Rabu, 14 September 2011

Makluman ' Kuliyah Penuh TIAF-Utara '

PERHATIAN :
Untuk makluman ahli TIAF yg telah berdaftar dan akan mendaftar sebelum 30 September 2011khususnya di Utara dan amnya seluruh Malaysia bagi kemudahan penyusunan jadual , cuti dan sebagainya , tarikh untuk 6 bulan pertama ' Kuliyah Penuh TIAF Utara ' seperti berikut:

15 & 16 Oktober 2011
12 & 13 November 2011
10 & 11 Disember 2011
14 & 15 Januari 2012
11 & 12 Februari 2012
10 & 11 Mac 2012

Bagi yang telah memberi emel akan dihantar maklumat melalui emel & sms serta perkara yang berkaitan dengan
' Kuliyah Penuh TIAF ' oleh urusetia TIAF-Utara.

Selasa, 13 September 2011

Kemaskini Kursus TIAF Utara Sept/Okt 2011

Assalamualaikum WMT. Semoga tuan/puan berada dalam rahmatNYA dengan keberkatan bulan Ramadhan dapat meneruskan dan mempertingkatkan amal ibadah insyaALLAH.

Seperti yang sedia maklum pada semua di peringkat Utara II ( Alor Setar Kedah ) TIAF Utara telah Berjaya melaksanakan dua kursus sebagaimana yang dirancang sebelum ini.Sebagai susulan pengisian kursus seterusnya adalah di war-warkan bahawa Kursus Pengukuhan Rawatan akan diadakan di Alor Setar Kedah pada 30 September dan 01 Oktober 2011.Kursus Pengukuhan Rawatan ini menjurus 80% praktikal, 10% teori dan 10% pengisian.


Tujuan diadakan kursus ini adalah untuk memberi gambaran senario rawatan yang biasa dijalankan, yang mungkin ada antara kita tahu tentangnya, yang mana kebanyakan dari kaedah yang akan dikongsikan adalah dari guru-guru tua satu masa dahulu.Tujuan diadakan Kursus Pengukuhan ini adalah bermatlamat agar peserta lebih jelas lagi kaedah-kaedah yang makin pudar ini.

Berikut adalah perkongsian yang bakal dibentang pada Kursus Pengukuhan Rawatan;

1- Amalan awal perawat


2- Amalan harian perawat

3- Amalan sebelum dan selepas rawatan

Kaedah, ilmu dan amalan yang dikongsikan adalah mengikut adab-adab displin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mempunyai sanad dan salasilah:

1- Tatacara berhadapan dengan pesakit (pesakit am)

2- Tatacara berhadapan dengan pesakit berisiko (kronik)

3- Kaedah Ma'u Hayat

4- Kaedah Titik Nutfah

5- Rahsia dan kaedah mandian mengikut jenis penyakit

6- Rahsia nafas, akal, qalbu dan jasmani (semasa dan selepas rawatan - pesakit dan perawat)

7- Kaedah Hijaihiyah dan Nuruniyyah

8- Perletakan dan kedudukan ayat-ayat muqataat dalam rawatan

9- Kaedah-kaedah khusus semasa rawatan:- Pancaran asma- Pintu Nafas- Pintu Jamal- Pasak- Qurbah

10- Kaedah pembersihan perawat (selepas rawatan)

11- Praktikal khusus bagi kaedah-kaedah dalam modul pertama (sihir dan permasalahannya)

InsyaALLAH, amalan-amalan yang akan diijazahkan:
1- Doa Anas Bin Malik R.A
2- Doa Ka’ab al-Ahbar
3- BismILLAH 7

Bagi sesi pengisian, insyaALLAH, akan diadakan pada hari pertama :Selepas Maghrib - Tazkirah Muhasabah QalbuSelepas Isyak - Halaqah Zikir dan solat hajat khusus.Semoga perancangan ini mendapat berkat dan rahmat ALLAH hendaknya.

Tajuk :KURSUS PENGUKUHAN RAWATAN


Tarikh :30 Sept & 01 Okt 2011 ( Jumaat & Sabtu )

Masa :9.00PG - 5.30PTG & 7.30 - 10.30MLM ( Jumaat ) dan 9.00PG-5.30PTG ( Sabtu )

Tempat :Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, Jalan Kolam Air, Alor Setar Kedah

Penyampai :TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF ( Ust Wan Asrul Afendi )

Yuran : RM270.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan Termasuk Jamuan Malam )

Penyertaan Peserta : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT DENGAN KOMITMEN TINGGI.KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA PESERTA KURSUS TIAF TERDAHULU.

PENDAFTARAN PESERTA: SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com NAMA, Kursus, NO K/P, NO H/P dan EMEL secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan menyertai DITERIMA/TIDAK dan cara pembayaran

Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah pada 27 September 2011 bagi kemudahan penyelarasan. Kerjasama dari peserta yang benar-benar berminat amat-amat diharapkan.

Manakala berita gembira untuk sahabat-sahabat TIAF terutama di Utara I , TIAF Utara akan mengadakan pengisian Kursus Tenaga Batin pada 02 September 2011 di An-Nahdhoh Inn, Kubang Semang Pulau Pinang . Kursus ini merupakan kursus ketiga diadakan oleh TIAF selain di Melaka dan Pahang.

Tajuk : Tenaga Batin

Tarikh : 02 Oktober 2011 ( Ahad )


Masa :9.00PG - 5.30PTG

Tempat : An Nahdhoh Inn, Kubang Semang Pulau Pinang

Penyampai :TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF ( Ust Wan Asrul Afendi )

Yuran : RM150.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan )RM220.00 ( Termasuk Nota, Sijil, Jamuan dan Bilik Penginapan Semalam )

Penyertaan Peserta : TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT DENGAN KOMITMEN TINGGI. KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA PESERTA KURSUS TIAF TERDAHULU.

PENDAFTARAN PESERTA:SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com NAMA, Kursus, NO K/P, NO H/P dan EMEL secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan menyertai DITERIMA/TIDAK dan cara pembayaran

Berikut adalah perkongsian yang bakal dibentang pada Kursus Tenaga Batin;

Rahsia, Petua, Amalan, Urutan dan Bahan Dalam Menjaga, Menguat dan Memulih Tenaga Batin Secara Teori & PraktikalAntara pengisian lain adalah kaedah urutan pada masalah tenaga batin tanpa perlu urutan pada 'senjata' hanya dengan urutan pada medan dan titik-titik saghir. Juga perkongsian amalan dan kaedah bagi ikhtiar mendapatkan zuriat mengikut amalan Ulama dan petua orang-orang tua terdahulu.

Mohon disertakan nama penuh dan no.K/P untuk tujuan cetakan sijil.


Sekian seadanya untuk makluman semua.

Wassalam.

Selasa, 23 Ogos 2011

Majlis Ifthor Jamaei TIAF Utara

Majlis Ifthor Jamaei TIAF Utara pada 26 ogos 2011 bersama TG Ustaz Wan Asrul Afendi di Dewan Solehin, Kamunting, Taiping Perak.
-7.00 mlm Berkumpul
- 7.30 mlm Berbuka ringan dan solat Maghrib
- 8.00 mlm Jamuan
- 8.35 mlm solat Isya' & Tazkirah
- 9.15 mlm solat sunat Terawih
- 10.30 mlm Morei & perbincangan ringkas
- 11.00 mlm Rehat
- 3.00 pg Qiamulail di Surau Insaniah, Kg Setia Jaya bersama Ust Osman Lah
- 5.00 pg Bersahur
- 5.45 pg solat Subuh & Zikir
Majlis ifthor sila sms pengesahan kehadiran,sumbangan kewangan dari sahabat-sahabat utk menjayakan majlis dialu-alukan.hubungi / sms 012-7625455
Wallahua'lam

Rabu, 27 Julai 2011

Majlis YASSIN, ZIKIR, TAHLIL & TAUSIAH d' Kamunting


JEMPUTAN
MAJLIS YASSIN, ZIKIR, TAHLIL & TAUSIAH

Tempat :
Surau Insaniah, Kg Setia Jaya,
Jln Perusahaan 2, Kamunting, Taiping Perak.


Tarikh & Masa :
28 Julai 2011 & 7.00mlm-11.00mlm


SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT

Rabu, 20 Julai 2011

Seminar Kefahaman Tareqat Tasauf d' Taiping Perak

Tajuk Seminar :

SEMINAR KEFAHAMAN TAREQAT & TASAUF


Penyampai :

TUAN GURU PROF SYAIKH DR HJ JAHID B HJ SIDEK AL-Khalidi

Syeikh Murshid Tareqat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah

Ahli Majlis Tariqah-Tariqah Sufiyah (Jalsah Turuq Sufiyah)

Mantan Pensyarah APIUM Universiti Malaya

Pengerusi Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia

Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah

P.hD – Usuluddin ( Tasawuf) ( Universiti Malaya )

Sarjana – Usul Feqah ( Universiti Malaya )

Sarjana Muda ( Sastera – Universiti Malaya )


Tempat :

KOMPLEKS PERPADUAN KAMUNTING, KG EXPO KAMUNTING,TAIPING PERAK.


Tarikh :

22 SYAABAN 1432H/ 24 JULAI 2011 ( Ahad )


Masa :

8.30 pagi – 1.30 Tengahari


Yuran :

RM30.00 ( UMUM )


Peserta :

Penyertaan terbuka untuk muslimin & muslimat


Matlamat :

Memahami Kebenaran Tareqat & Tasauf


Objektif Kursus :
1) Memperkenalkan ilmu Tasauf dan Tareqat
2) Mendedahkan kepentingannya dalam ibadat seharian dan fungsinya yang utama serta penting di dalam rawatan jasmani dan rohani.
3) Memperbetulkan kesalahfahaman orang awam akan amalan-amalan Tareqat Muktabar.
4) Memperluaskan pengetahuan tentang ilmu yang wajar diamalkan dalam hidup

TENTATIF PENGISIAN YANG DIBENTANGKAN

8:30 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Pembentangan Kertas Kerja – Prinsip-Prinsip Penting Ilmu Tareqat Tasauf

10.30 pagi : Minum Pagi

11.00 pagi : Sesi Soal Jawab

1.00 tengahari : Rumusan & Penutup

Rabu, 6 Julai 2011

Kemaskini Lokasi Dewan Solehin

Assalamualaikum WMT dan salam hormat buat semua sahabat dan pengunjung blog.

Sebagai memudahkan laluan lokasi kursus dan seminar pada 16-17 Julai dan 24 Julai disertakan maklumat laluan bag kemudahan bersama.

PETUNJUK LALUAN
Peta laluan yang dinyatakan di atas mengikut arah dari Lebuhraya Utara Selatan keluar di EXIT 148 Persimpangan Taiping ( U ) iaitu Kamunting Taiping terus menghala ke Bandar Kamunting di mana terletaknya Stesyen Bas Kamunting di sebelah kiri dengan membelok di persimpangan lampu isyarat kedua selepas bulatan selepas kilang Silverstone Bhd

DEWAN SOLEHIN berada di tingkat atas bersebelahan Hasani Kursus Perkahwinan menghadap ke Stesyen Bas Kamunting Raya.

Bagi peserta yang menaiki bas dari Selatan / Kuala Lumpur syarikat bas Konsortium, Transnasional dan Starmart menyediakan perkhidmatan bas untuk sampai ke lokasi. Bagi peserta dari Utara syarikat bas Konsortium dan Starmart menyediakan perkhidmatan bas untuk turun di Kamunting dari Butterworth. Bagi peserta dari pantai timur syarikat bas Konsortium Kamunting Kota Baharu juga menyediakan perkhidmatan.

Wallahu'alam