Khamis, 14 Oktober 2010

Kursus Pengukuhan Rawatan ( KEMASKINI ) Taiping Perak

Assalamualaikum WMT.

Seperti yang sedia maklum pada semua bahawa Kursus Pengukuhan Rawatan akan diadakan di Taiping pada minggu depan iaitu 23 & 24 Oktober 2010.

Kursus Pengukuhan Rawatan ini menjurus 80% praktikal, 10% teori dan 10% pengisian. Tujuan diadakan kursus ini adalah untuk memberi gambaran senario rawatan yang biasa dijalankan, yang mungkin ada antara kita tahu tentangnya, yang mana kebanyakan dari kaedah yang akan dikongsikan adalah dari guru-guru tua satu masa dahulu.

Tujuan diadakan Kursus Pengukuhan ini adalah bermatlamat agar peserta lebih jelas lagi kaedah-kaedah yang makin pudar ini.

Berikut adalah perkongsian yang bakal dibentang pada Kursus Pengukuhan Rawatan:

1- Amalan awal perawat
2- Amalan harian perawat
3- Amalan sebelum dan selepas rawatan

Kaedah, ilmu dan amalan yang dikongsikan adalah mengikut adab-adab displin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mempunyai sanad dan salsilah:

1- Tatacara berhadapan dengan pesakit (pesakit am)

2- Tatacara berhadapan dengan pesakit berisiko (kronik)

3- Kaedah Ma'u Hayat

4- Kaedah Titik Nutfah

5- Rahsia dan kaedah mandian mengikut jenis penyakit

6- Rahsia nafas, akal, qalbu dan jasmani (semasa dan selepas rawatan - pesakit dan perawat)

7- Kaedah Hijaihiyah dan Nuruniyyah

8- Perletakan dan kedudukan ayat-ayat muqataat dalam rawatan

9- Kaedah-kaedah khusus semasa rawatan:
- Pancaran asma
- Pintu Nafas
- Pintu Jamal
- Pasak
- Qurbah

10- Kaedah pembersihan perawat (selepas rawatan)

11- Praktikal khusus bagi kaedah-kaedah dalam modul pertama (sihir dan permasalahannya)

InsyaALLAH, amalan-amalan yang akan diijazahkan:

1- Doa Anas Bin Malik R.A
2- Doa Ka’ab al-Ahbar
3- BismILLAH 7

Bagi sesi pengisian, insyaALLAH, akan diadakan pada hari pertama :

Selepas Maghrib - Tazkirah Muhasabah Qalbu

Selepas Isyak - Halaqah Zikir dan solat hajat khusus.

Semoga perancangan ini mendapat berkat dan rahmat ALLAH hendaknya.


Tajuk :
KURSUS PENGUKUHAN RAWATAN

Tarikh :
23 & 24hb OKTOBER 2010 ( Sabtu & Ahad )

Masa :
9.00PG - 5.30PTG

Tempat :
KOMPLEKS RAKAN MUDA LARUT MATANG SELAMA, JALAN BUKIT JANA,
34600 KAMUNTING, TAIPING PERAK


Penyampai :
TERAPI ISLAM AL FATAH -TIAF ( Ust Wan Asrul Afendi )

Yuran :
RM250.00 ( Termasuk Nota, Sijil dan Jamuan )

Jumlah Peserta :
TERBUKA KEPADA YANG BERMINAT.KEUTAMAAN DIBERIKAN KEPADA PESERTA KURSUS TERDAHULU/ PELATIH/ PERAWAT SEDIA ADA MANA-MANA PUSAT RAWATAN SELURUH MALAYSIA

PENDAFTARAN PESERTA:
SILA SMS KE 012-7625455 / EMEL qolbusolehin@gmail.com NAMA, NO K/P, NO H/P dan EMEL secepat mungkin untuk dimaklumkan permohonan menyertai dan cara pembayaran

Berkaitan dengan penginapan, berdekatan dengan lokasi kursus terdapat sebuah Hotel Apartmen ( 013-5286388 Nik Azman ) untuk dihubunggi bagi tempahan atau maklumat lanjut.

Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah pada 20hb Oktober 2010 ( Rabu ) bagi kemudahan penyelarasan. Kerjasama dari peserta yang berminat amat-amat diharapkan.

Mohon disertakan nama penuh dan no.K/P untuk tujuan cetakan sijil.

Sekian seadanya untuk makluman semua.

Wassalam.

2 ulasan:

  1. salam..

    maaf la..tumpang tanya.

    penginapan percuma ada tak?

    hehe...

    bajet cukup2 wat tambang ar...

    BalasPadam
  2. salam tuan mohamad..
    akan diusahakan dgn sedikit byrn je..insyaALLAH

    BalasPadam