Rabu, 6 Julai 2011

Kemaskini Lokasi Dewan Solehin

Assalamualaikum WMT dan salam hormat buat semua sahabat dan pengunjung blog.

Sebagai memudahkan laluan lokasi kursus dan seminar pada 16-17 Julai dan 24 Julai disertakan maklumat laluan bag kemudahan bersama.

PETUNJUK LALUAN
Peta laluan yang dinyatakan di atas mengikut arah dari Lebuhraya Utara Selatan keluar di EXIT 148 Persimpangan Taiping ( U ) iaitu Kamunting Taiping terus menghala ke Bandar Kamunting di mana terletaknya Stesyen Bas Kamunting di sebelah kiri dengan membelok di persimpangan lampu isyarat kedua selepas bulatan selepas kilang Silverstone Bhd

DEWAN SOLEHIN berada di tingkat atas bersebelahan Hasani Kursus Perkahwinan menghadap ke Stesyen Bas Kamunting Raya.

Bagi peserta yang menaiki bas dari Selatan / Kuala Lumpur syarikat bas Konsortium, Transnasional dan Starmart menyediakan perkhidmatan bas untuk sampai ke lokasi. Bagi peserta dari Utara syarikat bas Konsortium dan Starmart menyediakan perkhidmatan bas untuk turun di Kamunting dari Butterworth. Bagi peserta dari pantai timur syarikat bas Konsortium Kamunting Kota Baharu juga menyediakan perkhidmatan.

Wallahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan