuk tujuan cetakan sijil.

Sekian seadanya untuk makluman semua.


Wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan