Isnin, 25 Oktober 2010

ROH AL QUDS

siri ke 6

SALIH AL-KHARRAZ

Syeikh berkhidmat untuk ibunya dan di sebalik usianya yang masih muda telah menyalin keseluruhan hasil tulisan Ibn ‘Assal. Beliau selalu bersendirian dan mengekalkan diam dalam jangkamasa yang panjang. Sahabat beliau berkata, beliau hanya bercakap dengan mereka ketika benar-benar perlu.

Aku selalu berada bersama beliau dan kami saling menghormati satu sama lain. Beliau tidak pernah menarik kembali kata-katanya, kerana beliau selalu berkata benar. Syeikh tidak akan bekerja untuk orang yang mengenali beliau, bimbang mereka memandang baik kepadanya. Kebanyakan kerja yang dia lakukan adalah untuk orang luar yang melawat Bandar, orang yang tidak mengenali beliau dan yang tidak beliau kenali.

Suatu hari salah seorang daripada sahabat kami menghantar sepasang kasut yang rosak untuk dibaiki oleh beliau sebagai alasan agar berpeluang bercakap dengan beliau. Dia memberi salam, dan al-Kharraz pun menjawab salam. Kemudian sahabat kami berkata, ‘Boleh tolong baiki kasutku ini? Al- Kharraz menjawab, ‘Aku sibuk dengan kasut yang ini yang mana aku telah pun dibayar upah’ Ketika peristiwa ini berlaku aku berdiri berhampiran di tempat yang tidak dapat dilihat oleh al-Kharraz. Kemudian sahabat kami berkata ‘Simpanlah sampai kamu selesai membaiki kasut itu’.Al-Kharraz menjawab, ‘Aku berkemungkinan mati sebelum sampai waktu itu, tidakkah kamu terfikir untuk menghantar kasut kamu kepada orang lain? Sahabat kami menjawab, ‘tetapi aku tidak mahu orang lain melakukannya untukku’, al-Kharraz menjawab, ‘Kamu telah dengar apa yang aku katakan’ dan meneruskan zikirnya. Sahabat kami menjawab yang dia akan duduk di situ sehingga beliau selesai kerja, yang mana al-Kharraz menjawab ‘Perbuatlah sebagaimana yang kamu kehendaki, tetapi kamu tidak mendengar lagi bayaran yang akan aku kenakan atas kerjaku. Sahabat kami bertanya berapakah upah yang bakal dikenakan dan diberitahu upahnya ialah lapan dirham.

Dia kemudiannya menawarkan al-Kharraz satu perempat dinar, tetapi diberitahu yang itu bukanlah harga yang diminta. Kemudian dia memberitahu al-Kharraz yang dia ikhlas untuk membayar jumlah yang tersebut, tujuannya hanyalah supaya al-Kharraz menegaskan kepadanya yang beliau telah pun memperolehi rezeki yang secukupnya bagi hari itu dan jika dia bermurah hati ada ramai lagi orang yang lebih memerlukan daripada beliau. Sebaliknya al-Kharraz berkata yang dia telah menyusahkan beliau dan beliau tidak akan melakukan kerja untuknya. Syeikh kemudiannya meneruskan zikir dan kerjanya.

Sahabat tadi datang kepadaku secara sembunyi. Aku memberitahunya yang dia terlalu mendesak dan dia harus menemui al-Kharraz semula dan mencadangkan supaya membaiki kasutnya kerana Allah, al-Kharraz menjawab selepas diam beberapa ketika. ‘Kamu telah disuruh oleh seorang yang lain dengan cadangan ini’. Beliau mendongak dan Nampak aku disitu. Akhirnya beliau berkata kepada sahabat ku, ‘Tinggalkan kasutmu bersamaku dan pergi. Datang selepas tengahhari dan jika aku masih hidup aku akan pulangkan kepadamu; jika aku mati aku akan tinggalkan ia kepada jiranku untuk kamu ambil’.

Beliau kemudian memandang kepadaku dan memanggilku hampir kepadanya. Beliau berkata ‘Inikah caranya seorang sahabat lakukan sesama mereka? Adakah menjadi amalan mereka untuk melakukan sesuatu yang tidak mereka sukai? Jangan lakukan lagi perkara sebegini! Demi kasih sayang yang Allah titipkan dalam hatiku kepada kamu, aku tidak akan mengambil kisah, oleh itu kekalkan hakku, sebagaimana yang aku hajati.

Aku tidak pernah mengenali seseorang yang seumpama beliau. Kemudiannya beliau musafir sambil ber’uzlah dan berkhalwah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan