Kursus
Bekam Lanjutan TIAF – Mengenali Titik Besar & Kecil (Titik
Penyakit)
Tarikh : 05 & 06 Oktober 2013
(
Sabtu & Ahad )
Masa : 9.30pg – 5.30ptg
Tempat : Pusat Islam,
UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang
Penyertaan : Muslimin & Muslimat yang telah
mempunyai asas pengetahuan bekam
Yuran : RM280 ( Sijil, Nota & Jamuan )
Pendaftaran :
SMS>nama>no kp>A-Bekam>012-5455711
Pertanyaan : 012-7625455
Pengisian :
Penambah Baik Pulih
Kekuatan
Kecantikan
Titik Istimewa
Titik Sampingan
Titik Penyakit
Titik Saghir
Titik Kabir
Mengenal Pasti Titik Penyakit Dengan Penyakit Bersangkutan
Kaedah Sunnah Kaedah Torehan
Kesalahan Titik Fatal Wajah & Kepala
Perkongsian Pedang Alif
Assalammualaikum WMT dan salam mesra,
Sejauh merasa diri dalam perjalanan menuju padaNYA, dalam
mencari kebenaran hakikat sebenar hidup, masih banyak bekal yang perlu
disediakan untuk menghadapiNYA kelak. AlhamduLILLAH, syukur padaMU ya ALLAH,
dengan peluang taubat yang masih diberi dalam mencari bekalan hidup hakiki
kelak. Betapa kita hari ini banyak yang di dalam kerugian dalam mencari hakikat
sebenar kejadian. Semoga kita sentiasa di dalam inayah dan hidayah ALLAH dalam
setiap perbuatan juga amal yang membawa kebaikan di dunia jua akhirat. سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضى نفسه
وزنه عرشه ومداد كلماته
Salam dan sayang memenuhi ucapan ke hadrat Rasulullah S.A.W Rasulurrahmah, penghubung segala hati yang duka kepada kegembiraan, pembuka segala mata yang tertutup kepada mata yang terbuka, pengubat hati yang kecewa kepada keyakinan. Rindu dan penuh kasih ke hadratNya, semoga dibangunkan kita di padang masyar kelak dengan menatap wajahNya sebagai wajah pertama yang ditatap. اللهم صلى وسلم وبارك على سيدنا محمد عدد خلقه و عدد ما شاء سبحانه و تعالى
Para pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,
Mengambil sedikit ruang ini untuk menyatajelas akan beberapa persoalan dari rata-rata yang bertanya. Saya mengambil ruang ini untuk menjelaskan apa itu BEKAM LANJUTAN.
Pertamanya, bekam mempunyai 5 konsep atau prinsip dalam
proses pengubatan. Ianya terdiri daripada PENCEGAHAN, PERAWATAN, PENAMBAH BAIK
PULIH, KEKUATAN dan KECANTIKAN.
Adapun yang dikongsi TIAF sebelum ini adalah bekam asas yang merangkumi konsep PENCEGAHAN dan PERAWATAN, yang menumpukan pada titik bermasalah dan titik sunnah.
Di dalam bekam Lanjutan, akan dikongsikan lanjutan
daripadanya iaitu PENAMBAH BAIK PULIH, KEKUATAN dan KECANTIKAN.
Begitu juga dalam membincangkan dan berkongsi kesalahan fatal yang sering berlaku dari kalangan juru bekam, terutamanya titik di kepala dan wajah.
Di dalam BEKAM LANJUTAN ini, akan dikongsikan TITIK ISTIMEWA, TITIK SAMPINGAN dan TITIK PENYAKIT. Inilah yang digelar titik SANGHIR dan titik KABIR.
Disebabkan itu, untuk penyertaan BEKAM LANJUTAN hanya kepada mereka yang sudah mempunyai asas bekam dan menghafal titik asas, iaitu titik sunnah serta tatacara berbekam.
Di dalam kuliah ini juga, akan dikongsikan cara
mengenalpasti titik penyakit dengan penyakit yang bersangkutan.
Titik-titik pada tubuh berkaitan dengan vascular spider yang menghubungkan satu titik ke titik lain yang dipanggil sebagai vascular atau dalam bahasa Arabnya Habl atau Jaringan. Jaringan inilah yang memberi impak kepada bekam yang dilakukan, jika benar dan elok, maka benar dan elok jadinya. Jika salah dan tidak kena dengan caranya, maka sama ada semakin teruk keadaan atau tiada memberi kesan.
Paling penting di dalam BEKAM LANJUTAN ini, akan dikongsikan kaedah sunnah dalam membuat pendarahan iaitu torehan.
Ramai yang merasakan kaedah torehan umpama menyakitkan, YA, benar menyakitkan jika membuat torehan sebenar benar torehan iaitu membelah. Padahal kaedah sebenar adalah hanya sekadar mencantuk.
Kaedah torehan ini memainkan peranan penting dalam membuka jaringan dan menarik darah-darah bermasalah, iaitu sama ada torehan menegak atau melintang, kerana ada titik yang padanya penyakit bermasalah yang perlunya torehan melintang dan adanya menegak. Asalkan bekam dilakukan tepat pada titik-titik tadi, maka akan terjadi proses pada kapiler dan arteriola, peningkatan jumlah lekosit, limfosit dan sistem retikulo-endothelial, pelepasan ACTH, kortison, endorphin, enkefalin, dan faktor humoral lain.
Perhatikan tompokan putih dan berbuih dalam darah
statis(beku gelap). Itu adalah vital pathogen dalam darah yang jika dibiarkan
akan menyebabkan kanser, NauzubILLAH.
Juga terjadi kesan anti
peradangan, penurunan serum lemak trigliserida, fosfolipida dan kolesterol LDL,
merangsang proses lipolisis jaringan lemak dan mengatur kadar glukosa darah agar
normal.
Jadi proses penyembuhan
terjadi apabila bekam dilakukan pada titik-titik bekam tadi, dimana titik ini
akan bekerja terus pada sistem endokrin, metabolisme dan peningkatan sistem
imunisasi. Selain itu apabila seseorang melakukan bekam pada titik yang baik dan
betul, maka akan terjadi pelepasan zat neuorokimia seperti endorphin yang boleh
mengurangi kesakitan. Kesakitan ini akan hilang disertai dengan peningkatan
oksigen dan aliran darah dari titik yang dibekam itu. Ini menyebabkan otot jadi
tenang dan terbentuklah kesihatan pada tubuh.
Serba sedikit penerangan untuk mereka yang tidak memahami apa itu BEKAM LANJUTAN.
Perlu diketahui, BEKAM
adalah salah satu kaedah pengubatan di dalam ISLAM yang amat baik dan sempurna
dalam bab detoksifikasi darah. Untuk mendapatkan kesan terbaik, maka prinsip
ilmu dan kaedah haruslah yang terbaik juga.
InsyaALLAH, sampai satu masa akan dikongsikan kaedah bekam menggunakan jarum akupunktur , yang pasti ianya bukan dalam BEKAM LANJUTAN. Diantara amalan yang akan diijazahkan dalam kuliah BEKAM LANJUTAN adalah amalan PEDANG ALIF.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan