Assalamualaikum WMT. Semoga tuan/puan berada dalam rahmatNYA dengan keberkatan bulan Ramadhan dapat meneruskan dan mempertingkatkan amal ibadah insyaALLAH.
Seperti yang sedia maklum pada semua di peringkat Utara II ( Alor Setar Kedah ) TIAF Utara telah Berjaya melaksanakan dua kursus sebagaimana yang dirancang sebelum ini.Sebagai susulan pengisian kursus seterusnya adalah di war-warkan bahawa Kursus Pengukuhan Rawatan akan diadakan di Alor Setar Kedah pada 30 September dan 01 Oktober 2011.Kursus Pengukuhan Rawatan ini menjurus 80% praktikal, 10% teori dan 10% pengisian.
Tujuan diadakan kursus ini adalah untuk memberi gambaran senario rawatan yang biasa dijalankan, yang mungkin ada antara kita tahu tentangnya, yang mana kebanyakan dari kaedah yang akan dikongsikan adalah dari guru-guru tua satu masa dahulu.Tujuan diadakan Kursus Pengukuhan ini adalah bermatlamat agar peserta lebih jelas lagi kaedah-kaedah yang makin pudar ini.
Berikut adalah perkongsian yang bakal dibentang pada Kursus Pengukuhan Rawatan;
1- Amalan awal perawat
2- Amalan harian perawat
3- Amalan sebelum dan selepas rawatan
Kaedah, ilmu dan amalan yang dikongsikan adalah mengikut adab-adab displin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mempunyai sanad dan salasilah:
1- Tatacara berhadapan dengan pesakit (pesakit am)
2- Tatacara berhadapan dengan pesakit berisiko (kronik)
3- Kaedah Ma'u Hayat
4- Kaedah Titik Nutfah
5- Rahsia dan kaedah mandian mengikut jenis penyakit
6- Rahsia nafas, akal, qalbu dan jasmani (semasa dan selepas rawatan - pesakit dan perawat)
7- Kaedah Hijaihiyah dan Nuruniyyah
8- Perletakan dan kedudukan ayat-ayat muqataat dalam rawatan
9- Kaedah-kaedah khusus semasa rawatan:- Pancaran asma- Pintu Nafas- Pintu Jamal- Pasak- Qurbah
10- Kaedah pembersihan perawat (selepas rawatan)
11- Praktikal khusus bagi kaedah-kaedah dalam modul pertama (sihir dan permasalahannya)
InsyaALLAH, amalan-amalan yang akan diijazahkan:
1- Doa Anas Bin Malik R.A
2- Doa Ka’ab al-Ahbar
3- BismILLAH 7
Bagi sesi pengisian, insyaALLAH, akan diadakan pada hari pertama :Selepas Maghrib - Tazkirah Muhasabah QalbuSelepas Isyak - Halaqah Zikir dan solat hajat khusus.Semoga perancangan ini mendapat berkat dan rahmat ALLAH hendaknya.
Tajuk :KURSUS PENGUKUHAN RAWATAN
Tarikh :30 Sept & 01 Okt 2011 ( Jumaat & Sabtu )
Masa :9.00PG - 5.30PTG & 7.30 - 10.30MLM ( Jumaat ) dan 9.00PG-5.30PTG ( Sabtu )
Tempat :Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah
Penyampai :TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF ( Ust Wan Asrul Afendi )
Yuran : RM270.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan Termasuk Jamuan Malam )
Penyertaan Peserta : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT DENGAN KOMITMEN TINGGI.KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA PESERTA KURSUS TIAF TERDAHULU.
PENDAFTARAN PESERTA: SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com NAMA, Kursus, NO K/P, NO H/P dan EMEL secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan menyertai DITERIMA/TIDAK dan cara pembayaran
Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah pada 27 September 2011 bagi kemudahan penyelarasan. Kerjasama dari peserta yang benar-benar berminat amat-amat diharapkan.
Manakala berita gembira untuk sahabat-sahabat TIAF terutama di Utara I , TIAF Utara akan mengadakan pengisian Kursus Tenaga Batin pada 02 September 2011 di An-Nahdhoh Inn, Kubang Semang Pulau Pinang . Kursus ini merupakan kursus ketiga diadakan oleh TIAF selain di Melaka dan Pahang.
Tajuk : Tenaga Batin
Tarikh : 02 Oktober 2011 ( Ahad )
Masa :9.00PG - 5.30PTG
Tempat : An Nahdhoh Inn, Kubang Semang Pulau Pinang
Penyampai :TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF ( Ust Wan Asrul Afendi )
Yuran : RM150.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan )RM220.00 ( Termasuk Nota, Sijil, Jamuan dan Bilik Penginapan Semalam )
Penyertaan Peserta : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT DENGAN KOMITMEN TINGGI. KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA PESERTA KURSUS TIAF TERDAHULU.
PENDAFTARAN PESERTA:SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com NAMA, Kursus, NO K/P, NO H/P dan EMEL secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan menyertai DITERIMA/TIDAK dan cara pembayaran
Berikut adalah perkongsian yang bakal dibentang pada Kursus Tenaga Batin;
Rahsia, Petua, Amalan, Urutan dan Bahan Dalam Menjaga, Menguat dan Memulih Tenaga Batin Secara Teori & PraktikalAntara pengisian lain adalah kaedah urutan pada masalah tenaga batin tanpa perlu urutan pada 'senjata' hanya dengan urutan pada medan dan titik-titik saghir. Juga perkongsian amalan dan kaedah bagi ikhtiar mendapatkan zuriat mengikut amalan Ulama dan petua orang-orang tua terdahulu.
Mohon disertakan nama penuh dan no.K/P untuk tujuan cetakan sijil.
Sekian seadanya untuk makluman semua.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan