Isnin, 27 Februari 2012

Majlis Mahabbah & Muzakarah TIAF Utara

Assalamualaikum WMT dan salam hormat buat semua pengunjung blog,sahabat-sahabat dan ahli TIAF. Semoga sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik hendakNYA.

Bagi mengeratkan lagi tautan kasih dan ukhuwah yang terjalin antara semua yang pernah bersama TIAF, tidak kira mana-mana kursus atau aktiviti yang pernah dihadiri adalah dipelawa untuk bersama-sama dalm majlis ini yang pertama kali akan diadakan mengikut:

Majlis Mahabbah & Muzakarah TIAF Utara

Tarikh : 10 Mac 2012

Tempat : An Nahdhoh Inn, Kompleks An Nahdhoh,
Kubang Semang, Butterworth Pulau Pinang

Masa : 2.00 petang - 6.00 petang

Tiada bayaran dikenakan, sumbangan ikhlas dialu-alukan
untuk keperluan tempat & jamuan ringan.


Untuk menghadiri sila SMS nama -no k/p-012-5455711 atau emel qolbusolehin@gmail.com

Semoga dengan pengisian yang akan diadakan nanti memberi manfaat untuk semua insyaALLAH.

Sekian,

Wallahu'alam

Rabu, 8 Februari 2012

Apakah Kaedah Ulama Nusantara ?

Assalammualaikum wmt dan salam Maulidur Rasul,

Penuh rasa dan ikatan syukur ke hadrat ZAT Yang tiada bersekutu sesuatu denganNYA, berkuasa bagi segala takluk kehendak dan kekuasaanNYA. DIA ALLAH, awal dan akhir, zahir dan bathin, tiada terdahulu dariNYA, tiada berkemudian bagi segala sesuatu yang dikehendakiNYA, DIA ALLAH beserta bagi segala sesuatu. ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, ALLAHu Akbar, walILLAHil hamd.

Sepurnama bulan terang di malam yang gelap, terang dan bersinar, menerangi malam tatkala kegelapan menyelubungi alam. Begitulah terangnya, indahnya, sempurnanya, bercahayanya, hadir Sayyiduna Habibuna Muhammad SAW yang melengkapi akhlak mereka yang rompong, menerangi hati mereka yang zulmat, membebaskan diri mereka yang terbelenggu dengan syirik kepada ALLAH. DIA Sayyiduna Muhammad SAW insan terpilih bagi setiap akhir zaman, hadir di dalam kehidupan kita, tinggal bersama di dalam kehidupan kita, beserta bersama dalam setiap amal kita, berhimpun bersama di alam akhirat kita, tiada yang lebih indah di dalam hidup dan selepas hidup, andainya Rasulullah SAW bersama kita. ALLAHumma Solli Ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihil kiram.

Para pembaca yang dikasihi ALLAH,

Kebelakangan ini, saya menerima panggilan dari sahabat bertanyakan perihal apakah itu Kaedah Ulama Nusantara. Tidak kurang dengan itu, ada yang berkata;
'Ada ke kaedah ulama nusantara?'
'Apa yang spesel sangat kaedah ulama nusantara?'

Dan pelbagai lagi persoalan, yang mana persoalan itu tidak ditanya terus kepada saya, akan tetapi ditanya kepada sahabat penyelaras.

Para pertanya yang dirahmati ALLAH,

Adapun yang dikatakan kaedah ulama nusantara adalah perkaitan kaedah-kaedah pengamalan dari segi zikir, amalan penjagaan diri, kesihatan dan pengubatan.

Dari mana datangnya kaedah-kaedah ini?

Adapun yang dikatakan kaedah ini adalah dari Ulama-ulama nusantara seperti Al Alamah Syeikh Daud Al Fathoni, yang terkenal dalam bidang perubatan selain dari furuq Islamiyyah. Syeikh Abdul Samad Al Falimbani yang terkenal dalam penjagaan kesihatan badan, yang umumnya Syeikh Samad Al Falimbani terkenal sebagai seorang Ahli senibela diri pada zamannya, dan tidak terlupa Syeikh Daud Abdullah Al Fathoni yang terkenal sebagai Ulama nusantara yang paling banyak mengarang kitab dari Fiqh hingga ke Tasawuf ( maka, tiliklah dahulu diri kita sebelum kita mengkritik Ulama ini, adalah tidak sopan bagi pihak kita untuk mengkritik kitab tulisan atau terjemahan Syeikh Daud Al fathoni pada nisbah mujahadah Ilmu dan Amalan beliau) dan Syeikh Abdul Samad Al Falimbani terkenal sebagai Mujahiddin pada zaman mereka dalam menentang musuh-musuh Islam.

Begitu juga penjagaan kesihatan dalam bentuk herba alamiah dan senaman yang menjadi amalan Syeikh Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali.

Dalam bab amalan penjagaan diri dan zikir, amalan-amalan dari Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tokku Paloh, begitu juga dengan murid kepada Tokku Paloh, iaitu Aki Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Kilau.

Tidak tertinggal amalan dari Syeikh Hj Mat Hassan Bin Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut, terkenal sebagai Hj Mat di kawasan Lunas selepas Perang Pasir Putih (*Perihal sejarah yang sebenar, bukan jasad Tok Janggut yang digantung dan diarak di Kota Bharu, Kelantan seperti yang diwar-warkan di dalam teks-teks sejarah, amat penting untuk kita maklumi akan perkara ini). Dan Tok Janggut adalah seguru dengan Tok Kenali di Mekah iaitu bergurukan Syeikh Ahmad Al Fathoni. Ini adalah antara sejarah-sejarah yang telah digelapkan oleh penjajah.


Dalam hal yang sama, membicarakan bab penjagaan diri dari segala perkara-perkara yang bathil, diambil dari amalan AsSayyid Habib Nuh Al-Habsyi Rahimahullah, seorang Wali ALLAH yang terkenal di Singapura.

Penjelasan di atas antara hal dan perihal yang akan disyarah semasa kursus tersebut, malahan banyak lagi kaedah, amalan dan petua dari Ulama-ulama dari nusantara yang akan dikongsikan termasuk amalan penjagaan saraf dari Syeikh Muhammad Arshad Al Banjari dan lain-lain kaedah dari Ulama nusantara.

Jadi, apakah yang menariknya Kaedah Ulama Nusantara berbanding dengan Sunnah Rasulullah S.A.W?

Tiada istimewa, malahan ianya adalah dari intipati Al Quran dan Sunnah , yang mana Ulama-ulama ini menjalankan kaedah Sunnah mengikut pembawaan suasana dan masyarakat ketika itu. Di mana boleh kita perhatikan sejarah Wayang Kulit itu sendiri yang dibawa oleh Raden Said atau lebih dikenali sebagai Sunan Kalijago, iaitu salah seorang dari barisan Wali Sembilan (Wali Songo) tanah jawa, sebagai membawa masyarakat untuk dekat dengan Islam, begitulah juga keadaannya pada Ulama-ulama lain di nusantara ini, malahan keadaan penyakit atau permainan di nusantara ini adalah berlainan dengan keadaan di tanah hijjaz Arab.

Maka, tiadalah timbul atau terbit soal menjauhkan masyarakat dari kaedah sunnah, malahan ingin mendekatkan masyarakat pada kaedah Sunnah Rasulullah S.A.W.

Bidaah?

Bukanlah medan yang sesuai untuk dibicarakan bab bidaah di sini, yang merangkumi 5 pembahagian yang dikatakan Bidaah itu sendiri, 5 pembahagian itu juga adanya 5 pembahagian hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Kenapa Kaedah-kaedah Ulama Nusantara ini diketengahkan?

Kerana ingin mewujudkan rasa cinta kepada Ulama-ulama yang banyak berkorban dalam memperjuangkan Islam di nusantara ini, malahan melahirkan rasa kuat untuk menuntut ilmu dalam mengambil iktibar mujahadah mereka baik dalam pengamalan ilmu dan pencarian ilmu.

Ada yang bertanya, dari mana dapatnya saya akan semua ini?

Ya, saya peroleh semua ini dari jin dan laduni.
MasyaALLAH, sudah pasti saya berguru dengan guru-guru tua di sekitar pelusuk Malaysia ini. Dan menerima saya dari mereka secara berhadapan, bertalaqqi, seperti itulah yang saya lakukan pada sesiapa yang inginkan ilmu yang sama. Oleh kerana itulah, saya amat tidak menggalakkan perkongsian ilmu melalui alam maya atau telefon.
Rata-rata yang menghubungi saya, bertanyakan kaedah dan amalan sebagainya, melalui telefon, yang mana amalan atau kaedah tersebut mereka dengar dari sahabat yang hadir ke kuliah TIAF, dan pastinya mereka sendiri tidak pernah hadir ke kuliah sang faqir ini, maka mohon maaf jika saya tidak dapat memberi kerjasama kecuali pada mereka telah hadir kuliah dan ada kemusykilan atau ulang kaji, sang faqir ini tiada masalah memberi kerjasama.

Jadi, kena datang kuliah, bayar yuran, baru kongsi ILMU?

Ya, malahan bayarannya harus lebih dari Ahli lain.
MasyaALLAH, seburuk-buruk saya, sehina-hina saya, saya bukan dari kalangan yang menjaja ilmu. Andai benar ada yang berhajat, datang berjumpa bertemu mata, jika kena pada masa dan keadaan, maka saya tiada masalah untuk berkongsi dan mengijazahkan amalan yang bersesuaian malahan ianya PERCUMA.

Kongsi, kongsi juga, ada sanad ke?

Ini persoalan yang sering diajukan pada sahabat penyelaras tetapi bukan pada sang faqir ini sendiri. Adapun segala apa yang saya kongsikan dari awal hingga akhir, dari A-Z, adalah bersanad dan hasil dari talaqqi dengan sekalian guru-guru, tidak saya tambah akannya atau kurangkan akannya malahan jauh sama sekali dengan hal yang dikatakan R&D, Try and Error, pada sang faqir, tiada try and error dalam perjalanan salik. Merujuk kata salah seorang guru tersayang di Gunung, Kelantan, Tok Su Mid Gunung;

Ulama dulu doh siap kaca gula doh (Ulama dulu sudah siap sedia mengacau gulai sudah), cukup rasa, cukup sedap, cukup molek, bakpo kito lo nie, panda-panda letok garae, tambah gulo, tamboh gotu goni, nok molek, turutlah hok molek ( cukup rasa, cukup sedap, cukup elok, kenapa kita sekarang, pandai-pandai letak garam, tambah gula, tambah itu ini, hendak elok, ikutlah yang elok).

Berdasarkan pesanan itu, maka saya lebih cenderung mencari dan merujuk dengan guru-guru tua dalam perkara berkaitan kerohanian termasuk perubatan.

Para pembaca yang dikasihi ALLAH,

Maka inilah antara penjelasan yang dapat saya pamerkan di sini dalam menjawab persoalan yang berlegar di dalam fikiran kalian.

Kepada mereka yang kecewa dek kerana tidak mendapat jawapan yang diinginkan dari saya baik melalui telefon atau email, jawapannya sudah saya letakkan di atas. Bagaimana mungkin untuk kita memberi mutiara berharga dari dasar laut yang dalam kepada seseorang yang baru atau tidak kita kenal?.

Jika mengikut adabnya, seorang yang memerlukan wajarlah datang MENGADAP dengan orang yang diperlukan, tambahan pula yang memerlukan langsung tidak pernah berjumpa dengan yang diperlukan. Sang faqir yang jahil lagi baharu ini ditarbiyyah oleh guru-guru dengan penekanan adab dengan ilmu, pengijazah ilmu dan penerima ijazah ilmu itu sendiri. Maka, dalam perkara ini, saya amat tegas, biarpun ada yang berbunyi, saya seorang yang kedekut ilmu.

Maka, sebarang pertanyaan atau kemusykilan dengan persatuan yang tidak punya apa-apa ini, boleh terus hubungi saya 019-6727627, insyaALLAH, persoalan kalian akan saya cuba jawab pada kadar dan kudrat yang ALLAH izinkan.

Semoga dijelaskan ALLAH bagi setiap persoalan yang berlegar, semoga kemudahan dari ALLAH beserta dalam setiap perbuatan dan amal.

Wassalam.

Ole Al Faqir Ustaz Wan Asrul

Khamis, 19 Januari 2012

SEMINAR Kaedah Ulama Nusantara - Kedah, Pulau Pinang & Perak

Seminar Kaedah Ulama Nusantara

Amalan Hidup, Rawatan Kesihatan Menurut Al Quran & Sunnah ( Rohani & Jasmani ) – Siri 1

TARIKH

TEMPAT

17 Februari 2012

Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, Jalan Kolam Air, Alor Star Kedah

18 Februari 2012

Kompleks An Nahdhoh, Kubang Semang, Butterworth Penang

19 Februari 2012

Dewan Solehin, Jalan MKJ 2, Medan Kamunting Jaya 2, Kamunting, Taiping Perak


Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Yuran : RM150 ( nota, jamuan dan sijil )

Pendaftaran : Sila sms nama penuh - no k/p – SEMINAR KUN ke nombor 012-5455711

( akan dimaklumkan apabila diterima ) ATAU emel qolbusolehin@gmail.com


Pengisian:
Amalan, petua dan senaman dalam penjagaan kesihatan rohani dan jasmani.
Kaedah merawat penyakit melalui pernafasan.
Kaedah merawat penyakit melalui zikir.
Kaedah mengesan punca penyakit.
Dan lain-lain amalan dan pengijazahan yang akan disyarah pada hari kuliah.

Selasa, 27 Disember 2011

Kursus Terkini JANUARI 2012

Tajuk : Pengasih - Masalah , Punca & Rawatan

Tarikh : 13hb Januari 2012 ( Jumaat )

Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, Jln Kolam Air, Alor Setar Kedah.

Yuran : RM150 ( nota, jamuan dan sijil )


Pendaftaran : Sila sms nama penuh - no k/p - PENGASIH ke nombor 012-7625455( akan dimaklumkan apabila diterima ) ATAU emel qolbusolehin@gmail.com


PENGISIAN:

Apa itu pengasih.
Perbezaan pengasih yang dibenarkan dan yang tidak benarkan syara'.
Amalan pengasih yang dibenarkan syara'
Kaedah rawatan untuk sihir pengasih @ sakit cinta dan pukau
Benteng diri dari sihir terutamanya pengasih dan pukau.
Kaedah Mandi Bunga
Amalan Khatamun Nubuwwah 7 Maqam.
Pengijazahan Ayat Mu'jam (Penyeri)


Tajuk : Busung & Gila – Masalah , Punca & Rawatan

Tarikh : 14 & 15hb Januari 2012 (Sabtu & Ahad)

Masa : 2.00 petang – 10.00 malam ( Sabtu ) & 9.00 pagi – 5.00 Petang ( Ahad )

Tempat : An Nahdhoh Inn, Kompleks An Nahdhoh, Kubang Semang, Butterworth P.Pinang.

Yuran : RM 250 (nota, jamuan dan sijil) tambahan RM70.00 untuk penginapan


Pendaftaran : Sila sms nama penuh - no k/p – BUSUNG&GILA ke nombor 012-7625455 ( akan dimaklumkan apabila diterima ) ATAU emel qolbusolehin@gmail.com


Pengisian:

BUSUNG

Apakah Busung?
Sejarah Busung
Masalah Perkaitan antara luaran dan dalaman
Punca
Kaedah Menghindar ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)
Kaedah Rawatan ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)


GILA
Apakah Gila menurut Islam dan perubatan moden
Jenis- Jenis Gila
Punca Terjadi
Perkaitan Gila bagi Mental dan Jiwa
Beza & hubungkait antara Masalah Mental juga Masalah Jiwa (Hal Nafsiah)
Kaedah Mengawal Penyakit & Pesakit ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)
Kaedah Rawatan ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)

Khamis, 15 Disember 2011

Kursus TIAF Hujung Disember-Melaka

Tajuk : Pakaian Tobib : Asas Ilmu Herba (Alamiah) & Pengubatan Kanser

Tarikh : 24hb Disember 2011 (Sabtu)

Masa : 9.30pagi – 5 Petang

Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka.

Yuran : RM130 (Termasuk jamuan makan dan sijil)

Pengisian
:
Pengenalan Pengubatan Herba dan Akar Kayu
Asas Herba dan Akar Kayu
Adab-adab pengambilan dan penggunaan herba serta akar kayu
Mengenali unsur herba dan akar kayu
Kaedah Pengadunan herba dan akar kayu
Pengenalan Kanser
Punca Kanser dari sudut pandangan tradisional dan moden
Pengubatan Herba untuk Kanser
Pengubatan secara rohani untuk Kanser


Pengijazahan amalan
:
Doa Nasiri

Pendaftaran : Sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Pakaian ke nombor 019-6727627


Tajuk
: Benteng – Pagar Diri, Kediaman & Kawasan

Tarikh : 25hb Disember 2011 (Ahad)

Masa : 9.30pagi – 5 Petang

Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka.

Yuran : RM130 (Termasuk jamuan makan dan sijil)

Pengisian :
seperti di Kedah & Pahang

Pendaftaran : Sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Benteng ke nombor 019-6727627

PERHATIAN:
:- Makluman kepada yang ingin menghadiri kedua-dua kursus ini (Pakaian Tobib & Benteng), maka yuran kedua-duanya adalah RM190 sahaja. Untuk pendaftaran kedua-dua kuliah ini, sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Pakaian & Benteng ke nombor 019-6727627


Tajuk
: Busung – Masalah, Punca & Kaedah Rawatan

Tarikh : 31hb Disember 2011 (Sabtu)

Masa : 9.30pagi – 5 Petang

Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka.

Yuran : RM130 (Termasuk jamuan makan dan sijil)

Pengisian:
Apakah Busung?
Sejarah Busung
Masalah Perkaitan antara luaran dan dalaman
Punca
Kaedah Menghindar ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)
Kaedah Rawatan ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)


Pendaftaran : Sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Busung ke nombor 019-6727627


Tajuk
: Gila – Masalah , Punca & Rawatan

Tarikh : 1hb Januari 2012 (Ahad)

Masa : 9.30pagi – 5 Petang

Tempat : TIAF, Teluk Mas, Melaka.

Yuran : RM130 (Termasuk jamuan makan dan sijil)

Pengisian:
Apakah Gila menurut Islam dan perubatan moden
Jenis- Jenis Gila
Punca Terjadi
Perkaitan Gila bagi Mental dan Jiwa
Beza & hubungkait antara Masalah Mental juga Masalah Jiwa (Hal Nafsiah)
Kaedah Mengawal Penyakit & Pesakit ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)
Kaedah Rawatan ( BiiznILLAH wa Bi’aunILLAH)


Pendaftaran
: Sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Gila ke nombor 019-6727627

PERHATIAN :
:- Makluman kepada yang ingin menghadiri kedua-dua kursus ini (Busung & Gila), maka yuran kedua-duanya adalah RM190 sahaja. Untuk pendaftaran kedua-dua kuliah ini, sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) Busung & Gila ke nombor 019-6727627


MAKLUMAN !
Kepada yang ingin menyertai keempat-empat kuliah di atas, maka yurannya adalah RM350 sahaja. Untuk pendaftaran, sila sms nama penuh (jarak) no k/p (jarak) 4Kuliah dan hantar ke nombor 019-6727627. Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-6727627.

Wassalam.

Isnin, 12 Disember 2011

Pulau Dunia atau Pulau Akhirat

Hari ini manusia lebih mengutamakan Pulau Dunia berbanding Pulau Akhirat. Walaupun Ia kelihatan kecil tetapi memberi kesan yang yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat. Prinsip ini menyebabkan kehidupan kita jauh tersasar dari landasan yang benar. Di antara kesilapan masyarakat pada masa kini ialah:

1. Prinsip hidup tidak berpandu pada Al-Quran. Mereka hanya menggunakan mata, akal dan pendengaran semata-mata dalam panduan hidup. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat melihat pada hakikat kepada kehidupan. Justeru Nabi saw didatangkan oleh ALLAH swt untuk membawa cahaya kebenaran kepada kita. ALLAH juga mendatang kalam atau ayat-ayat ALLAH melalui lidah Nabi saw. Quran adalah ayat-ayat ALLAH yang telah dibukukan. Apabila kita melihat daripada kaca mata Al Quran, contohnya ‘Mata’ hanya dapat melihat mayat yang terbujur, manakala perjalanannya seterusnya ke alam barzakh dan alam akhirat diterangkan oleh Al-Quran. Mata tidak mampu melihat hakikat. Al Quran itu diumpamakan sebagai bahtera Nabi Nuh, kalau kita tidak masuk ke dalamnya nescaya kita akan tenggelam dalam banjir yang besar iaitu ‘banjir maksiat’. Al Quran ialah hadiah Nabi saw kepada umatnya sebagai tanda cinta baginda saw kepada kita semua.

2. Kesalahan mengambil ilmu dari pintu/sistem yang salah. Jika ada manusia yang sedar bahawa Al Quran sebagai sumber rujukan, mereka pula melakukan kesilapan mengambilnya dari pintu yang salah. Pintu yang benar adalah daripada ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), yang telah diputuskan oleh ulama pada kurun ke 3;

a) Aqidah – Asya’irah dan Al-Maturidiah
b) Fiqh – 4 Mazhab (Shafei, Maliki, Hanafi dan Hambali)
c) Tasawwuf (Rahsia Hati) – Imam Ghazali, Syeikh Junaid Al-Baghdadi dan Imam Abu Hassan Asy-Syazili.

Pengajian pertama yang perlu diberi keutamaan adalah ilmu Aqidah, kemudiannya ilmu Fiqh dan seterusnya ilmu Tasawuf dan kemudiaan ilmu-ilmu yang lain-lain lagi.

3. Kesilapan Dalam Pendidikan Pembersihan Jiwa. Bagi mereka yang telah faham pintunya, melakukan kesilapan pula dalam pendidikan murabbi dengan mengutamakan karamah dan kasyaf. Islam bukan bermain dengan hal-hal ghaib, tetapi memberi penekanan dalam memperbaiki Akhlak. Jika ingin melihat murabbi yang benar, maka lihatlah akhlak murid-muridnya yang lama iaitu yang sudah lama bersama dengannya, umpama untuk menilai kehebatan seorang doktor pakar lihatlah berapa ramai pesakit-pesakitnya yang sembuh. Jalan dakwah Tok Ku Pulau Manis adalah jalan yang menggabungkan jalan Imam Ghazali dan Ibn Arabi.

4. Kesilapan Dalam Memahami Adab Berkhilaf. Apabila telah berpegang kepada satu jalan mereka tidak menghormati jalan yang lain, malah mereka mudah mengkritik jalan-jalan yang lain. Ini akan menyebabkan perpecahan terus berlaku dalam jemaah dan masyarakat.

5. Kesilapan Apabila Tidak Memikirkan Tentang Kepentingan Memelihara Islam. Umpamanya perusahaan yang telah dibina sehingga berjaya oleh seorang bapa. Bagi anak yang bertangungjawab hendaklah memelihara dan mengembangkannya. Begitulah agama yang telah dibangunkan oleh Rasullullah saw. Tugas kita ialah menjaga dan mengembangkannya melalui dakwah. Permulaanya hendaklah dimulakan dengan institusi keluarga masing-masing.

Cetusan Walid Al Malik

Wallahua’lam