Rabu, 21 Julai 2010

LOKASI TERKINI KURSUS DI MELAKA

KEMASKINI TERKINI : TIAF

Assalammualaikum WMT dan salam ingatan,


Ke hadrat PENCIPTA segala yang hidup dan PENENTU segala yang mati, seuntai syukur yang tiada kesudahan dihamparkan. AlhamduLILLAHirROBBIl Alamin.

ALLAHumma Solli Ala sayyidina Muhammad. Selawat dan salam yang tiada tamatnya sepertimana tiada putus kasih sayang Baginda S.A.W kepada umat-umat Baginda S.A.W.

Para pembaca yang dirahmati ALLAH,

Mencuri secebis perhatian sekalian berkaitan dengan lokasi terkini kursus TIAF. Berikut adalah kemaskini terbaru yang serba sedikit dapat membantu para peserta atau bakal peserta:

Tajuk : Sihir, Permasalahannya dan Rawatan

Tarikh : 24hb Jul 2010 (Sabtu)

Masa : 9am - 5.30pm

Tempat : Dewan Siti Ramzah, Rumah Kakitangan Kastam, Jalan Bukit Baru, Kampung Solok Musai, Bukit Baru, Melaka. (Berdekatan dengan Pejabat Pos Besar Melaka, Bukit Baru)

Penyampai : TIAF

Yuran : RM120 (Umum)
- Termasuk Nota, sijil dan Jamuan.

Jumlah peserta : 40 orang
(Dibuka umum kepada hamba ALLAH S.W.T dan Umat Rasullullah S.A.W)

(Pengisiannya boleh rujuk pada entri post yang sebelum ini.)


Untuk KURSUS LANJUTAN, berikut adalah kemaskini terbaru:

Tarikh : 1hb Ogos 2010 (Ahad)

Masa : 9am - 5.30pm

Tempat : Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Bukit Baru, Melaka.

Yuran : RM150(Nota, sijil dan jamuan)

(Pengisiannya boleh dirujuk pada entri post sebelum ini).


Adapun adalah memaklumkan bahawa lokasi kedua-dua kursus ini adalah bersebelahan antara satu sama lain.

Berikut adalah link cara dan peta untuk ke lokasi:

http://terapi-alfatah.blogspot.com/2010/03/pertukaran-lokasi-kursus-bekam.html

Berkaitan dengan penginapan, berhadapan dengan lokasi kursus terdapat sebuah bajet hotel iaitu Hotel Kancil Bukit Baru (06-2841166) dan di belakang lokasi kursus Straits Meridians (06-2843848).

Tarikh tutup untuk Kursus Awal adalah pada 20hb Julai 2010 (Selasa) dan tarikh tutup penyertaan untuk Kursus Lanjutan adalah pada 27hb Julai 2010 (Selasa).

Mohon disertakan nama penuh dan no.K/P untuk tujuan cetakan sijil.

Yuran kursus sebolehnya dibank in paling lewat 4 hari sebelum kursus untuk kemudahan sesama kita.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk di talian 019-6727626.

Sekian seadanya untuk makluman semua.

Wassalam.

MOGA DISEBARKAN UNTUK SEMUA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan