Selasa, 26 April 2011

Kursus Sihir : Permasalahan & Rawatan D' KEDAH

Assalamualaikum WMT.


InsyaALLAH satu lagi kursus yang juga kursus SIHIR – Permasalahn & Rawatan kali ketiga di Utara akan diadakan di negeri Kedah memenuhi permintaan masyarakat di negeri Kedah.


Tarikh: 10 Jun 2011 ( Jumaat )


Tempat: Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, Jalan Kolam Air, 05000 Alor Star, Kedah Darulaman


Tajuk: Sihir - Permasalahannya & Rawatan


Masa: 8.30pg - 5.30ptg


Penyampai: Ust Wan Asrul ( Terapi Islam Al Fatah )


Yuran: RM 150.00 ( Termasuk Makan Minum, Nota & Sijil )


Penyertaan: Terbuka Untuk SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT


Anjuran : Terapi Islam Al –Fatah ( UTARA )


PENDAFTARAN PESERTA: SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com NAMA, NO K/P, NO H/P,EMEL & ALAMAT secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan DITERIMA / TIDAK.


Urusetia akan memaklumkan pengesahan terima dan cara pembayaran yuran.


Tarikh tutup untuk pendaftaran kursus adalah pada 27 Mei 2011 ( Jumaat ) bagi pihak urusetia membuat penyelarasan secara fleksibel. Kerjasama dari peserta yang berminat amat-amat diharapkan bagi kebaikan kedua-dua pihak.


Objektif Kursus:

1) Mengembangkan Ilmu Rawatan berlandaskan Syariat Islam di kalangan masyarakat

2) Membincangkan permasalahan sihir

3) Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam menangani masalah sihir

4) Mendedahkan rahsia-rahsia pengamal sihir sebagai rujukan kepada masyarakat umum


Perkara-perkara yang akan disentuh di dalam seminar:

1) Amalan berkaitan dalam perawatan (Persediaan Perawat)


Amalan asas perawat

Risiko Perawat

Keperluan serangan balas (counter attack) & kaedahnya

Pagar Rumah


2) Pendedahan jenis-jenis sihir dan "permainan" pengamal sihir


Sihir campurlibat jin

Sihir tanpa campurlibat jin


3) Berkongsi kaedah khusus dalam merawat sihir


Kaedah menangkap toyol dan anak kerak

Kaedah lupus susuk atau buang susuk

Kaedah Pecah Busung

Lain-lain kaedah berkaitan


4) Pengijazahan amalan

Juga akan dikongsi Amalan beserta kaedah Pembukaan Mata Batin (Mata Scan),

perihal Gila Isim dan kaedah merawatnya


InsyaALLAH jika diizinkanNYA, akan diijazahkan;

1) Amalan Benteng Diri & Kaedah Rawatan

2) 7 Salamun Hayy

3) Amalan Kerezekian

4) Doa Nur


Semoga ada manfaat untuk semua dan diberi keberkatan ALLAH.


Wallahua’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan