Selasa, 27 Julai 2010

ROH AL QUDS

sambungan dari kisah terdahulu..

MUSA ABU ‘IMRAN AL-SADRANI

Syeikh ini datang dari Tlemcen, walaupun tidak dikenali merupakan salah seorang daripada tujuh Abdal dan memiliki banyak karamah. Pertemuan ku dengan beliau adalah seperti berikut: Suatu hari , ketika hayatnya Abu Madyan, selepas aku menyempurnakan solat maghrib di rumah ku di seville, aku mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan Shaikh Abu Madyan yang berada di Bugia, kira-kira empat puluh lima hari perjalanan. Selepas solat maghrib aku menyempurnakan dua rakaat solat sunat, dan ketika aku membaca taslim, Abu ‘Imran datang dan memberi salam kepada ku. Aku minta beliau duduk dekat dengan ku dan bertanya dari mana beliau datang, yang mana beliau menjawab yang beliau datang dari rumah Abu Madyan di Bugia. Ke atas pertanyaan ku bilakah beliau berada bersaya Abu Madyan, beliau menjawab bahawa beliau baru sahaja selesai solat maghrib bersama Abu Madyan. Beliau memberitahu ku Abu Madyan berkata kepadanya, ‘beberapa perkara bermain di fikiran Muhammad b. al-‘Arabi di Seville, segera ke sana dan beri jawapan kepadanya bagi pihak ku.’ Kemudian Abu ‘Imran menyatakan tentang niat ku untuk bertemu Abu Madyan dan memberitahu ku bahawa Abu Madyan berkata , ‘ Beritahu Ibn al-‘Arabi bahawa pertemuan kami berdua secara rohaniah, adalah baik dan elok, tetapi pertemuan kami secara jasad di dunia ini, Allah tidak membenarkannya. Bagaimanapun yakinlah, kerana ketika yang diuntukkan buat dia dan aku berada dalam penjagaan rahmah Allah’. Selepas itu Abu ‘Imran bercakap-cakap dengan ku mengenai lain-lain hal dan kemudian beliau kembali kepada Abu Madyan.

Shaikh Abu ‘Imran asalnya seorang hartawan, tetapi meninggalkan kemewahannya. Lapan belas hari selepas perkara tersebut Allah ilhamkan beliau dengan ilmu rohaniah yang tinggi. Beliau menjadi salah seorang Abdal dan dapat menempatkan dirinya di mana jua dibumi ini sebagaimana kehendaknya.

Pernah suatu ketika beliau dilaporkan kepada Sultan yang kemudiannya mengarahkan beliau ditangkap. Beliau dirantai dan dibawa ke Fez. Ketika mereka hampir tiba, beliau dibawa ke sebuah rumah dan dihumban ke dalam sebuah bilik yang dikunci dan pengawal berkawal di pintu tersebut sepanjang malam. Ketika waktu pagi apabila mereka bukakan pintu mereka hanya mendapati rantai di atas lantai, tetapi tiada tanda-tanda Abu ‘Imran berada di dalam bilik tersebut. Sementara itu beliau dalam perjalanan ke Fez ke rumah Abu Madyan. Apabila tiba di situ pintu diketuk dan Abu Madyan sendiri menjawab. Apabila Abu Madyan bertanya siapakah itu, Abu ‘Imran menjawab, ‘ Aku Musa’. Abu Madyan kemudian menjawab, ‘ Aku Shu’aib, masuklah dan jangan takut, kerana kamu selamat daripada kaum yang zalim. (merupakan satu ilusi kepada al-Quran 28 : 25)

Akan datang ada lagi kisah sufi untuk diambil pengajaran insya Allah

Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan