Rabu, 31 Oktober 2012

Rehlah Mahabbah TIAF D' Utara


Assalamualaikum WMT dan salam hormat buat semua.

Sukacita dimaklumkan program Rehlah Mahabbah TIAF bersempena menyambut Awal Muharram 1434H akan diadakan di Anjung Menjaro Teratak Ayahanda, Jalan Titi Hayun, Yan Kedah yang terletak di kaki Gunung Jerai.

Program ini merupakan kali kedua diadakan selepas tahun 2011 yang ianya diadakan di puncak Gunung Jerai.

Adalah dinasihatkan bagi yang benar-benar berminat dapat mendaftar dengan segera seperti di atas sebelum 07 November 2012. Penyertaan berdasarkan siapa cepat.

Antara tentatif selama 3 hari 2 malam adalah:
- Tazkirah Qolbu
- Halaqah Zikir
- Qiamulail
- Bacaan Aurad
- Bacaan Yassin
- Zikir Khas
- Riadah & Jungle Tracking
- Muzakarah
- War Games

Tentatif terperinci akan diemelkan dsbnya kepada peserta yang disahkan peyertaan.

Sebarang pertanyaan telefon terus 012-6589550 atau 012-7625455.

Semoga ada keberkatanNYA dengan kedatangan tahun baru yang diisi dengan pengisian yang bermanfaat insyaALLAH.

Terima Kasih
ABS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan